Friday, 21 December 2012

Lelah Mencintaimu 10

Lepas tamat acara potong kek,semua ahli keluarga termasuklah Amani dengan Myra kena


join pertandingan karoke antara keluarga.Amani dengan Myralah pada mulanya tak nak join tapi


atas permintaan nenek,dia orang turutkan juga.


            “Kalau awak dengan Imtiyaz,saya tak ada memberlah nak duet.”


            “Saya kan ada?”


            Aku terus mencebik bila mendengar suara Amsyar dibelakangku.Kononlah saya kan


ada..Selama ni yang dia tak tegur aku walaupun kami berselisih tu apa benda?


            “Jom.”


            Aku hampir terdorong ke hadapan bila Amsyar menarik tangan aku untuk naik ke atas


pentas.Mujur dia sempat sambut aku,kalau tak memang muka cantik aku ni cium lantailah

jawabnya.


            “Lepaslah.Suka-suka hati je pegang.”


            “Sorry,tak sengaja.”


            Sorry,sorry..Sorry naik lorilah.Menyampah betul aku dengan mamat ni.Aku tak bagi


persetujuan pun dia dah terus tarik tangan aku.Kenapa tak ajak girlfriend dia yang gedik tu je


nyanyi dengan dia?!Dia ingat aku sama macam girlfriend dia yang berlambak tu?


            “Bila awak marah,terus hilang kecantikan awak.”


            “Suka hati sayalah.Muka saya bukan awak.”


            “Tapi saya suka.Lagi awak marah,awak nampak lagi comel.”


            Aku terus memandang muka Amsyar tak percaya.Dia..Dia suka?Ah,aku ni betul-betul


dah gila agaknya..Kenapa aku rasa dibuai-buai waktu dia menuturkan kata-kata sebegitu?


            “So,jom..Nak dengar saya menyanyi tak?”


            “Hurm..”


            Sewaktu di atas pentas,aku hanya memandang wajah Amsyar yang sedang menyanyikan


sebuah lagu yang berjudul Pada Syurga Di Wajahmu.Aku betul-betul rasa terharu bila secara


terang-terangan Amsyar mendendangkan lagu tu untuk aku.
           

Walaupun jarum jam sudah menunjukkan ke angka empat pagi,aku masih lagi terkebil-


kebil memandang dinding.Kenapa aku sentiasa nampak dia walau aku pandang ke mana


pun.Betul pandangan Dr.Seuss mengenai cinta.


            “You know you’re in love when you can’t fall asleep because reality is finally better than

your dream.”


            Arghh!!Stop it,Amani.Dia dah ada girlfriend dan bukan satu tetapi berlambak.Siapalah


kau nak dibandingkan dengan girlfriends dia tu.


            “Amani,awak tak tidur lagi?”


            “Belum..Saya terbangunkan awak ke?”


            “Eh,taklah.Saya bangun nak minum air.Awak nak air?”


            “Jomlah kita turun sekali.”


            Langkah kami terhenti bila mendengar perbualan antara Amsyar dengan Imtiyaz di


dapur.Dia orang bincang apa?Asal bunyi macam orang bergaduh je?


            “Kau jangan main-mainkan perasaan Amani.Dia kawan baik aku dan aku sayangkan


dia.Aku tak nak kau hancurkan hati dia.”


            “Aku tak main-main,Im..Aku betul-betul sukakan dia.”


            “Suka tak bermaksud cinta.”


            “Aku cintakan dia lebih daripada segalanya.”


            “Senangnya kau ucap cintakan?Habis girlfriends kau yang lain tu apa cerita?Kau ingat


Amani tu apa?”


            “Aku dengan dia orang hanya berkawan.”


BERSAMBUNG...

No comments:

Post a comment