HAZRILL,
Aidil, abah dan ibu bergegas ke hospital sebaik sahaja menerima panggilan daripada Kak Sara
yang baru sahaja sedar dari pengsan... mereka
yang lain menunggu hanya menunggu di rumah. Majlis malam itu terpaksa ditangguh
gara-gara hal ini.
“Sara...”
“Aidil,
maafkan Sara... Sara tak jaga kandungan Sara baik-baik. Sara... Sara minta maaf.
Sara...”
“Sudahlah,
Sara. Bukan rezeki kita. Aidil tak marah pun asalkan Sara selamat.”
Aidil
terus memeluk isteri kesayangannya dengan erat. Walaupun harapan dia setinggi
gunung untuk bergelar seorang ayah, kalau dah bukan rezekinya dia nak kata apa
lagi?
“Ibu...
Isya... Isya... Isya, ibu...”
“Sara,
bawa-bawa bersabar. Inshaallah Alisya akan okey.”
“Kereta
tu... langsung tak berhenti... dia pergi macam tu sahaja... Sara tak sempat. Isya...”
“Ya
Allah, Sara. Jangan macam ni. Sara baru sahaja keguguran. Ingat apa yang ibu
nak cakap ni, apa pun yang jadi bukan salah Sara. Jangan salahkan diri kamu.”
Sara
terus menangis semahu-mahunya di dalam pelukan ibunya. Kalaulah dia ikut
adiknya itu pergi beli barang tadi, mungkin kemalangan itu tak akan terjadi.
Semua ini salah dia.
“Sara,
ingat Allah… tak elok kalau kamu macam ni.”
“Isya,
ibu… Isya… semua ni salah Sara.”
HAZRILL
duduk menunduk di satu sudut sambil menunggu perkhabaran Alisya yang masih
berada di bilik bedah. Hadiah yang masih berbungkus cantik yang sudah dikotori dengan
darah dipeluk kuat. Hancur hatinya bila mengetahui Alisya masih erat memeluk
hadiah itu selepas dia dilanggar. Hadiah tu dipeluk erat tanpa mahu
melepaskannya walaupun sesaat.
“Rill?”
“Alisya
beri hadiah ni untuk aku, Aidil. Aku langsung tak ingat hari ni ulang tahun
kelahiran aku... aku...”
Aidil
menepuk bahu Hazrill beberapa kali meminta agar lelaki itu bersabar. Masing-masing
tak sangka yang semua ini akan terjadi. Dia kehilangan anak yang isterinya kandung
dan Alisya masih berada di dalam bilik bedah gara-gara dilanggar pagi tadi.
“Rill,
banyak-banyak bersabar.”
“Aku
tak boleh kehilangan dia, Aidil. Aku tak sanggup.”
“Harap-harap
tiada apa yang serious...”
Malam
tu, Hazrill menemani Alisya di hospital walaupun bukan berada di sampingnya. Hadiah
yang diberikan padanya masih lagi erat dipeluk. Card yang terselit dengan hadiah tu dibaca berulang kali untuk
mengubat kerinduan. Setiap kali dia baca card
tu, air mata dia sentiasa menitis. Dia kenal tulisan tangan tu.
-I love you because of what you do
for me, you encourage me when I'm down, you make me feel good about myself, you
make me laugh, you show me your love in so many ways. Happy Birthday, my love
and my friend! The one and only, Alisya. -
Alisya,
tolonglah jangan tinggalkan Rill... Ya Allah, aku mohon padaMu. Jangan kau
ambil Alisya daripada kami, Ya Allah. Masih banyak lagi janji aku pada dia yang
masih belum tertunai.
“Alisya...”
No comments:
Post a Comment