Wednesday 9 May 2012

LARA SEMALAM 1

PANTAI Teluk Batik dipandang sayu. Kalau... kalaulah pernikahan itu berlangsung, dia pasti akan ceria dan bahagia di sini di samping suami tercinta. Lokasi ini sudah lama dipilih untuk berbulan madu. Bila mengingatkan tentang hal itu, pipi dia tak pernah kering dengan air mata.
Aidil… kenapa mesti berjanji nak sehidup semati tapi kau tinggalkan aku demi orang ketiga? Aku masih boleh terima dan merestui kau dengan dia. Tapi mesti ke kau memadu kasih dengan kakakku sendiri? Apa kurangnya aku? Apa lebihnya dia? Apa yang dia pandang pada Kak Sara sampai dia boleh berubah hati?
            “Apa semua ni, Aidil? Kenapa pagi tadi you tak muncul dekat masjid? You tahu tak I tunggu you datang tadi?” 
            Alisya merenung penampilan Aidil pada tengah hari itu. Kenapa dia datang sini dengan memakai t-shirt and jeans? Mana baju yang mereka buat untuk majlis akad nikah dia? Kak Sara yang baru sahaja muncul di belakang Aidil hanya menundukkan wajahnya.
“Maafkan I, Isya. I tak boleh kahwin dengan you sebab I baru sedar yang I cintakan dia bukan you. I nak kahwin dengan dia. Maafkan I sebab buat you macam ni.”
“Maaf? Semudah itu? You fikir semuanya dapat diselesaikan dengan perkataan maaf you?! Semua penghinaan ni you ingat boleh dilupakan dengan maaf you tu?! Kak, apa ni? Kak Sara tahukan Aidil ni tunang Isya. Isya percayakan Kak Sara…”
Semua orang terkejut tatkala melihat Aidil dengan selambanya menggenggam jari jemari Kak Sara di hadapan keluarga mereka. Alisya jadi terpinga-pinga melihat Aidil dengan selambanya pegang tangan Kak Sara di hadapan matanya sendiri.
Apa maksud semua ni? Dan macam mana Kak Sara yang menghilangkan diri dan tak dapat dikesan dari semalam boleh muncul hari ini bersama dengan Aidil dan parent Aidil?
“Alisya, aunty dengan uncle datang tengah hari ni sebab nak minta maaf dengan Isya dan seluruh keluarga Isya. Kami juga datang ke mari untuk memberikan penjelasan kenapa kami tak datang ke masjid pagi tadi.”
“Penjelasan apa lagi? Datin tahu tak yang keluarga Datin dah jatuhkan maruah keluarga I dengan tak munculkan diri di masjid pagi tadi. Cukup-cukuplah dengan hancurkan hati anak I.”
Please, dengar dulu apa yang kami nak katakan ni.”
Aidil masih lagi tidak melepaskan genggaman tangannya. Dia tahu Sara takut untuk berdepan dengan keluarganya. Dia harap yang keluarga ini akan menerima pernikahan dia dengan Sara seperti mana daddy dan mummy terima sewaktu mereka bongkarkan rahsia perkahwinan mereka semalam.
“Sebenarnya Aidil dengan Sara dah berkahwin.”
KAHWIN?! Alisya terus terduduk di sofa. Wajah kakaknya dipandang lama. Kenapa, Kak Sara buat Isya macam ni? Ya Allah, aku betul-betul percayakan dia. Kenapa dia sanggup buat aku macam ni? Kenapa kakak aku sendiri sanggup buat aku rasa terhina macam ni? Apa dosa aku pada dia? Apa yang aku dah buat pada dia sampai dia hina aku macam ni?
“Apa semua ni, Sara?”
“Sara, apa yang kamu dah buat ni? Kamu tahu tak Aidil tu tunang adik kamu. Ya Allah, dah tak ada lelaki lain ke sampai adik kamu punya pun kamu nak ambil? Sejak bila kamu kahwin dengan Aidil ni? Kenapa Sara sanggup buat kami macam ni?”
Makin erat genggaman tangan Aidil. Dia tahu isterinya itu takut untuk berhadapan dengan keluarga mereka tetapi dia tidak menghiraukannya. Sampai bila mereka nak rahsiakan hal perkahwinan mereka? Tak akan nak tunggu perut isterinya itu berisi baru nak bagitahu mereka?
“Sara tak minta untuk jatuh cinta dengan Aidil, abah. Sara tak sengaja…”
“Semua tu hanya alasan kamu sahaja, Sara. Jangan ingat ibu tak tahu yang kamu memang nak rampas Aidil dari Isya. Kamu tu dengki dengan kebahagian Isya.”
“Bukan, ibu, abah…”
“Saya yang salah, pak cik, mak cik… semua ni bukan salah Sara. Sepatutnya saya bagitahu perkara ni lebih awal tapi disebabkan kami nak jaga perasaan Alisya, kami diamkan dulu hal ni.”
Sebab nak jaga perasaan aku? Apa maksud dia? Jaga perasaan aku apanya kalau macam ni? Mereka dah musnahkan kepercayaan aku, kasih sayang aku… mereka lupa ke aku ni manusia yang ada hati dan perasaan?
