Wednesday 30 September 2020

Kisah Semalam 2



Sudah setengah tahun berlalu semenjak pemergian Abah dan Mellyna semakin rungsing melihat keadaan keluarganya. Mak tidak lagi mahu keluar dari rumah  kerana tidak sanggup berhadapan dengan tomahan orang luar. Setiap hari Mak lebih selesa menghabiskan masanya di tikar sejadah daripada bersosial dengan sahabatnya. Segala aktiviti persatuan yang kerap disertai sebelum ini tidak lagi diambil peduli. Mellya pula walaupun dia sudah tidak mengurungkan dirinya di dalam bilik namun kembarnya itu tidak lagi seceria dahulu. Gadis itu lebih gemar menyendiri dan tiada lagi senyuman yang terlakar di bibir gadis itu. Setiap hari Mellya lebih gemar menyibukkan diri di pejabat sehingga larut malam daripada menghabiskan masanya dengan keluarga.

"Mak, hujung minggu ni kita pergi bercuti nak? Sementara Mell tengah free ni... kita pergi jalan-jalan. Tukar angin pula..."

"Kalau kamu nak pergi, kamu pergilah... Mak nak duduk rumah sahaja."

"Mak... dah setengah tahun dah Mak. Mell sedih tengok family kita jadi macam ni. Dah setengah tahun juga Mak dengan Llya tak bersua muka walaupun kita ni duduk satu rumah. Mak tak kesiankan Mell dengan Farah ke? Kami berdua pun anak Mak juga."

Mak hanya mendiamkan diri tanpa mahu mengulas apa-apa. Dia tahu semua ini bukan salah anaknya itu tapi hati dia sakit mendengar tomahan orang luar terhadap keluarganya. Sanak saudaranya sendiri turut bercakap benda yang bukan-bukan mengenai anaknya itu. Dia terlalu malu dan sakit hati dengan apa yang terjadi.

"Kita pergi ya, Mak? Mell dah booking chalet semua. Mell pun dah inform Farah yang kita akan jemput dia dekat hostel hari Khamis ni."

"Ikut kamulah, Mellyna. Kalau Mak cakap tak pun bukannya kamu nak dengar."

"That's my Mak... okey, Mell nak call Llya pula. Mak cik seorang tu selagi matahari dekat langit tu tak bertukar dengan bulan, selagi tulah dia tak jumpa jalan balik rumah."

***

"I busy..."

"Babe, you tahukan yang I bukan bertanya you nak pergi ke tak... I memang suruh you pergi."

"I'll pay for everything. Have fun, okay?"

"Mellya Sofea, for once boleh tak if you dengar cakap I? You tahukan I tak akan terima jawapan tidak dalam hidup I."

Mellya hanya memekakkan telinganya sambil membelek report di hadapannya. Banyak lagi kerja yang dia perlu lakukan dari melayan kerenah kembarnya itu.

"Llya, you dengar tak apa yang I cakap ni?"

"I dengar and I dah bagi jawapan."

Kertas di tangan Mellya terus dirampas. Kali ini dia dah tak boleh berlembut lagi dengan gadis itu. Sudah terlalu lama dia biarkan Mellya hidup macam ni dan dia sebagai keluarga gadis itu sudah tidak sanggup melihat Mellya terus tenggelam dengan hidupnya.

"Mellya Sofea, sampai bila you nak seksa diri you macam ni? Sia-sia you hidup macam ni sebab Abah tak kan kembali pada kita you faham tak?!"

"Mellyna!"

"Enough with this nonsense, Mellya! Sampai bila you nak hidup macam ni? Semua yang jadi sebab qada dan qadar."

"I dont deserve to be happy, Mell. I punca Abah pergi... I punca keluarga kita dihina. Semua sebab I! Ya, I memang act like I dont give a damn about apa yang orang sekeliling katakan pada I but deep inside, it's hurt! Setiap hari, Mellyna... I kena berhadapan dengan hinaan orang setiap hari dan setiap hari tu juga I tak sanggup nak tengok muka Mak. I rasa berdosa sangat pada Mak. I punca segalanya-galanya. I dah kecewakan dia, Mellyna. Tell me, apa dosa I pada mereka sampai mereka buat I macam ni? Apa salah I sampai I kena terima semua ni? I try... to be strong but it's hurt, Mellyna. It's hurt so bad and I dont think I'm winning anymore. That's why i tend to shut people out... I dah tak larat, Mellyna. I dah tak sanggup nak hadapi semua ni."

