SEJAK
daripada itu, Hazrill dan Alisya menjadi kawan baik. Hazrill sentiasa ada di
samping Alisya ketika senang atau susah dan Alisya gemar menjadikan Hazrill
tempat dia mencurah perasaan dan menghambur tangisan. Mereka sangat akrab
sampai student lain gelar mereka
dengan macam-macam gelaran.
“Eh,
pasangan suami isteri nak ke mana tu?”
Alisya
menayangkan penumbuknya di hadapan muka Mya sambil tersenyum. Suka sangat
mengusiknya dengan Hazrill. Tak reti-reti penat ke nak mengusiknya? Pergilah
mengusik orang lain pula.
“Hisy,
kau inikan Mya suka usik aku dengan Hazrill. Kami nak pergi library. Nak join?”
“Tak
mahulah, menganggu pula kau orang nak bermanja-manja nanti.”
“Mya,
kalau aku tersumbat kasut saiz tujuh dalam mulut kau kejap lagi minta maaf
banyak-banyak ya?”
Mya
tergelak besar mendengar kata-kata Alisya itu. Dia tahu yang Alisya hanya
bergurau kerana Alisya bukan seorang yang tak siuman. Mulut sahaja yang bising
cakap nak sumbat kasut dalam mulut tapi tak ada terlintas dalam kepalanya pun
nak buat.
“Boleh
ke aku ikut ni?”
“Mestilah
boleh. Lagipun rugi kalau kau tak ikut. Hazrill nak belanja makan.”
Belanja
makan? Mata Mya terus bersinar-sinar tatkala mendengar perkataan Hazrill mahu
belanja makan. Rezeki datang bergolek ni, tak akanlah dia nak menolak pula? Sekurang-kurangnya
jimat makan tengahari dia hari ni.
“Wow,
nak join boleh Hazrill?”
“Boleh
sahaja, jomlah.”
Mya
terus berjalan beriringan dengan pasangan ‘suami isteri’ itu ke library. Ya, si suami itu mahu belanja
makan. Seronoknya!!!
Alisya
hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Mya iinikan, sebut pasal makan
laju sahaja dia bersetuju. Dasar minah kuat makan tapi yang anehnya ke mana
perginya makanan yang dimakan gadis itu ya? Yalah, makan macam dua orang yang
makan tapi badan tetap sekeping. Kalau angin tiup dia yakin Mya akan terbang
melayang…
“Laju
sahaja bila cakap pasal makan ya?”
“Mestilah,
rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari.”
SELEPAS
Alisya menjadi kekasih Aidil, lain pula jadinya. Hubungan persahabatan mereka
menjadi renggang. Yalah setiap hari Alisya akan menghabiskan masa dengan Aidil.
Dan hubungan antara Alisya dan Hazrill menjadi semakin renggang sebaik sahaja Hazrill terlibat dalam satu kes pecah
amanah.
“Alisya,
aku tak buat semua tu. Aku tak harap orang lain untuk percayakan aku. Hanya kau
seorang yang aku nak untuk percayakan aku. Kita dah lama berkawan.”
“Kau
nak aku percayakan kau? Apa buktinya kau tak buat semua tu? Aku menyesallah ada
kawan baik macam kau ni.”
Kata-kata
Alisya menghancur leburkan hati Hazrill. Ya Allah, kenapa Alisya mudah sangat
percaya khabar angin tu dari percaya aku, kawan baik dia sendiri?
Hazrill
hanya mampu memandang Alisya berlalu pergi dari situ sambil memeluk mesra
lengan Aidil. Tak apalah, Alisya. Aku tak akan muncul lagi di hadapan kau lagi
selagi tak hilang rasa sakit hati ni sebab kau tak percayakan aku. Dan Aidil, tahniahlah
sebab kau berjaya buat Alisya bencikan aku.
“Alisya,
aku cuma minta kau seorang sahaja untuk percayakan aku. Tapi kenapa kau sama
macam yang lain.”
Tanpa
mengucap selamat tinggal pada Alisya, Hazrill terus berhijrah ke luar negara
sebaik sahaja namanya dibersihkan. Tiada
gunanya dia berada di sini lagi kalau kawan baik dia yang paling dia sayang tak
percaya padanya. Kini, dah terbukti bukan dia pelakunya.
No comments:
Post a Comment