Alisya
terus menuruni tangga sambil bernyanyi kecil. Hidup mesti diteruskan walaupun
hati aku hancur berkecai cuma aku masih tak dapat nak maafkan mereka lagi. Kak
Sara yang sedang memanjat anak tangga tidak kuhiraukan. Sampai hati dia buat
aku macam ni. Aku percayakan dia. Ah, malas aku nak ingat pasal tu lagi. Ingat
pesan Nana, Isya… kau balik sebab ibu dengan abah.
“Alisya…”
Kak
Sara cuba memeluk Alisya namun cepat-cepat Alisya memeluk tubuh. Ya Allah, semoga
aku tak menangis dihadapan mereka. Aku tak boleh tunjuk aku lemah di hadapan
orang yang telah memijak harga diri aku. Jangan menangis, Alisya. Menangis
hanya buat kau nampak lemah. Kau kena kuat Alisya.
“Aku
dah bagitahu kau dulu, jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu.”
“Isya,
maafkan akak...”
“Jangan
ingat aku balik dekat rumah ni untuk berbaik-baik dengan kau laki bini macam
dulu. Kalau bukan sebab ibu dengan abah, aku tak akan balik ke mari lagi. Buat
apa aku balik setakat nak tengok kebahagiaan kau yang kau dapat di atas
penderitaan aku? Buang masa aku sahaja!”
“Isya,
akak minta maaf. Akak betul-betul rindukan Isya…”
“Tolong
jauhkan diri kau daripada aku. Jangan nak berakak sangatlah dengan aku… aku tak
ada kakak yang sanggup buat aku macam ni.”
Alisya
menepis tangan Kak Sara bila dia ingin memeluknya. Dia tak sudi disentuh atau
dipeluk oleh si dia dan kali ni dia tak akan terpedaya dengan drama air mata si
dia tu lagi. Aku tak akan tertipu lagi, cukuplah sekali. Cukuplah sekali aku
tertipu dan apa yang mereka buat pada aku terlalu pahit untuk aku telan. Sampai
sekarang aku tak dapat membuang rasa benci dan marah di dalam hati aku ini.
Alisya
terus menjejakkan kakinya di dapur yang selama ni tak pernah dia jejak. Aku
baru sedar apa kurangnya aku dan apa lebihnya Kak Sara... ah, sudahlah, semua
ni sudah berlalu. Tak guna kalau aku nak kesalkan semua ni sekarang.
“Ibu...”
“Dah
cukup rehat dah anak ibu ni?”
“Dah
segar dah badan lepas mandi, ibu. Meh, Isya tolong ibu.”
“Nak
tolong?”
Alisya
mengangguk dan terus mencapai pisau untuk mengupas bawang. Jangan main-main, sebulan
aku duduk dengan Nana aku dah belajar masak siap-siap.
“Ibu,
udang ni Isya nak masak boleh?”
“Boleh,
Isya nak masak apa? Ibu boleh ajarkan.”
“Tak
apa, ibu. Nana dah ajar Isya hari tu. Isya cuma nak ibu rasa okey ke tidak
masakan Isya ni nanti.”
“Nana
ajar?”
Alisya
terus melihat bahan-bahan untuk memasak. Hurm, nak masak apa ya? Kupas bawang
dululah lepas tu baru fikir nak masak apa.
“Hurm...
kawan Nana ada buka class memasak
dekat sana. Isya dah kebosanan, Isya joinlah class tu.”
Sejam
selepas itu, semua makanan sudah siap terhidang di atas meja makan. Alisya
terus memanjat tangga untuk mengajak Nana turun makan. Lagi pun tangga dekat
rumah inikan agak curam. Bahaya untuk Nana nak turun atau naik tangga.
“Nana,
awak dah tidur ke?”
“Saya
baru lepas mengaji... kenapa?”
“Jom,
kita turun makan. Penat tahu saya berperang dekat dapur tadi.”
“Hurm,
marilah.”
Ketika
Alisya dan Nana tiba di meja makan, semua sudah duduk di tempat masing-masing. Kak
Sara duduk di sebelah suami dia. Dia ni tak pantang ke? Sibuk sahaja duduk
dekat sini.
“Siapa
yang masak lauk ni?
“Anak
kita, Isya. Saya masak sayur ni sahaja.”
“Hah?
Anak abah yang masak? Abah tak tahu pun anak abah pandai masak? Gemuklah abah kalau
macam ni lama-lama.”
“Hisyh,
abah ni... biasa-biasa sahaja. Ini semua jasa Nana dengan kawan dia. Dia orang
yang ajar Isya masak.”
Aidil
dan Kak Sara hanya senyap sambil menikmati hidangan makan malam mereka. Aidil
sendiri tak tahu macam mana nak berbual mesra seperti dulu dengan Alisya
selepas apa yang berlaku ini. Kalau boleh dia nak rapat macam dulu dengan
Alisya tapi lepas apa yang isterinya bagitahu tadi, dia tahu Alisya masih marah
pada mereka.
“Ibu,
Isya ingat nak bercuti dengan rumah atuklah...”
“Lah,
baru balik bercuti nak bercuti lagi? Duduklah dekat rumah dengan ibu.”
“Ha’ah,
Isya. Ibu kamu tu rindu betul dengan kamu.”
“Isya
nak ziarah kawan Isya...”
“Iskandar?”
Alisya
hanya mengangguk sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Lama gila tak jumpa dengan
kawan baik aku ni. Dia di overseas, aku
dekat politeknik. Baru dua hari lepas dia contact
aku bagi tahu dia dah ada dekat kampung. Memang taklah aku nak lepaskan peluang
untuk jumpa dia. Boleh jenguk atuk dengan mama sekali. Ya Allah, rindunya dekat
mereka semua.
“Lama
ke Iskandar dekat Perlis?”
Aidil
yang sedang menyuap makanan ke dalam mulutnya terhenti menyuap sebaik sahaja
terdengar nama bekas kekasih Alisya disebut-sebut. Dia pernah merajuk
berhari-hari dengan Alisya kerana insan bernama Iskandar itu menghantar pesanan
rindu pada Alisya.
“Tak
lamalah, ibu. Dua minggu sahaja, lepas tu dia terus balik sana balik, diakan
dah jadi orang sana.”
“Kalau
kita pergi sekali nak tak?”
“Abang
okey sahaja... boleh lawat ayah awak tu sekali gus kenalkan Aidil pada dia.”
“Hurmm.”
No comments:
Post a Comment