Mellyna terus memeluk kembarnya yang sudah teresak-esak menangis. Jujur, dia tak tahu selama ini gadis itu menyorokkan semua benda ni padanya. Mak yang sejak dari tadi berada di sebalik pintu bilik Mellya hanya mampu menahan esakannya. Dia terlupa yang selama ini anaknya itu turut terseksa namun dia hanya pentingkan perasaan sakit hatinya sahaja selama ini.

"Kenapa you tak pernah beritahu I tentang semua ini? We're twins right?"

"I dah tak larat, Mellyna... I dah give up."

"Jangan cakap macam ni, Llya. You masih ada I... Mak and Farah. Kita sama-sama cari jalan untuk fix this mess, okay? I janji dengan you."


to be continue...








Monday 28 September 2020

Ms Talkative vs Mr Introvert 2

 

Meliya menyinggul pinggang Aien yang sedang mengambil angin di balkoni. Sejak Tokmie nak mengenalkan Aien dengan anak kawannya, makin senyap pula minah seorang ni. Minah ni ada masalah apa agaknya ya?

"Ieen, kau kenapa sebenarnya? Nak kata kau sedih sebab aku nak kahwin, mengarutlahkan? Meh, story dengan aku meh."

"Tak ada apalah, aku cuma letih sikit je."

"Kau ingat aku budak sekolah ke yang boleh kena tipu dengan kau? Aku ni Meliyalah... sekilas Ieen dalam air, aku tahulah kau ni jantan ke betina."

Aien menjentik dahi Meliya sambil tergelak kecil. Masalah budak seorang ni... hancur bahasa dibuatnya. Haih, macam ni ke gaya nak jadi bini orang esok ni? Nasib kaulah Taufiq dapat bini macam si Meliya ni...

"Ke kau betul-betul sedih sebab aku nak kahwin?"

"Hoi, makcik... kau kahwin je. Bukannya kau pergi pindah pluto ke apa. Buat apa aku nak sedih pasal kau nak kahwin. Bukannya lepas ni aku tak boleh jumpa kau pun. Setakat Penang tu... tak sampai satu hari aku dah sampailah kalau aku teringin sangat nak tengok muka kau."

"Haha, manalah tahukan... dah tua-tua ni tetiba emosi terlebih pulak."

"Kau teringin nak kena tolak dari balkoni tak agak-agak? Kurang asam jawa sungguh kau cakap aku tua. Kau dengan aku sebaya okayyy?"

"Oh ya... kau tak berminat ke nak berkenalan dengan anak kawan Tokmie tu? Aku tengok boleh tahan juga orangnya. Tapi handsome lagi Taufiq aku."

Aien mencebik bila mendengar pujian Meliya. Ah, perempuan... kalau dah angau, muka macam tongkang pecah pun dilabel handsome. Tunggulah dah duduk serumah nanti, handsome ke tak perangainya.

"Mulalah tu angaunya."

"Eh, betullah apa aku cakap. Taufiq tu dahlah handsome, baik, caring... senang cerita Mr. Perfect akulah."

"Huh, naik kembang tekak aku dengar kau puji dia melambung-lambung. Bila tok kadi nak sampai ni, tak sanggup dah aku nak tengok kau angau macam ni."

"Jealousla tu.."

"Tak kuasa aihh... banyak lagi benda lain aku boleh buat."

Orang kampung dan sanak saudara yang sedang sibuk di bawah khemah dipandang lama. Dia betul-betul harap Ieen akan berjumpa dengan jodoh yang tepat tak lama lagi. Sekurang-kurangnya gadis itu tidak lagi sunyi kalau dia tak ada lepas ni.

"Yang kau nak tayang muka sedih depan aku ni dah kenapa pula, Eya?"

"Ieen, kau tak nak kahwin ke?"

"Siapa tak nak kahwin, Eya oii... semua orang nak kahwin tapi jodohnya tengah sesat lagi. Nak buat macam mana."

"Kau tak kan tak ada minat dekat sesiapa selama ni? Nak aku tolong tak?"

"Sejak bila kau jadi PA Tokmie ni? Baik kau cakap, berapa banyak Tokmie upah kau ni?"

"Kenyanglah perut aku setahun."

"Dasar perempuan tak boleh dipercaya."

 

 

to be continue...


Sunday 27 September 2020

Kisah Semalam 1


 

"It may sound mean but you deserve the truth. I cant do this anymore, Mellya. It's over. You deserve someone better.- D"

Mellya terasa dunianya seakan runtuh tatkala membaca pesanan ringkas yang diterima di whatsapp itu. Barangan hantaran yang sudah separuh siap digubah dipandang dengan mata yang mulai berkaca. Wajah bahagia orang tuanya direnung lama. Majlis mereka hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kenapa Danial buat dia sebegini rupa? Apa salahnya?

Mak dengan Abah terus menoleh tatkala terdengar esakan kecil. Apa pula yang sudah jadi ni? Baru tadi anaknya itu bergurau senda dengan mereka sambil membantu mengubah hantarannya.

"Mellya, kenapa ni? Siapa yang whatsapp kamu tu?"

"Mak... abah..."

"Sayang, kenapa ni? Beritahu Mak apa yang dah jadi."

"He dumped me, Mak... Abah. Danial tak nak teruskan semua ni. He dumped me..."

"Allah..."

Mak terus mendapatkan suaminya yang rebah sebaik sahaja menerima berita buruk itu. Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan pada hambaMu ini.

"Abang! Farah, call ambulance sekarang!"

***

Mellyna merenung wajah adiknya dengan perasaan tidak percaya. Gurauan apa yang Farah cuba sampaikan padanya. Kepulangannya ke tanah air hari ini disambut dengan berita majlis kembarnya tidak jadi dan Abah masih lagi tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di hospital ketika ini. This is not funny! Wedding kembarnya itu hanya tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi. Esok dia sepatutnya menemani kembarnya untuk mengambil baju di tailor.

"Apa sebenarnya dah jadi ni? Mellya mana? Kenapa tak ada sesiapa yang inform Kak Mell pasal ni?"

"Mak tak bagi Farah call akak sebab Mak tak nak akak pergi serang keluarga tu. Kak Llya dah dua hari berkurung dalam bilik. Dia langsung tak nak keluar dari bilik. Farah dah try pujuk tapi akak sendiri tau kembar akak tu macam mana... Abah macam tu dekat hospital, Kak Llya macam tu. Farah sendiri dah tak tahu nak buat apa lagi. Akak cubalah pujuk dia... mana tahu dia nak buka pintu?"

***
Mellyna merenung wajah kembarnya dengan simpati yang melimpah ruah. Mellya yang seorang wanita yang sangat kemas boleh jadi tak terurus gara-gara seorang lelaki tak guna. Dengan mata sembapnya mengalahkan mata panda.

"Babe, stop it. Sampai bila you nak seksa diri you sendiri sampai macam ni rupa?"

"He dumped me through the text, Mell. What should I do? Wedding kami tinggal lagi tiga berapa hari sahaja. He doesnt want me anymore, Mell. Apa salah I, Mell? Apa kurangnya I? I tak cukup sempurna ke untuk dia? Apa dosa I sampai dia buat I macam ni."

"What?! Rude gila mamat tu. Suka hati dia sahaja buat macam you ni tak ada keluarga, tak ada mak abah. You dah try call dia or family dia? Tak kan family dia langsung tak beri apa-apa explanation pada you."

Mellya menggelengkan kepalanya dengan pipi yang semakin basah dengan air mata. Ya Allah, apa yang patut dia buat sekarang ni? Dewan and catering semua sudah ditempah... kad jemputan sudah separuh diedarkan. Macam mana dia nak berdepan dengan semua orang selepas ini?

"I try call dia berkali-kali but straight to his voice mail. His parent pun tak tahu apa sebenarnya yang jadi. Dia hilang macam tu je. I dah malukan Mak and Abah... Abah jatuh sakit sebab I."

"Babe, this is not your fault. Sekarang ni bukan masanya untuk you salahkan diri you. I nak you pergi bersihkan diri you, ambil wuduk and kita solat sama-sama. Then kita pergi jenguk mak and abah dekat hospital."

"I malu, Mell... I malu nak jumpa semua orang."

 

to be continue...



Saturday 26 September 2020

Ms Talkative vs Mr Introvert 1



Aien menongkat dagunya bosan sambil mendengar saudara maranya berbual tentang tunangan Meliya. Kalau bukan sebab Tokmie, memang jangan harap nampak batang hidungnya dekat situ. Kalau boleh dia memang tak nak datang tapi ugutan Tokmie kelmarin membuatkan dia terpaksa mengheretkan kakinya ke rumah itu.

"Hei, Ieen... sejak bila jadi pendiam ni? Ada tikus bawa lari suara kau ke? Ke kau lupa bawa mulut kau hari ni?"

"Kau ni Meliya, tak payah nak jadi kura-kura boleh tak?"

"Eh, ada suaralah..."

Meliya tergelak kecil sambil memeluk lengan saudaranya itu. Dia bukannya tak tahu apa yang membuatkan wajah saudaranya itu monyok sejak tiba di rumahnya pagi tadi. Ini mesti kerja Tokmie ni. Apa pula agaknya rancangan nakal Tokmie kali ni?

"Hei... janganlah monyok macam ni. Hari ni hari bahagia aku tau."

"Hari bahagia kau... hari penuh penderitaan buat aku, Eya."

"Siapa yang buat kau bad mood ni. Meh, story dengan aku meh."

"Kau tahu tak, Eya... gara-gara kau gatal nak kahwin sebelum habis belajar, aku terpaksa tadah telinga dengar soalan pedas makcik-makcik kita tu. So, secara tak langsung kaulah yang bersalah buat aku bad mood hari ni."

Meliya terus menjentik dahi Aien perlahan. Kurang asam jawa punya saudara. Boleh dia label aku gatal nak kahwin? Sebenarnya dia pun pernah mengalami apa yang gadis itu alami ketika saudara mereka, Noorul nikah sebaik sahaja tamat SPM. Waktu itu Aien terselamat kerana masih melanjutkan pengajiannya di luar negara.

"Eh kau ni... suka hati je main kepala orang. Aku bayar zakat okey."

"Kau ingat kau seorang sahaja bayar zakat? Aku pun bayarlah. Relaxlah, Ieen. Dia orang tu cuma risaukan kau sahaja. Yalah, dalam family kita sahaja yang paling tua. Bila aku dah bertunang, tu yang dia orang bising tanya tu ni dekat kau. Layankan sahajalah mereka tu."

"Aku layankan sahajalah ni. Kalau tak, dah lama aku angkat kaki."

"Tapikan, Ieen... aku tertanya-tanya juga. Kenapa sampai sekarang kau tak ada boyfriend eh? Kau memilih sangat ke macam mana? Dekat UK dulu tu tak ada ke mamat bermata biru yang tersangkut dekat kau? Nak kata kau tak cantik... hurm, kurang sikit cantik dari aku."

"Eh, perempuan ni... sempat lagi perasan ya?"

"Serious weh... aku tertanya-tanya sampai sekarang. Ke kau ni.... bengkok?"

"Weh, mangkuk...aku luruslah. Mulut kau ni kan Eya, aku risau ada juga yang sanding esok pagi mulut berjahit."

Tokmie yang sedang berbual dengan tetamu menoleh ke arah cucu-cucunya bila mendengar suara cucunya ketawa terbahak-bahak. Apalah yang budak berdua ni bualkan sampai tak kisah orang lain yang memandang. Apalah nak jadi dengan cucu-cucu aku ni? 

"Amboi, bakal pengantin. Seronok ketawa? Sembangkan apa tu?"

"Sorry, Tokmie. Eya saja mengusik si Ieen ni."

"Ieen, Eya... ke mari. Tokmie nak kenalkan dengan kawan Tokmie ni."

Aien dan Meliya berbalas pandang sebelum Aien melepaskan keluhan berat. Hurm, Tokmie dah mula dah kerja dia nak mencari jodoh untuk dia. Ini semua salah Meliya. Langkah terus diatur menghampiri Tokmie dengan wajah yang cuba dimaniskan.

"Sara, inilah cucu kami yang paling tua. Ni Eya, bakal pengantin yang nak sanding esok tu... ni pula Ieen."

"Amboi, cantiknya cucu kamu. Beruntung kamu. Yang seorang dah berpunya, yang Ieen ni dah berpunya ke?"

Aien mula nak membuat mukanya namun wajahnya terus dimaniskan tatkala melihat jegilan mata Tokmie. Dia dah mula dah. Drama dah nak start dah. Meliya yang tersengih-sengih macam kerang busuk di tepinya dicubit geram. Semua salah budak ni. Gatal sangat nak kahwin!

"Ieen ni solo lagi, aunty... Dia sibuk sangat dengan kerja, tak sempat nak berdating-dating ni."

"Lah, ya ke... kalau kamu nak anak bujang aunty masih single lagi. Aunty boleh kenalkan pada kamu."

"Anak bujang kamu yang mana ni, Sara? Bukan Haikal dah bertunang ke?"

"Bukan si Haikal. Anak bujang kami yang lagi seorang tu yang belajar dekat UK dulu tu. Sekarang ni dia dah balik Malaysia dah."

"Si Ieen ni pun dulu belajar dekat UK juga dulu. Dekat UCLkan, Ieen? Anak kamu dekat mana?"

"Samalah. Mungkin Ieen kenal kot dengan Abel."

 Ah, sudah. Siapa pula anak makcik seorang ni? Dekat sana bukannya ramai sangat pun orang Malaysia. Tolonglah, Malaysia ni bukannya kecil sangat. Janganlah anak makcik ni antara orang-orang yang dia kenal. Kalau boleh dia tak nak ada kaitan dengan siapa yang satu batch dengan dia di UCL dulu. Tolonglah, dia nak lupakan memori pahit yang dia kena reject satu ketika dahulu di sana.

