HARI
ni sudah genap sebulan Alisya berbaik semula dengan ibu dan abah. Alisya kini
menetap di rumah ibu dan abah. Aidil dengan Kak Sara pun masih duduk di situ
kerana ibu membantah hasrat mereka untuk berpindah. Hubungan mereka masih lagi
dingin walaupun tinggal di bawah satu bumbung dan bilik kami sebelah menyebelah.
Hazrill pula mengotakan janjinya kalau Alisya pindah masuk ke rumah ini semula,
dia akan berkunjung menziarahi Alisya selalu.
“Isya,
Hazrill dah ada dekat bawah. Isya nak keluar ke?”
“Ha’ah,
ibu. Kan semalam Isya dah bagitahu?”
“Ya
Allah, maaf ibu terlupa. Jadi Isya balik ke kampung tak ni? Dah lama sangat
Isya tak balik ke kampung, nanti apa pula kata adik dengan kakak abah bila Isya
tak datang kenduri arwah ni?”
Alisya
hanya mengangguk faham. Tengoklah macam mana nanti, bukan dia tak nak balik
tapi kata-kata yang mereka lemparkan kepadanya sangat-sangat menghancur
leburkan hati dia. Bukan sikit yang mereka katakan tapi banyak. Dia ni
perempuan tak tahu malulah, perempuan gatallah, perempuan jalanglah, anak dara
tualah dan macam-macam lagi.
Lipatan
tudung dikemaskan lagi walhal sudah terletak cantik di atas kepala. Kalau dia balik,
tak cukup mulut pula mereka nak mengutuk dia. Ada ke patut mereka menuduh dia nak
goda abang ipar sendiri? Ingat dah habis ke lelaki dalam dunia ni? Hurm cakap
pasal Aidil dengan Kak Sara, sampai sekarang Alisya masih tak bertegur sapa
dengan mereka walaupun dia sebenarnya teringin sangat nak berbual dengan mereka
semula. Entah sampai bila keadaan ni akan berlanjutan pun dia sendiri tak tahu.
“Isya
datang tak? Ibu harap Isya dapatlah datang ke sana sebab mama kamu tu cakap
dengan ibu, dia nak jumpa Isya sebelum dia pergi Haji.”
“Tengoklah
dulu, ibu. Kalau Isya datang sekali pun, mungkin lambat. Kendurinya esok punkan?”
Hurm,
mama... lama aku tak jumpa mama angkatku itu. Bukan aku tak nak jumpa tapi
keadaan tak mengizinkan. Kalau aku nak jumpa dia, aku kena balik kampung dan
kalau aku balik kampung pula aku kena menghadap muka-muka yang aku tak nak
pandang tu.
“Kalau
boleh datanglah ya, ibu harap sangat Isya datang.”
Lepas
ibu beredar dari bilik aku, aku mengeluh perlahan. Serba salah betul aku nak
balik kampung atau tak. Last aku
balik kampung dulu, tak sampai sehari aku dah balik KL semula itu pun lepas
jumpa Iskandar.
“Maaf,
lambat.”
“Tak
apa. Tadi uncle kata kejap lagi nak
balik kampung. Isya tak balik ke?”
“Tak
tahulah, tengoklah macam mana.”
Hazrill
mengangguk faham. Tahulah dia mesti ada sesuatu yang terjadi waktu Alisya balik
kampung dulu bila melihat reaksi Alisya tu.
“Jomlah
kita gerak sekarang… kalau gerak sekarang sempatlah Isya balik kampung.”
“Hurm,
ibu... abah, Isya pergi dulu.”
“Hurm,
hati-hati. Rill, jangan drive
laju-laju,”
“Okey,
uncle...”
Alisya
hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Hurm, macam mana ni? Nak balik
kampung ke tidak? Kalau tak balik apa pula kata mereka? Nanti makin giatlah
mereka mengata dia dekat sana.
terima lh hakikat..setiap kejadian ade hikmah nyer dek....andai masih berjodoh hazrill ngan alisya pasti akan di pertemu kn...kena ingt alisya ajal dn jodoh tetap ketentuan yg maha Esa.jgn kerna cinta kite sanggup jd ank yg di murkai ALLAH SWT.redha kn setiap kejadian,sujud pd yg maha Esa pasti segala rase dihati dapat pentujuk nye... sori yer dek akk over termelalut hehe...sedeh ngan nasib alisya muge dpt jua mengecapi bahgia kelak..
ReplyDeletetapi kan ad je sbb cinta,ank snggup memilih untuk kurang ajar dgn orang tua mereka sendiri.
Delete