“Kenapa kau dengan Amani diam je dari tadi?Kau orang
bergaduh ke?”
“Taklah.Mana
ada kami bergaduh.”
Balik je
ke hostel,Myra terus menyoal siasat Amani mengenai hal di restaurant tadi
Walhal sudah Amani jelaskan padanya bahawa tiada apa pun
yang berlaku antara mereka.
“Saya
tak percayalah awak.Mesti ada sesuatu yang terjadi kan?”
“Ikut
suka awaklah,Cik Myra oii.Malas saya nak layan.”
“Alah,kongsilah
dengan saya.Saya tahu mesti ada sesuatu yang jadi.Kalau tak kenapa
saya dengar ada orang meluahkan perasaan dia pada orang
tu?”
Jadi,Myra
pun dengarlah tadi?Hisyh,memalukan betullah.Mana aku nak sorok muka
lepas ni?Ya Allah,malunya!!Ni semua Amsyar punya pasallah
ni.
“Kiranya
kau orang ni couplelah sekarang ni?”
“Kenapa
pula?Kami hanya berkawan jelah..”
“Jadi
awak tolak cinta dialah ni?”
“Kami
kenal tak sampai dua bulan.Tak kan nak bercinta pula?Merepeklah awak ni.”
“Awak
yang merepek tahu?Tak kisahlah kenal sehari ke apa,akta mana yang awak dapat
yang mengatakan kena bercinta lepas kenal dua bulan atau
lebih?Awak pernah dengar tak orang
kata,tak kenal maka tak cinta?”
Aku
terus menutup telingaku dengan kedua belah tangan bila Myra dah mula bersyarah
tentang cinta.Mak cik ni kalau dah bersyarah pasal
cinta,memang payahlah nak berhenti.Tahulah
tak lama lagi dia nak berkahwin dengan kekasih idaman
Malaya tu,katanya.
“Myra,kejap.Bagi
saya cakap sekejap.”
“Hah,apa
benda?”
“Saya
janji dengan bonda saya nak datang sini untuk belajar bukan untuk bercinta.So,hal
berkaitan dengan cinta tak termasuk dalam jadual
saya.Lagi pun buat apalah penat-penat cari,
dia akan datang dengan sendiri nanti.Lagi satu,kalau
ditakdirkan Amsyar tu jodoh saya..Lari jauh
mana pun dia tetap akan datang pada kita.”
Myra
terdiam bila mendengar kata-kata yang diluahkan Amani tu.Hurm,betul juga apa
yang Amani cakap tu.Kami datang sini untuk belajar dan
bukan bercinta.So,kali ni Amani
menang dalam perbahasan kali ni.
“Awak
suka Amsyar tak,Amani?”
“Okey,jujur
saya cakap saya memang sukakan dia.Dia baik,sweet
and suka buat saya
ketawa tapi buat masa ni saya nak fokus pada study.Kalau
dia dengan saya lingkup nanti,dia nak
bagi saya makan apa?Pasir?Batu?Tanah?”
“Kiranya
awak suka dialah ni.Yahoo,saya berjaya buat awak bagi tau perkara sebenar!”
Baru
Amani terperasaan yang dia dah termasuk dalam perangkap Myra.Susah betul ada
kawan macam ni.Pandai betul putar belit cerita sampai aku
terluahkan benda sebenar pada dia.
Kacau betul!
“Apa-apa
jelah,Myra oii.”
Malam tu
waktu dalam perjalanan balik ke hostel daripada surau,sekali lagi langkah
Amani dihalang.Kali ni mujur ditemani Myra.Siapa pula
kali ni yang nak mengganggu
ketenteraman dia?
“Kau
Amani?”
“Ye,saya.Awak
ni siapa?”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment