Tuesday 29 December 2015

Lara Semalam Ep63

Akak dah janji dengan keluarganya. Kalau Rill ikut cakap akak, Rill pasti akan gembira.”
Hazrill tetap menggelengkan kepalanya. Dia tak mahu mengahwini gadis yang dia tak kenali dan tak cintai. Buat aniaya anak dara orang sahaja nanti. Alisya masih lagi berada di tempat yang teristimewa dalam hatinya. Macam mana dia nak terima orang lain dalam hidupnya kalau hanya Alisya sahaja yang dimahukan?
Rill tak kenal dia, kak. Tolonglah, kak. Rill tak nak. Belum masanya lagi untuk Rill kahwin.”
Belum masanya? Kalau bukan sekarang bila, Rill? Akak ni bukannya makin muda. Apa salahnya kalau kamu terima dia? Nanti lepas kamu kahwin, ada yang jaga makan pakai kamu. Hidup kamu tu tak adalah kelam kabut, semuanya teratur.”
Kak… Rill tak boleh kahwin dengan dia. Macam mana kalau dia diperlakukan secara tak adil… akak nak ke?”
Akak yakin Rill boleh bahagiakan dia.”
Hazrill terus mengeluh mendengar kata-kata kakaknya. Hidup aku ni tak teratur ke? Semuanya kucar-kacir ke? Aku rasa semuanya macam dulu juga, tak adalah tak teratur sampai aku perlu cari orang untuk urusankan segalanya untuk aku secepat mungkin.
Suka hati akaklah. Rill tahu akak nak yang terbaik untuk Rill.”
Macam nilah adik akak. Oh ya, Hazrill. Dekat atas tu ada kad daripada Sara dengan Aidil. Dia suruh akak sampaikan dekat kau.”
Kad? Bila dia orang datang?”
Sejam lepas.”
Hazrill terus bangun dan mencapai kad yang kakaknya katakan di atas meja kopi. Kad apa ya? Kenapa Kak Sara tak call aku sahaja?
Apa benda yang dia bagi tu?”
Berubah terus wajah Hazrill sebaik sahaja membaca kad di tangannya. Ya Allah, betul ke apa yang dia tengah baca sekarang ni? Alisya dah nak bertunang? Nampaknya dia betul-betul dah lupakan aku.
Kad undangan...”
Lemah sahaja suara Hazrill sebaik sahaja dia melihat kad jemputan itu. Ya Allah, dugaan apa lagi yang kau berikan pada aku? Betul ke kami ni tiada jodoh? Ya Allah, sesungguhnya aku masih lagi mengharapkan yang kami berdua masih dapat bersama semula…
Kad undangan? Undangan untuk apa?”
Alisya nak bertunang.”
Kak Zita menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum menoleh ke arah adiknya yang sedang terpaku merenung kad undangan di tangannya. Adiknya itu masih mengharapkan Alisya ke?
Baguslah dia nak bertunang, jumpa juga jodoh dia tu. Dia bertunang dengan siapa? Doktor yang dulu tu ke?”
Tak... Alisya bertunang dengan Eqal.”
Eqal? Rill kenal ke siapa Eqal tu? Kawan-kawan kau orang juga ke?”
Hazrill hanya mengeluh perlahan. Eqal, maksudnya lelaki tadi tulah bakal tunang dia? Patutlah mesra semacam sahaja dekat Giant tadi. Siapa pun lelaki pilihan Alisya, dia tetap akan mendoakan kebahagiaan Alisya.
Hazrill?”
Hah?”
Kenapa ni? Kamu masih mengharapkan Alisya ke?”
Sekali lagi Hazrill mengeluh sambil menggenggam erat kad undangan itu. Tak salahkan andai dia masih mengharap sebab seseorang pernah berkata padanya, hope is a dream that doesn’t sleep. Jadi tiada salahnya jika dia masih lagi mengharapkan Alisya.
Bila akak nak pinangkan budak tu?”
Jadi, Rill setujulah ni?”
Hazrill hanya mengangguk perlahan sebelum beredar ke balkoni. Betul ke apa yang aku buat ni? Tak menyesal ke aku lepas ni? Demi melupakan Alisya, aku perlu buat semua ni.
Rill tak nak jumpa bakal tunang Rill ke?”
Hazrill memandang ke arah kad undangan tersebut sebelum melepaskan keluhan berat. Betul ke apa yang aku buat ni? Macam mana kalau aku tak boleh nak bahagiakan tunang aku sendiri?
Tak apalah, buat masa sekarang ni Rill busy uruskan something. Maybe next time. Okeylah, Rill nak balik dulu. Nanti Rill singgah lagi.”
Jangan tak singgah pula lepas ni.”
Hazrill mengangguk faham. Ke mana lagi dia nak pergi kalau bukan ke rumah kakaknya jugakan? Dalam dunia ni dia hanya ada kakaknya dan Mika sahaja… kalau tak ke sini… ke mana lagi dia nak pergi mengadu nasib?
Jangan risaulah, kak. Rill akan singgah rumah akak ni lagi. Ke mana lagi Rill nak menumpang kasih kalau bukan dekat kakak sendirikan?”
Rill tak nak tunggu Mika balik? Nanti boleh makan sekali.”
Tak apalah, kak…"

Bersambung...

3 comments: