MALAM
tu
Alisya buat keputusan untuk bermalam di chalet
milik family Hazrill. Tak ada siapa
pun dalam keluarga dia tahu tentang chalet
ni. Secara tak rasminya, dia jadikan chalet
ni tempatnya lepaskan geram dan sedih. Yalah, lepas Hazrill pergi ke overseas aku tak ada tempat nak mengadu
nasib.
“Rill, ibu dah tak percayakan Isya. Ya Allah, Isya
balik rumah tu sebab Isya betul-betul rindukan abah dengan ibu. Tapi kenapa
mereka sanggup buat Isya macam ni? Kenapa ibu tuduh Isya macam tu?
Alisya
terus membenamkan mukanya ke bantal dan menangis semahu-mahunya. Ya Allah, dia
betul-betul terluka dengan perangai ibu dan Kak Sara. Baru sahaja dia nak
berbaik-baik dengan ibunya, tak sangka ini pula balasan yang dia dapat.
Nana
yang terbangun dari tidur kembali memejamkan mata sambil berpura-pura tidur. Hati
dia rasa bagai disiat-siat bila mendengar Alisya menangis. Ya Allah, tabahkanlah
hati gadis ini untuk menghadapi dugaanMu, Ya Allah…
“Ibu…
kenapa ibu buat Isya macam ni? Isya anak ibu.”
Gara-gara terlalu
lama menangis, suhu badan Alisya naik mendadak. Sepanjang malam dia meracau
memanggil ibu dan abahnya. Nana yang tak tidur menjaganya mula menangis dalam
diam. Mahu sahaja dia menghubungi keluarga Alisya namun dia tak mengetahui
nombor telefon keluarga Alisya. Nak buka handphone
Alisya, dia tak mampu untuk melihat.
No comments:
Post a Comment