Sara hanya menundukkan wajahnya. Dia tak sanggup memandang semua orang. Dia betul-betul malu. Cinta hadir dalam dirinya ketika Alisya jauh dari Aidil. Bukan dia pinta untuk jatuh cinta dengan tunang adiknya sendiri.
“Kenapa, kak? Kenapa buat Isya macam ni. Isya ni adikkandung Kak Sara tapi Kak Sara sanggup buat Isya macam ni. Kak Sara tahu Isya dengan Aidil dah empat tahun bertunang... kenapa Kak Sara hadir antara kami? Kak Sara tahu ini sepatutnya jadi hari bahagia Isya. Kak Sara dah musnahkan semuanya!”
“Maafkan akak, Isya. Akak...”
“Hidup Isya dah musnah! Kepercayaan Isya pada akak dah musnah! Puas hati akak?! Puas?!! Apa lagi yang akak nak rampas dari Isya?! Kenapa Kak Sara tak bunuh sahaja Isya?! Kak Sara tahu Isya separuh nyawa cintakan dia tapi kenapa akak sanggup buat Isya macam ni? Apa salah Isya sampai akak buat Isya macam orang tak ada maruah? Isya ada perasaan, kak. Hancur hati Isya, kak. Hancur lebur! Kak Sara tahu tak, dulu ibu ada bagitahu pasal Kak Sara dengan Aidil rapat dan mesra semacam tapi Isya buat tak tahu sebab Isya percayakan Kak Sara. Seumur hidup Isya, Isya tak pernah terfikir yang Kak Sara akan buat macam ni pada Isya sebab bagi Isya, Kak Sara ni dah macam angel dalam hidup Isya. Tapi apa yang Isya dapat?!! Isya betul-betul sayang dan percayakan akak dengan Aidil tapi kenapa buat Isya macam ni? Apa dosa Isya? Kak, apa salah Isya? Kenapa buat Isya macam ni? Kenapa malukan Isya macam ni? Kenapa? Kenapa?!!”
“Isya, akak... akak minta maaf.”
Kak Sara terus memegang tangan Alisya dan berkali-kali dia minta maaf. Semua ni bukan dia yang minta. Dia tak minta untuk jatuh cinta dengan tunang adik dia. Dia sendiri tak tahu kenapa dia sanggup buat adik dia macam tu. Kalau dia boleh undurkan masa semula, dia akan buat dan dia akan jauhkan diri dari Aidil.
“Lepas! Jangan sentuh Isya dengan tangan kotor akak! Isya jijik!”
Aidil terus memeluk Kak Sara bila Alisya menolak badan isterinya agar wanita itu menjauhkan diri daripada terus menerus memegang tangannya. Apa lagi yang gadis itu tak puas hati lagi? Mereka dah minta maafkan?
“Isya, kami dah minta maafkan? Apa yang you nak lagi?”
“Maaf you tak akan dapat merubah semuanya, Aidil. You dengan dia sama-sama kejam! I betul-betul percayakan you all tapi ini ke yang I patut dapat? Ini ke? Jawab, Aidil!”
Kak Sara terus melutut di hadapan Alisya sambil meraih tangan adiknya itu. Dia tak kisah kalau dipukul oleh adiknya sekali pun. Dia memang layak menerimanya.
“Isya, pukullah akak. Hinalah akak tapi akak nak Isya tahu yang akak betul-betul menyesal.”
“Kalau Isya pukul Kak Sara, semuanya akan kembali seperti biasa ke? Tak akan? Dah tak berguna dah maaf Kak Sara tu… Isya menyesal percayakan Kak Sara.”
“Isya, akak sanggup buat apa sahaja yang Isya suruh asalkan Isya maafkan akak. Akak merayu pada Isya, tolonglah maafkan akak.”
Alisya menggelengkan kepalanya dengan linangan air mata. Meskipun Kak Sara melutut merayu padanya, semua tu tak akan ubah keadaan sekarang ni. Nasi dah jadi bubur dan dah tak ada apa pun yang Kak Sara boleh lakukan.
“Apa yang Kak Sara harapkan lagi dari Isya? Kak Sara harap Isya tepuk tangan ke bila dengar berita ni? Hati Isya ni dah hancur, kak.”
Ibu dengan abah hanya diam seribu bahasa. Hancur hati mereka mengenangkan Sara merampas tunang adiknya sendiri. Boleh pula tu berkahwin tanpa pengetahuan mereka. Kali ni Sara betul-betul dah melampau.
“Ibu, Sara...”
“Cukup, Sara! Ibu betul-betul kecewa dengan kamu!”
“Ibu, maafkan Sara... Sara tak berniat nak merampas...”
“Pergi! Ibu tak nak tengok muka kamu lagi… anak ibu bukan begini!!”
Alisya hanya mampu memandang ke lantai dengan juraian air mata. Mujur tetamu dah beransur pulang jadi tiada siapa yang tahu kemelut yang melanda keluarga ini kecualilah saudara mara yang sememangnya sudah lama berkampung di situ. Meskipun begitu, dia tetap malu untuk berhadapan dengan semuanya. Mummy dengan daddy Aidil hanya mendiamkan diri di satu sudut rumah.
