MALAM
tu ketika Alisya baru sahaja habis solat, sepupu-sepupunya terus datang
mengerumuninya. Ni dah kenapa pula ni?? Dah pukul dua belas tengah malam pun
tak reti-reti nak tidur ke? Macam nilah keadaan dalam keluarga ini bila ada di
antara mereka yang ingin menamatkan zaman bujangnya.
“Isya,
betul ke mak Yana cakap yang Isya nak kahwin?”
Pasal
ni rupanya. Hisyh, dia orang ni. Tak boleh tunggu esok ke nak bertanya? Dia
orang tak tahu ke sekarang pukul berapa? Mengantuklah… budak-budak ni memang
nak kenalah. Penat jalan jauh belum hilang lagi. Tunggulah esok kalau nak tanya
pun.
“Baru
merancang, kalau ada jodoh ada rezeki... dapatlah kau orang makan nasi minyak.”
“Bertunang
ke?”
“Mungkin
buat sama hari dengan akad nikah. Kita tunggu sahajalah hari tu tiba ya?”
Alisya
terus melipat telekungnya dan terus menyimpannya di dalam beg. Ini kalau tak
disimpan, mahu tak jumpa cari nanti. Inilah payahnya kalau keluarga terlalu
besar. Cukuplah dulu sekali telekungnya hilang tak dapat dikesan.
“Oh,
ya… Isya, Qilla nak minta maaf.”
“Untuk
apa?”
“Qilla
nak minta maaf bagi pihak mak Qilla. Qilla tahu apa yang mak cakap tu banyak
melukakan hati Isya. Qila minta maaf sebab tak dapat tolong apa-apa.”
“It’s okey. Hal dah lama dah pun. Isya
dah lupa pun pasal tu.”
Kak
Sara yang tengah menidurkan anaknya hanya memandang dari jauh dan diam tanpa
apa-apa reaksi. Yalah, hubungan dia dengan Alisya masih lagi dingin sampai
sekarang kerana Alisya masih lagi tidak dapat memaafkan perbuatannya dengan
Aidil. Dia langsung tak salahkan Alisya dalam hal ni kerana dia layak terima
hukuman Alisya ni.
“Sara,
kenapa tak tidur lagi? Aidil mana?”
“Aidil
bersembang dengan pak long.”
Lepas
ibu beredar, Kak Sara mengeluh perlahan. Dia teringin sangat nak berbual dengan
Alisya tapi dia takut untuk memulakan. Kini, Alisya benar-benar gembira dengan
masjid yang bakal dibina bersama Hazrill nanti. Semoga Alisya bahagia dengan
pilihannya kini.
“Kak
Sara, sinilah join kami dekat sini. Buat
apa duduk situ seorang diri?”
“Tak
apalah, kau orang sembanglah dulu. Akak nak tidurkan Mellisa ni.”
Fea
terus sambung berborak dengan Alisya sebaik sahaja mendengar Kak Sara menolak
untuk bersembang dengan mereka. Orang ajak dia baik-baik boleh pula dia tolak.
“Wah,
romantiknya bakal laki kau ni... dia boleh ingat semua tu?”
“Itulah,
Isya pun tak sangka dia boleh ingat sebab Isya langsung tak ingat dah pasal tu.”
“Wah,
untungnya. Kita pun nak boyfriend
macam tu jugalah.”
Qila
terus menepuk peha sepupunya itu dengan kuat. Minah seorang ni terlupa ke yang
dia dah ada tunang? Fea… Fea… dengar dek
tunang kau tu nanti, mahu merajuk dia. Dahlah tunang si Fea ni memang terkenal
dengan sikapnya yang kuat merajuk.
“Eh,
kaukan dah ada tunang, Fea? Jangan nak menggatal eh?”
“Terlupa
pula. Hehe.”