"Kalau Ieen berminat aunty boleh kenalkan dengan Ieen. Siapa tahu ada jodoh?"

"Err..."

"Aunty tak ada gambar si Abel tu ke? Mana tahu kot-kot si Ieen ni kenal."

"Haah, aunty lupa pula nak tunjuk gambar dia."

Aien menjegilkan matanya pada Meliya namun gadis itu langsung tidak mempedulikan dia. Minah ni kan...memang suka cari pasal dengan dia. Sabar, Aien... sabar. Kejap lagi kita balas balik okey. Jangan cari pasal depan tetamu. Jaga air muka Tokmie.

"Hah, ni dia..."

"Segak budaknya... Hah, Ieen. Cuba tengok gambar si Abel ni."

Tatkala handphone bertukar tangan, Aien terasa seperti mahu pitam sebaik sahaja melihat siapakah gerangan Abel yang disebut-sebutkan itu. Tak mungkin. Dia salah tengok ke? Nabel Farhan?!

"Aien, Maktok panggil..."

"Err, Ieen minta diri dulu ya? Nanti kita borak lagi."

Aien terus sepantas kilat berjalan meninggalkan ruang tamu. Kenapa dalam banyak-banyak orang di dunia ni, anak makcik tu mesti Nabel Farhan? Kenapa mesti lelaki itu? 


to be continue....

Wednesday 30 January 2019

Menunggu kematianmu (after editing) Part 01


HELAIAN demi helaian novel di tangan sudah ditukar namun yang dinanti tetap tidak kunjung tiba. Walaupun sudah hampir tiga jam dia berada di situ namun tidak sekali pun dia beralih tempat dan merungut. Dia sendiri dengan rela hati menunggu kekasih hatinya itu habis kelas.

“Tak boring ke tunggu Adam setiap hari?”

Bella hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia tak perlu menoleh untuk melihat gerangan yang menegurnya itu. Ini bukan kali pertama lelaki itu datang menegur. Sudah acap kali lelaki itu akan memutarkan soalan yang sama.
“Inshaallah, I tak akan bosan. Lagipun kalau melibatkan orang yang kita sayang, I rasa perkataan bosan tu tak akan pernah wujud dalam hidup kitakan?”
“Sia-sia sahaja you bazirkan masa you tunggu dia, Bella.” ujar Sean sambil melabuhkan punggungnya di sebelah gadis yang masih leka dengan novelnya itu. Sudah berbuih mulutnya menasihatkan gadis itu namun tiada satu pun yang berjaya.

“Sean, please… kita dah pernah discuss pasal benda ni dulu. I tak nak gaduh dengan you pasal ni lagi. I tak nak disebabkan hal ni… persahabatan kita jadi hancur.”
“Ikut suka hati youlah, Bella… but if one day dia tinggalkan you macam mana dia tinggalkan perempuan-perempuan yang lain, you jangan menangis cari I.”

Bella mengeluh perlahan sambil melihat bayangan Sean yang sudah jauh meninggalkannya. Kenapa susah sangat Sean nak percaya yang Adam sudah berubah? Sekali ni sahaja dia minta lelaki itu percayakan dia.

“Mengeluh apa tu, sayang? Macam berat sahaja masalah.”
“Eh, Adam… bila you sampai?”
“Baru je. Jom pergi makan dulu… I tak sempat nak makan dari tadi.” Perut yang sejak dari tadi berbunyi-bunyi minta diisi diusap perlahan. Sabar eh perut… kita nak pergi makanlah ni.
“Ya Allah, kenapa tak makan apa-apa untuk alas perut you? Kalau nanti masuk angin macam mana?”
“I nak makan dengan you sekalilah, sayang…”
“At least makanlah something untuk alas perut. I tak nak you sakit.”



DUA bulan sudah berlalu namun Bella masih gagal menghubungi Sean. Lelaki itu sudah jauh membawa diri selepas pertelingkahan kecil yang berlaku di antara mereka dulu. Sean masih dengan pendiriannya bahawa seorang playerboy seperti Adam itu tidak akan berubah manakala Bella pula tetap berdegil dengan keputusannya.

“Hey, sayang… kenapa muka monyok macam ni? I ada buat salah apa-apa ke, sayang?”
“Tak adalah, Adam… bukan you. I cuma masih tak percaya Sean boleh pindah ke luar negara tanpa beritahu I langsung. I ni sahabat dia tau since kindergarden lagi.”
“Hurm, dia masih marahkan I lagi tu… nanti bila dia dah cool down, dia akan contact you semula. You jangan risau okey?”
“Sebenarnya… apa yang dah jadi antara you dengan dia dulu? Apa yang buat dia marah sangat dekat you?”

Adam hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Apa yang pernah terjadi antara dia dengan Sean dulu biarlah hanya mereka sahaja yang tahu. Itu kisah lampau dia yang dia tak mahu ingat dah. Sekarang ni dia sudah berubah dan hanya gadis bernama Bella sahaja yang bertahta di hatinya.

“Kisah lama, sayang… tak guna kita ungkit lagi. You jangan fikir sangat pasal hal tu,okey? I janji dengan you I akan setia dengan cinta kita and I bersumpah akan cintakan you sampai ke hujung nyawa I.”
Bella merenung wajah kekasih hatinya yang bersungguh-sungguh mengucapkan sumpahnya. Macam mana kalau suatu hari nanti lelaki itu berjumpa dengan orang yang lebih better dari dia? Mampu ke lelaki itu berpegang pada janjinya?

“What if satu hari nanti kalau you jumpa dengan orang yang lebih sempurna dari I…you masih akan berpegang pada janji you?”
“You tak yakin dengan I ke, sayang?”
“You pernah dengar sumpah darah tak? You sanggup bersumpah dengan darah you?”
“Of course, sayang… demi you. I sanggup buat apa sahaja.”

To be continue...

How to unloved someone?? Part 4


FARA menyusun baju-baju yang akan dibawa ke Pangkor dengan perasaan yang berbelah bahagi. Macam mana kalau Maksu dengan Paksu terasa hati dengan mereka nanti? Patut ke dia batalkan sahaja untuk ke Pangkor tu? Tapi ada betulnya apa yang dikatakan oleh Ema. Kalau mereka pergi pun bukannya ada kepentingan apa pun. Mereka hanya pergi untuk memuaskan hati Maksu dan Paksu sahaja. Belum tentu lagi Ameer dengan Dhurrah mahu mereka hadir ke majlis itu nanti.

Please, Fara… buang rasa bersalah tu. Kalau tak pergi majlis tu, bukannya majlis tu tak boleh berjalan langsung. Lagipun mama dengan abah akan pergi…cukuplah tu. Dah sampai masanya untuk kau fokus dekat kebahagian kau.

“Fara, esok kita naik satu kereta dengan Redza and kawan dia tau.”
“Aku tak kisah mana-mana… yang paling penting aku tak nak drive.
“Huh, pemalas punya perempuan. Ingat kau tu tuan puteri ke apa nak dijemput dihantar setiap masa? Lesen dalam purse tu nak buat apa? Hiasan je?”
Well…  macam kau tak kenal aku. Lesen tu kalau bukan sebab mama yang paksa aku ambil dulu, aku rasa sampai ke sudah aku tak berlesen.”

Bantal kecil yang elok tersusun di atas katil dicapai dan dicampakkan ke arah Fara yang sedang sibuk memilih baju di almari. Apa agaknya masalah perempuan ni… takut sangat nak bawa kereta. Kalau nak pergi kerja atau kelas lagi sanggup booked grab dari bawa kereta. Nak kata tak ada kereta… kereta Myvi comel milik gadis itu elok sahaja tersadai di dalam garaj. Tak pernah sekalipun gadis itu mahu membawa kereta itu.

“Kereta kau dalam garaj tu…berapa lama nak biar tersadai tak berusik? Buat apa kau penat bayar bulan-bulan kalau tak bawa?”
“Aku bukannya apa, Ema… macam mana kalau aku buat orang lain kemalangan nanti? Aku bukan tak percayakan orang lain yang bawa kereta tu…aku tak percaya dekat diri aku sendiri nak bawa kereta.”
“Macam-macamlah kau ni… sampai bilanya kau nak berani kalau kau tak cuba bawa?”


HAKIM melirik pandangannya ke arah jam di dinding. Ini yang payah bila berjanji dengan insan yang bernama Redza ni. Janji nak datang pukul sembilan... ni dah sembilan setengah dah ni. Betul-betul janji melayu pakcik seorang ni. Nasiblah kawan… kalau tidak dah lama kena hempuk dengan dia.

“Assalamualaikum, bro… sorry aku terlambat sikit.”
“Waalaikumussalam… hurm, sampai pun kau. Ingatkan esok baru sampai.”

Redza tersengih sambil menggaru pipinya yang tidak gatal. Sedar tentang kesilapan dirinya. Tapi kali ni dia bukan sengaja nak datang lewat. Faham sahajalah insan yang bernama Nur Ema Shahira kalau bersiap macam mana. Baik Ema atau Fara… sama sahaja akan mengambil masa yang lama untuk bersiap.
 “Kau faham sahajalah bila tunggu perempuan dua orang ni bersiap macam mana.”
“Dua orang? Siapa lagi seorang?”
“Oh, ya… aku terlupa nak bagitahu Ema bawa kembar dia sekali join trip kita.”
“Ema ada kembar? Sejak bila perempuan tu ada kembar? Kenapa selama ni aku tak tahu? Aduh!” Hakim terus menggosok kepalanya geram. Minah ni ingat dia tak bayar zakat ke main ketuk-ketuk kepala ni?

“Sakitlah, perempuan.”
“Apa yang lama sangat korang ni? Naik kematu punggung aku tunggu korang dalam kereta tahu tak?”
“Malang betul si Redza ni kalau dia jadi berbinikan kau, Ema.”
“Eh, hello… lagi untung dia kalau dia berbinikan aku, okey? Dahlah pandai cantik, pandai masak… pandai mengemas, pandai cari duit sendiri… kan, sayang?”

Redza tertawa kecil bila Ema mula mendabik dada. Kalau orang lain pasti rasa annoying dengan perangai gadis itu namun perangai gadis itu yang membuatkan dia jatuh cinta pada gadis itu. Gadis itu terlalu unik dan dia tak pernah jumpa gadis seunik Ema.

“Kau tertinggal sesuatu, Ema… kuat perasan!”
“Eh, mamat ni… teringin nak makan bubur sahaja ke sebulan?”
“Lagi satu kaki buli. Malang berganda-ganda nasib kau, Redza. Serious, menggunung simpati aku dekat kau.”
“Dahlah, malas aku nak layan perangai tak betul kau ni. Kalau dilayan sampai ke tahun depan tak habis. Sayang, jomlah gerak sekarang. Kang lewat pula sampai sana.”
“Redza je? Aku?”
“Ah, kau… ada kakikan? Jalan sendiri pergi dekat kereta kalau nak ikut. Tak payah nak tunggu aku jemput bagai.”

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta, Redza terkedu tatkala melihat kembar ‘Ema’ yang sedang leka dengan handphonenya. Betul-betul saling tak tumpah seperti Ema cuma yang membezakan antara Ema dengan kembarnya adalah gadis itu bertudung dan Ema pula free hair.

“Kau dah kenapa, bro? Terpikat dengan kembar aku ke? Single and available lagi tu dan yang paling penting cantik macam akukan?”
“Ceh, perasan.”

- to be continue - 

Saturday 26 January 2019

How to unloved someone?? Part 3

PEJAM celik sudah setahun berlalu tanpa disedari. Rasa macam baru semalam dia menghadiri majlis Ameer. Hari ini dia dikejutkan dengan berita yang lelaki itu bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi. Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga mereka selepas ini. Dia tumpang gembira dengan kebahagian lelaki itu. Tercapai sudah hasrat Paksu dan Maksu untuk menimang cucu.

"Alhamdulillah, tahniah. Durrahnya okey ke?"
"Alhamdulillah, dia okey sahaja..tak ada mabuk apa. Kamu macam mana sekarang, Fara? Tak ada good news nak share dengan kami ke?"
"Maksu nak dengar cerita pasal apa? Macam-macam Fara boleh cerita pada maksu."
"Fara masih tak jumpa pengganti Meer ke? Maksu risaukan kamu sebenarnya. Ema tak lama lagi nak jadi isteri orang. Ameer pula tak lama lagi nak jadi ayah. Kamu tu tak kanlah nak membujang sampai ke tua? Atau... kamu masih mengharap pada Ameer?"

Berubah terus wajah Fara tatkala mendengar kata-kata maksu itu. Senyuman di bibirnya turut mati. Maksu ni kenapa tiba-tiba buka kisah lama? Risau yang dia akan merosakkan kebahagian anak bujangnya itu ke? Ah, Fara... jangan berprasangka buruk. Mama dengan abah tak ajar kau jadi macam ni.

"Ya Allah, Maksu ni… apa cakap macam tu? Tak kanlah Fara nak mengharap dekat suami orang. Nasib baiklah Durrah tak ada, kalau dia dengar… boleh jadi salah faham nanti.”
“Kalau kamu tak mengharap lagi pada Meer, kenapa kamu tak cari pengganti dia?”
“Maksu, Meer tu cousin Fara sahaja… tak lebih dari tu. Kita dah janjikan tak nak ungkit hal lama? Untuk soalan Maksu tu…Fara busy sikit. Tu yang tak sempat lagi nak cari bakal jodoh. Maksu tahukan Fara dah sambung study semula?”