“Isya, akak minta maaf… akak betul-betul…”
“Sudah! Isya tak nak dengar satu perkataan pun keluar dari mulut Kak Sara. Isya tak akan percaya semua yang Kak Sara cakapkan lagi. Semua tu hanya dusta!”
“Alisya, aunty…”
Alisya mengangkat kedua belah tangannya tanda dia tak mahu dengar apa-apa lagi. Berapa banyak lagi yang perlu dia dengar? Dia dah tak larat nak dengar apa-apa lagi.
“Isya tak nak dengar apa-apa lagi. Tolong jangan buat Isya hilang hormat pada aunty.”
“Isya…”
Pagi tadi semua memujinya cantik berpakaian pengantin. Sekarang pujian itu dah tak bermakna untuk Alisya lagi. Hatinya dah hancur berderai. Alisya malu sangat-sangat dengan saudara mara yang sedang memandang. Kaki terus diatur laju memanjat tangga. Dua puluh minit kemudian Alisya menarik bagasinya sambil menuruni tangga.
“Isya nak ke mana, sayang?”
“Ibu, abah, Isya nak pergi... Isya tak boleh duduk sini lama-lama.”
“Isya nak ke mana? Abah hantar ya?”
Alisya menggelengkan kepalanya laju. Biarlah dia pergi ke mana yang dia mahu bersendirian. Waktu macam ini, segala pujukan dan penjelasan hanya akan membuatkan jiwanya semakin kacau.
“Tak perlulah...”
            “Isya, maafkan aunty dengan uncle.”
            Alisya menggelengkan kepalanya perlahan. Mummy dan daddy Aidil tak bersalah dalam hal ini. Tak ada apa pun yang perlu dimaafkan. Masalah ini hanya melibatkan dia, Aidil dan Kak Sara sahaja.
            “Aunty dengan uncle tak salah apa-apa pun. Isya pergi dulu. Assalamualaikum.”
Lepas menyalami tangan ibu, abah, daddy dan mummy Eqal, Alisya terus mengheret bagasinya ke muka pintu. Sebelum keluar, Alisya sempat menghentikan langkahnya di hadapan Sara. Wajah pucat kakaknya itu dipandang lama. Tangan dia terus hinggap di pipi Sara. Terkejut juga semua orang ketika itu. Yalah, gadis yang lembut dan sopan santun selama ini naik tangan. First time pula tu.
“Memang sewajarnya Kak Sara dapatkan? Isya memang rasa bersalah sebab tampar Kak Sara tapi... Kak Sara memang selayaknya dapat penampar dari Isya. Orang yang Isya percaya dah khianati Isya. Kalaulah orang lain yang jadi orang ketiga tu, hati Isya tak akan sesakit macam ni. Isya kecewa, kak.”
Alisya terus menoleh memandang Aidil. Ini kali terakhir dia akan pandang Aidil. Senyuman terukir di bibirnya meskipun terasa hambar. Tahniah... sayang. I doakan you bahagia walaupun bukan dengan I.
            “Terima kasih sebab buat Isya rasa terhina macam ni. Aidil, kalau wanita itu bukan kakak I, I dah lama restui you. Tapi disebabkan dia tu kakak I...”
Kata-kata itu dibiarkan tergantung. Tak sanggup dia menuturkan something yang hanya akan menambahkan lara di hatinya. Alisya terus melangkah keluar dari rumah yang dulunya sentiasa memberi ketenangan untuknya dengan air mata yang semakin laju menitis membasahi pipi.
“Isya... jangan pergi.”
“Abah, biar Isya pergi… Isya nak cari ketenangan.”
Abah akhirnya melepaskan pegangannya di lengan Alisya. Pergilah, nak. Carilah ketenangan yang kamu mahukan, Alisya. Bila dah dapat apa yang dicari, jangan lupa kembali semula ke rumah ini.
“Abah izinkan kamu pergi, Alisya. Pergilah ke mana pun Isya nak tapi jangan lupa jaga solat, makan ikut masanya...”
Alisya memeluk abah dengan erat sebelum melangkah keluar dari rumah yang sentiasa membuatkan jiwanya tenteram. Selamat tinggal semuanya yang ada di sini. Inshaallah, dia akan kembali semula ke rumah ini setelah dia memperoleh ketenangan dan dapat melupakan semuanya.
“Abang, anak kita abang… kenapa abang biarkan dia pergi?”
“Biarlah dia pergi untuk mencari ketenangan yang dia mahukan.”
Ini semua salah Sara! Kalau Sara tak menggatal dengan Aidil, Alisya tak akan meninggalkan rumah ini dan puteri bongsunya itu tak akan kecewa sebegini teruk. Mereka yang patut pergi bukan Alisya. 

1 comment:

  1. Sian isha.. Org yg plg kita percaya sdh tikam dr blkg.. Klu sy mmg bnr2 terluka n trkilan
    Harap isha dpt move on

    ReplyDelete