AWAL-AWAL
pagi lagi Alisya dah bangun dan bersiap. Semalam ibu meminta Alisya untuk
membeli beberapa barangan lagi yang tidak cukup. Jadi pagi ini aku akan keluar
untuk mendapatkan barang yang diperlukan itu.
Alisya
terus turun ke dapur selepas menunaikan solat subuh. Sepupu-sepupunya yang lain
masih lagi lena dibuai mimpi indah. Entah pukul berapa mereka tidur semalam dia
pun tak tahu. Masing-masing sibuk bercerita pasal kehebatan buah hati
masing-masing.
“Awalnya
bangun, Alisya? Cukup rehatnya?”
“Alhamdulillah,
ibu. Walaupun kena solat siasat dengan dia orang malam tadi.”
Mama
tergelak kecil. Dari dulu sampai sekarang keadaannya tak pernah berubah. Sesiapa
sahaja yang bakal menamatkan zaman bujangnya bakal disoal siasat oleh ahli keluarganya
yang lain. Dah jadi macam satu kebiasaan pula dalam keluarga ni.
“Biasalah
tu. Kalau ada sahaja salah seorang ahli keluarga ni nak kahwin, semuanya kena
solat siasat.”
“Hurm,
mee goreng. Siapa masak?”
“Kakak
kamulah.”
Alisya
terus menyenduk mee goreng dan melabuhkan punggung di meja makan walaupun Kak
Sara dengan Aidil tengah bersarapan di situ. Masing-masing terkejut kerana Alisya
mahu duduk dan makan semeja dengan mereka kerana sebelum ni dia langsung tak
mahu bertentang mata dengan mereka. Lagi buat Kak Sara terperanjat bila melihat
adiknya sudi menjamah masakannya.
“Apasal
semua pandang Isya? Isya tak boleh makan ke?”
“Eh,
mana ada. Makanlah.”
Alisya
hanya mengangkat bahu dan terus menjamah mee goreng di dalam pinggan. Hurm, keenakannya
masih sama seperti dulu. Bilalah kali terakhir dia menjamah masakan Kak Sara?
“Sedap.”
Kak
Sara menoleh bila mendengar komen Alisya. Walaupun hanya sepatah perkataan, tapi
tu pun dah cukup buat dia bahagia dan gembira.
“Ibu,
nanti nak beli barang pukul berapa?”
“Lepas
sarapan nanti. Cuma, Isya kena pergi sendirilah. Ibu ada banyak benda nak
dibuat.”
Alisya
mengangguk sambil menyuap mee goreng itu ke dalam mulutnya. Bosannya nak beli
barang banyak-banyak macam tu seorang diri. Nak ajak Hazrill ke? Abah dah cakap
dari semalam lagi yang dia nak pinjam Hazrill untuk satu hari, hari ni.
“Hurmm,
kalau macam tu Kak Sara tolong Isya sahajalah, ibu.”
Semua
yang berada di meja makan betul-betul aneh dengan sikap Alisya pagi ni. Kenapa
Alisya berbeza tak seperti selalu? Apa yang membuatkan gadis itu berubah macam
ni?
Alisya
hanya mendiamkan diri sambil menikmati sarapan pagi kegemarannya itu. Bagi dia,
sampai bila nak berdendam lagi? Dia dah tak larat untuk menyimpan dendam
lama-lama. Lagipun tak lama lagi dia bakal menjadi isteri Hazril dan tak ada
sebab lagi untuk dia menyimpan dendam itu.
“Lepas
habis makan ni boleh teman Isya tak?”
“Hah?!!
Err, boleh.”
Kak
Sara memandang wajah suaminya dengan harapan suaminya mengizinkannya untuk
mengikuti adiknya keluar. Aidil hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
Mungkin Alisya sudah dapat memaafkan mereka…
“Kalau
macam tu, lepas breakfast kita gerak
ya? Aidil, I pinjam wife you
sekejap ya? Jangan risau, nanti I
pulang balik.”
“Okey.”
No comments:
Post a Comment