Maksu memegang tangan anak buah kesayangannya itu dengan penuh pengharapan. Kalau boleh dia nak gadis itu pun bahagia sama seperti kembarnya. Sampai bila gadis itu mahu bersendirian?

“Maksu carikan calon nak? Kawan Meer ada yang single and available tau?”
“Tak payah susah-susah, Maksu. Fara boleh cari sendiri. Nanti kalau Fara perlukan bantuan Maksu, Fara beritahu Maksu okey? Buat masa ni Fara nak fokus dekat beberapa hal yang penting dulu. Inshaallah, satu hari nanti Fara akan kahwin juga tapi bukan sekarang.”
"Maksu ni bukannya apa, Fara... Ameer dah bahagia dengan Durrah. Ema pula tak lama lagi dah nak jadi isteri orang.Kalau boleh Maksu nak tengok Fara bahagia juga walaupun bukan dengan Meer. Fara fahamkan?"

Fara menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Loud and clear,Maksu… Apalah masalah Maksu ni agaknya? Dah tak ada kerja ke sampai nak jadi matchmaker untuk aku? Nak kata aku ni dah 30-an… aku baru dua puluh tujuh tahun. Masih awal lagi kalau nak tergesa-gesa kahwin.

“Malam esok Fara dengan Ema jangan lupa datang kenduri doa selamat tu tau? Maksu tunggu kamu berdua datang.”
“Inshaallah, Maksu. Nanti Fara sampaikan pada Ema tentang kenduri tu.”
“Jangan lupa tau?”
“Ya, Maksu. Kalau tak ada apa-apa kami akan datang.”


“ARE you of your mind, Fara??!” Fara terus menekup kedua belah telinganya tatkala mendengar suara Ema yang dah serupa dengan bunyi petir itu. Risau tak sempat umur tiga puluh dia dah pekak gara-gara Ema. Macam manalah Redza boleh tahan dengan minah petir ni hah?

“Cukup-cukuplah kita terpaksa pergi kenduri kahwin dia tu. Tak kanlah dia mengandung pun kita kena hadap juga? Nur Fara Shahila, kau sedar tak si Durrah tu bukannya suka kita datang. Kenapa kau pandai-pandai nak pergi juga majlis dia tu?!”
“Ema, Maksu datang dari jauh semata-mata nak undang kita ke majlis tu. Tak kanlah aku nak cakap no dekat dia. Kau tahukan aku tak boleh bila melibatkan Maksu dengan Paksu.”
“Lepas ni majlis apa pula yang kita nak kena pergi hah? First time anak dia buang air nanti pun nak kita ada ke? Jangan mengarut boleh tak?”
“Ema…”
“Aku tak nak pergi. Banyak lagi kerja yang berfaedah boleh aku buat dari pergi majlis dia tu.”

Aduh, siapa yang nak teman dia ke majlis tu? Kalau boleh dia tak naklah pergi seorang diri. Memang tempah mautlah kalau dia pergi sendiri. Kenapalah susah sangat dia nak cakap tak pada Maksu? Kenapalah mulut ni pandai sangat berjanji?

“Ema, tolonglah aku…”
Nope…kali ni aku tak akan termakan dengan pujuk rayu kau. Dengar cakap aku, Fara…tak payah pergi. Ingat tak betapa sedihnya kau lepas balik dari wedding mereka dulu? Si Durrah tu layan kau macam mana?”
“Tapi…”
Please, Fara… jangan biar mereka pijak maruah dan harga diri kau. Aku tak nak tengok kau down macam dulu lagi. Bukan senang kau nak bangun balik, Fara…Ingat janji kau pada aku dulu…”

Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Ema itu. Bukan senang dia nak bangkit semula setelah apa yang terjadi antara dia dengan Durrah dulu. Pertuduhan demi pertuduhan dilemparkan kepadanya namun tiada satu pun dipertahankan oleh Ameer. Lelaki itu hanya berdiri kaku sahaja tanpa menjelaskan hal yang sebenar.

“Baik kau ikut aku pergi Pangkor esok. Selain kau temankan aku, kau boleh relaxkan otak kau dekat sana.”
“Pangkor? Tapi kenduri tu…”
“Ya Allah, Fara… kau masih lagi fikir pasal majlis diaorang tu? Sekarang ni kau pergi kemas barang-barang kau… kau kena ikut aku pergi Pangkor. Titik. Soal Maksu tu pandailah aku nak jawab apa nanti.”


To be continue...