SEBELUM
kami tinggalkan rumah, Alisya hanya tersenyum memandang semua. Wajah ibu, abah,
mama dan Hazrill aku pandang lama sebelum aku melangkah masuk ke dalam perut
kereta.
“Sayang!”
Alisya
menoleh bila mendengar Hazrill memanggilnya. Cermin tingkap Alisya turunkan
perlahan ketika Hazrill menghampiri kereta. Jelas terpancar riak penuh
kerisauan di wajah lelaki yang disayangi itu.
“Drive kereta elok-elok. Hurm, betul ni
tak nak Rill ikut sekali?”
Alisya
menggeleng perlahan. Dia tak mahulah menyusahkan Hazrill semata-mata untuk hal
remeh ini. Lagipun abah lebih memerlukan Hazrill di sini. Nanti apa pula kata
abah kalau dia tetap bawa Hazrill untuk menemaninya?
“Kak
Sara ada untuk teman Isya.”
“Akak
adalah, Hazrill…”
Hazrill
mengangguk perlahan sambil tersenyum. Kalau boleh dia nak sahaja ikut Alisya
pergi namun dia tak sanggup biarkan Abah Alisya buat kerja seorang diri.
“Ingat,
kalau ada apa-apa terus call Rill.”
Alisya
mengangguk sambil tersenyum. Entah kenapa terdetik sesuatu yang tidak
menyenangkan di dalam hati Hazrill. Senyuman Alisya sangat-sangat menyeksa jiwa
Hazrill.
“Hurm...”
“Rill
sayang Isya. Ingat tu.”
“Isya
pun sayang Hazrill.”
Lama
Alisya menggenggam tangan Hazrill sambil tersenyum. Ya Allah, kenapa terasa
macam aku akan berpisah dengan dia? Kenapa berat sangat aku nak lepaskan dia
pergi? Hazrill perasan yang mata Alisya mula berkaca.
“Isya,
kenapa ni?”
Alisya
menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Entah kenapa dia rasa hatinya berat
untuk pergi…Wajah insan yang dicintai direnung lama, siapa tahu ini kali
terakhir dia dapat merenung wajah lelaki itu?
“Tak
ada apa. Isya cuma terharu. Terima kasih, Hazrill.”
“Tolong
hati-hati… tak pun biar Rill ikut sahaja.”
“It’s okey, Kak Sara ada dengan Isya. Hurm,
Isya pergi dulu. Jaga diri, okey? Walau apa pun terjadi ingatlah Isya sentiasa
cintakan Hazrill.”
Alisya
melepaskan genggaman tangannya perlahan-lahan dengan hati yang sebak. Ya Allah,
kenapa dia rasa yang dia tak dapat jumpa Hazrill lagi lepas ini.
Hazrill
memandang kereta yang dipandu Alisya jauh menghilang daripada pandangan. Kenapa
aku rasa kehilangan? Ya Allah, lindungilah Alisya walau di mana pun dia berada.
“Rill,
jom tolong uncle pasang khemah nak
masak.”
“Hurm...”
Hazrill
terus melangkah menuju ke arah Abah Alisya tanpa banyak soal. Abah Alisya
tersenyum melihat bakal menantunya yang seorang itu jenis yang tidak berat
tulang. Pilihan Alisya memang tak salah.
“Rill,
uncle nak ucap terima kasih sebab
jaga Alisya dengan baik dan bawa dia kembali kepada kami.”
Hazrill
menggelengkan kepalanya perlahan. Abah Alisya sudah mengamanahkan padanya untuk
menjaga Alisya. Sudah tentulah dia menjaga amanah itu dengan baik.
“Dah
tanggungjawab saya, uncle.”
Hazrill
terus mengikuti langkah Abah Alisya selepas melepaskan keluhan berat. Walaupun
Alisya baru sahaja bertolak pergi, dia sudah rasa kehilangan.
IBU
yang tengah menyiang sayur membuang pandang ke arah jalan. Kenapa? Kenapa dia
betul-betul tak sedap hati? Alisya... Sara… kenapa lamanya mereka keluar? Ya
Allah, lindungilah anak-anakku walau di mana pun mereka berada.
“Awak
fikirkan apa tu?”
“Entahlah,
tapi hati saya rasa tak sedap ni. Abang tolong call mereka suruh mereka balik awal sikit.”
“Mainan
perasaan awak sahaja tu. Tak apalah, nanti abang call mereka.”
Abah
terus memanjat tangga ke tingkat atas untuk mengambil handphonenya. Kenapalah turun tadi aku tak bawa sekali? Dah
menyusahkan diri sendiri nak kena naik ke atas semata-mata nak ambil handphone.
“Uncle, boleh minta tolong angkatkan pasu
tu tak?”
“Pasu?
Nak dibawa ke mana?”
“Dekat
tepi pintu tu.”
Abah
terus mengalihkan pasu seperti yang dimahukan anak saudaranya. Hurm, berat juga
pasu ni ya? Naik lenguh pinggang dia.
“Terima
kasih, uncle.”
“Kenapa
nak dialihkan pasu ni? Bukan dah okey ke kedudukan sebelum ni?”
“Budak-budak
asyik terlanggar sahaja… takut jatuh. Mengamuk pula tuan empunya.”
No comments:
Post a Comment