Saturday 6 October 2012

Lara Semalam 5

Alisya hanya merenung nasi di dalam pinggannya yang masih lagi banyak berbaki. Selera nak makan betul-betul sudah tiada lagi. Tanpa mereka sedari, sekali lagi mereka menggores hati Alisya yang sudah sedia ada tergores. Nampaknya, ibu dan abah sudah menerima Aidil sebagai menantu sulung dalam keluarga ini.
“Isya nak pergi bila? Apa kata kita pergi sekali?”
“Isya nak jawab call sekejap.”
Mujur handphone Alisya tiba-tiba berbunyi membuatkan aku tak payah mendengar cadangan mereka ingin memperkenalkan Aidil pada atuk.
Hello?”
“Assalamualaikum, mak cik!! Mana kau menghilang hah?”
Alisya terus merenung handphonenya lama sebelum merapatkan semula ke telinganya dengan kening yang hampir-hampir bercantum. Siapa lelaki yang tak ada adap ni? Salah nombor ke?
“Siapa ni?”
“Akulah, Hazrill.”
“Oh, kau... aku ada sahaja dekat bumi Malaysia ni. Tak terasa lagi nak lari ke Thailand atau India lagi.”
Alisya tergelak-gelak sewaktu menjawab pertanyaan Hazrill tu. Ah, Aliysa. Dia jarang serious bila bersama dengan Hazrill. Bila dengan Hazrill, dia jadi orang lain. Dia akan jadi orang yang paling tak reti diam dan asyik nak mengenakan dan mengusik orang sahaja kerjanya.
“Aku tahulah, maksud aku mana kau hilang jejak berapa bulan ni. Aku cuba contact kau tapi kau dah tukar nombor. Ini pun nasib baik ibu kau bagi nombor telefon kau pada aku.”
“Bila kau contact ibu aku?”
“Adalah dua tiga hari yang lepas. Mana awek aku ni menghilang ha? Payah betul nak cari kau.”
“Aku sengaja nak hilangkan diri sekejap. Kau ni ada dekat mana ni?”
“Aku ada sahaja dekat sini.”
Ada dekat sini? Sini tu mana ya? Kalau aku hempuk mamat ni nanti jangan tanya kenapalah ya? Dia ingat aku tahu ke sini tu dekat mana? Boleh jadi sini tu dekat mana-mana sahaja.
Seriouslah wahai sahabatku Hazrill. Dekat sini tu boleh jadi dekat mana-mana pun. Dekat Malaysia boleh, dekat overseas boleh dan dekat rumah aku pun boleh jadi tahu?”
Tawa Hazrill hanya menambahkan darjah kegeraman Alisya padanya. Dia tanya molek-molek boleh pula Hazrill main-main dengannya? Ada juga yang makan penampar sulungnya nanti.
“Wahai saudara di sana… sebelum jari ni tertekan button merah, boleh berhenti ketawa tak?”
            “Ala, sejak bila aku tak boleh bergurau dengan kau? Sebenarnya aku ada dekat hotel… dekat Malaysia.”
“Apa?!!”
Alisya bagaikan tidak dapat percaya yang Hazrill sudah kembali ke Malaysia. Ya Allah, sahabat baikku merangkap pendengar setia aku dah balik semula ke Malaysia? Ini berita gembira buatnya yang sememangnya sudah lama dia tunggu kepulangan sahabat baiknya itu.
“Betul ke ni? Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni? Lama aku tunggu kau balik, Hazrill.”
“Ya, aku memang dah balik. Eh, kau apa cerita sekarang? Rindu betul aku pada kau. Nanti bila kau free, kita jumpa okey?”
Gediknya mamat ni. Entah siapa punya kawan baiklah ni? Adui, sejak mamat ni duduk overseas ni, makin terover pula gediknya. Kalau dulu gedik santai-santai sahaja tapi sekarang ni over sahaja.
“Wei, boleh tak jangan keluarkan statement yang membuatkan aku muntah darah?”
“Nak buat macam manakan? Aku over rindu kau tahu tak?”
“Ah, kau tu… semuanya over dalam hidup kaukan?”
Alisya dengan selambanya mengutuk Hazrill secara live lagi tu ketika berbual dalam telefon dengan Hazrill hingga membuatkan mamat putus fius tu terdiam buat seketika.
“Uit, mak cik. Kau kutuk aku over apa ni?”
“Kau tengah makan cili ke?”
Alisya menggelengkan kepalanya perlahan. Bila berbual dengan Hazrill, otak dia sudah tak berapa nak betul dah. Mungkin ada fius-fius yang tercabut atau putus dekat dalam ni.
“Kau balik ni buat selamanya ke?”
“Mungkin. Kenapa… kau tak suka aku balik ke?”
“Sekali lagi kau keluarkan statement macam tu, aku letak.”
Terdengar keluhan Hazrill di sebelah sana. Kenapa sekarang ni dia dah tak boleh bergurau dengan Alisya dah? Asyik kena marah sahaja dengan sahabatnya itu.
“Yalah, aku dah tak cakap macam tu lagi.”
“Kau balik sebab reunion member kita tu ke?”
“Taklah, aku balik sebab aku dah terlalu rindu dengan semua yang ada dekat Malaysia. Lama betul aku dekat sana sampai termimpi-mimpi ada dekat Malaysia. Alang-alang kau dah sebut pasal reunion tu, kau join ke?”
“Tak tahu lagi. Kau?”
“Aku ikut kau. Kau join, aku join. Apa kata kita pergi sekali nak?”
Alisya merenung jam yang berada di dinding. Hurm, reunion tu lagi sebulan. Kalau aku pergi dia mesti ada sekali. Yalah, Aidilkan satu tempat study dengan dia juga dulu. Malas dia nak pergi tempat yang ada mereka berdua.
“Tak tahu lagilah. Terasa macam malas pula nak join. Malas berdouble-double nak jumpa dia orang tahu?”
“Dah kenapa pula?”
Kini giliran Alisya pula mengeluh. Hazrill ni dah kenapa? Aku dah kata malas berdouble-double sibuk juga nak tanya kenapa. Dah aku kata malas tu malas sahajalah. Perlu ke ada sebab lain?
“Sebabnya aku malas dan hanya malas. Faham?”
“Hurm, kalau kau ubah fikiran bagitahu aku ya?”
“Mestilah aku bagitahu kau dulu baru aku bagitahu yang lain. Kaukan kawan aku, boyfriend aku and si comot aku?”

2 comments: