SEBULAN
selepas itu, Alisya masih berada di Teluk Batik. Entah kenapa dia terasa sayang
untuk meninggalkan tempat ini. Air matanya tidak lagi menitis kerana Alisya dah
mulakan hidup yang baru di tempat yang baru.
“Awak
tak nak balik KL?”
“Saya
belum cukup kuat nak menghadapi apa yang menanti saya di sana.”
Alisya
merenung laut yang terbentang di hadapannya. Balik ke KL semula? Sama sahaja
macam menyuruhnya bunuh dirinya sahaja.
“Awak
tahu tak sebenarnya awak ini lari dari masalah.”
“Saya
tahu...”
“Dan?
Apa awak tunggu lagi? Makin lama awak gantung masalah ni, makin ramai pula
nanti orang yang akan terluka.”
Alisya
hanya tersenyum hambar. Bukan dia tak rindu pada abah dan ibu... tapi bila
mengenangkan Kak Sara tinggal bersama mereka sekarang membuatkan Alisya tiada
hati nak balik. Dia rasa lebih baik semuanya tergantung macam ini. Rasanya itu
lebih baik.
“Tak
baik tahu, awak. Awak macam tak redha dengan takdir Allah.”
Alisya
mengeluh perlahan. Dia bukan tak redha dengan apa yang sudah terjadi cuma dia
masih tak bersedia. Macam mana kalau dia tak boleh kalau perasaan dia nanti
bila berdepan dengan mereka. Dia tak sanggup terima kalau mulut dia keluarkan
sesuatu yang bukan sahaja menyakitkan hati orang lain. Hati dia juga yang akan
sakit dan lebih terluka nanti.
“Saya
belum bersedia. Memang saya mengaku saya masih cintakan dia. Saya tak mampu nak
balik ke sana dan melihat kemesraan mereka, Nana. Saya lagi rela tinggal di
sini. Saya lebih tenang dekat sini.”
“Balik
demi orang tua awak, Isya.”
Lama
Alisya termenung di balkoni memikirkan kata-kata Nana itu. Kenapa dia nak
menghukum orang tuanya sedangkan mereka tidak bersalah. Panggilan dan pesanan
ringkas daripada mereka tidak pernah dibalas walaupun sekali. Ya Allah, derhakanya
aku pada orang tuaku sendiri.
“Saya
nak balik... awak tak nak ikut?”
“Sayakan
orang luar.”
“Marilah...
saya dah anggap awak macam keluarga saya.”
LEWAT
petang tu mereka gerak balik ke KL. Alisya betul-betul dah rindu sangat-sangat
pada ibu dan abah. Mujur ada Nana yang menegur kealpaannya tadi. Kalau tidak entah
sampai bila dia akan leka macam tu. Ya Allah, tak sabarnya nak jumpa ibu dengan
abah. Agak-agaknya apa reaksi ibu dan abah bila nampak dia nanti?
“Kehadiran
saya tak menyusahkan ke nanti?”
“Jangan
fikir begitu. Nanti, awak anggap sahaja ibu dan abah saya tu macam orang tua
awak juga.”
Turun
sahaja dari kereta, Alisya terus memimpin tangan Nana. Namun sebaik sahaja
terlihat kereta Perdana yang tersadai bawah pokok mempelam tu membuatkan Alisya
berhenti melangkah kerana dia serba salah nak masuk atau tidak. Ya Allah, dapat
ke aku kawal perasaan aku bila terpaksa berhadapan dengan mereka nanti?
“Kenapa
awak senyap sahaja?”
“Dia
ada dekat dalam.”
“Buat
biasa sahaja. Lagi pun awak balik sebab orang tua awak dan bukan sebab
merekakan?”
“Hurm…
assalamualaikum.”
Suara
orang memberi salam mematikan perbualan mereka. Ibu terus berjalan ke muka
pintu. Suara itu... Alisya! Tanpa menunggu sesaat pun, tubuh Alisya terus
hilang dalam pelukan ibu. Ya Allah, dia betul-betul rindukan anaknya ini. Akhirnya
anak dia balik juga ke rumah ini.
“Maafkan
Isya... Isya mintak maaf...”
“Ibu
maafkan sayang... abang, anak kita dah balik.”
Abah
terus berjalan laju ke muka pintu. Senyuman terus terukir di bibir. Anak kesayangannya
sudah kembali ke rumah ini semula. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia
merindui anak bongsunya itu.
“Anak
abah dah balik...”
“Abah,
ibu... kenalkan ini kawan Isya, Nana, dia yang jaga Isya dekat sana.”
Lepas
ibu memeluk Nana, mereka terus melangkah masuk ke dalam rumah. Sara dan Aidil
saling berpandangan sebaik sahaja terlihat wajah Alisya. Alisya hampir-hampir
mahu menangis ketika melihat Sara sedang mengendong bayi, namun segera dicontrol. Mereka dah ada anak? Bukan ke
aku pergi baru sebulan?
“Kenapa
Isya susut sangat ni? Risau ibu tengok...”
“Isya
okey sahaja, ibu... Nana, jom kita naik rehat dulu.”
“Nak
ibu kemaskan billik tetamu?”
Alisya
menggelengkan kepalanya perlahan sambil menahan sebak yang datang bertandang di
hatinya. Ya Allah, aku tak mampu nak berdepan dengan mereka.
“Kami
share bilik sahaja, ibu. Nanti payah pula
nak mengemas.”
“Isya
dengan Nana pergi berehat ya? Ibu nak masak dulu.”
“Nak
saya tolong, mak cik?”
“Tak
usahlah, kamu jauh berjalan tadi. Panggil ibu sahaja, Nana… baru lebih mesra.”
Lepas
Alisya selesai mandi, giliran Nana pula masuk ke dalam bilik mandi. Seronoknya
dapat balik bilik sendiri. Bahagianya!! Usai mengeringkan rambut, Alisya terus
menyarung tudung. Lebih baik aku turun tolong ibu dekat dapur. Dah terbiasa
buat kerja bila tak buat apa-apa bosan pula.
“Nana,
awak rehat dulu. Saya nak turun bawah kejap. Hati-hati turun tangga nanti.”
“Okey.”
No comments:
Post a Comment