Alisya
hanya merenung nasi di dalam pinggannya yang masih lagi banyak berbaki. Selera
nak makan betul-betul sudah tiada lagi. Tanpa mereka sedari, sekali lagi mereka
menggores hati Alisya yang sudah sedia ada tergores. Nampaknya, ibu dan abah
sudah menerima Aidil sebagai menantu sulung dalam keluarga ini.
“Isya
nak pergi bila? Apa kata kita pergi sekali?”
“Isya
nak jawab call sekejap.”
Mujur
handphone Alisya tiba-tiba berbunyi
membuatkan aku tak payah mendengar cadangan mereka ingin memperkenalkan Aidil
pada atuk.
“Hello?”
“Assalamualaikum,
mak cik!! Mana kau menghilang hah?”
Alisya
terus merenung handphonenya lama sebelum
merapatkan semula ke telinganya dengan kening yang hampir-hampir bercantum. Siapa
lelaki yang tak ada adap ni? Salah nombor ke?
“Siapa
ni?”
“Akulah,
Hazrill.”
“Oh,
kau... aku ada sahaja dekat bumi Malaysia ni. Tak terasa lagi nak lari ke
Thailand atau India lagi.”
Alisya
tergelak-gelak sewaktu menjawab pertanyaan Hazrill tu. Ah, Aliysa. Dia jarang serious bila bersama dengan Hazrill. Bila
dengan Hazrill, dia jadi orang lain. Dia akan jadi orang yang paling tak reti
diam dan asyik nak mengenakan dan mengusik orang sahaja kerjanya.
“Aku
tahulah, maksud aku mana kau hilang jejak berapa bulan ni. Aku cuba contact kau tapi kau dah tukar nombor. Ini
pun nasib baik ibu kau bagi nombor telefon kau pada aku.”
“Bila
kau contact ibu aku?”
“Adalah
dua tiga hari yang lepas. Mana awek
aku ni menghilang ha? Payah betul nak cari kau.”
“Aku
sengaja nak hilangkan diri sekejap. Kau ni ada dekat mana ni?”
“Aku
ada sahaja dekat sini.”
Ada
dekat sini? Sini tu mana ya? Kalau aku hempuk mamat ni nanti jangan tanya
kenapalah ya? Dia ingat aku tahu ke sini tu dekat mana? Boleh jadi sini tu
dekat mana-mana sahaja.
“Seriouslah wahai sahabatku Hazrill. Dekat
sini tu boleh jadi dekat mana-mana pun. Dekat Malaysia boleh, dekat overseas boleh dan dekat rumah aku pun
boleh jadi tahu?”
Tawa
Hazrill hanya menambahkan darjah kegeraman Alisya padanya. Dia tanya
molek-molek boleh pula Hazrill main-main dengannya? Ada juga yang makan
penampar sulungnya nanti.
“Wahai
saudara di sana… sebelum jari ni tertekan button
merah, boleh berhenti ketawa tak?”
“Ala, sejak bila aku tak boleh bergurau dengan kau? Sebenarnya
aku ada dekat hotel… dekat Malaysia.”
“Apa?!!”
Alisya
bagaikan tidak dapat percaya yang Hazrill sudah kembali ke Malaysia. Ya Allah, sahabat
baikku merangkap pendengar setia aku dah balik semula ke Malaysia? Ini berita
gembira buatnya yang sememangnya sudah lama dia tunggu kepulangan sahabat
baiknya itu.
“Betul
ke ni? Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni? Lama aku tunggu kau balik, Hazrill.”
“Ya,
aku memang dah balik. Eh, kau apa cerita sekarang? Rindu betul aku pada kau. Nanti
bila kau free, kita jumpa okey?”
Gediknya
mamat ni. Entah siapa punya kawan baiklah ni? Adui, sejak mamat ni duduk overseas ni, makin terover pula gediknya. Kalau dulu gedik
santai-santai sahaja tapi sekarang ni over
sahaja.
“Wei,
boleh tak jangan keluarkan statement
yang membuatkan aku muntah darah?”
“Nak
buat macam manakan? Aku over rindu
kau tahu tak?”
“Ah,
kau tu… semuanya over dalam hidup kaukan?”
Alisya
dengan selambanya mengutuk Hazrill secara live
lagi tu ketika berbual dalam telefon dengan Hazrill hingga membuatkan mamat
putus fius tu terdiam buat seketika.
“Uit,
mak cik. Kau kutuk aku over apa ni?”
“Kau
tengah makan cili ke?”
Alisya
menggelengkan kepalanya perlahan. Bila berbual dengan Hazrill, otak dia sudah
tak berapa nak betul dah. Mungkin ada fius-fius yang tercabut atau putus dekat
dalam ni.
“Kau
balik ni buat selamanya ke?”
“Mungkin.
Kenapa… kau tak suka aku balik ke?”
“Sekali
lagi kau keluarkan statement macam tu,
aku letak.”
Terdengar
keluhan Hazrill di sebelah sana. Kenapa sekarang ni dia dah tak boleh bergurau
dengan Alisya dah? Asyik kena marah sahaja dengan sahabatnya itu.
“Yalah,
aku dah tak cakap macam tu lagi.”
“Kau
balik sebab reunion member kita tu ke?”
“Taklah,
aku balik sebab aku dah terlalu rindu dengan semua yang ada dekat Malaysia. Lama
betul aku dekat sana sampai termimpi-mimpi ada dekat Malaysia. Alang-alang kau
dah sebut pasal reunion tu, kau join ke?”
“Tak
tahu lagi. Kau?”
“Aku
ikut kau. Kau join, aku join. Apa kata kita pergi sekali nak?”
Alisya
merenung jam yang berada di dinding. Hurm, reunion
tu lagi sebulan. Kalau aku pergi dia mesti ada sekali. Yalah, Aidilkan satu
tempat study dengan dia juga dulu.
Malas dia nak pergi tempat yang ada mereka berdua.
“Tak
tahu lagilah. Terasa macam malas pula nak join. Malas berdouble-double nak jumpa dia orang tahu?”
“Dah
kenapa pula?”
Kini
giliran Alisya pula mengeluh. Hazrill ni dah kenapa? Aku dah kata malas berdouble-double sibuk juga nak tanya
kenapa. Dah aku kata malas tu malas sahajalah. Perlu ke ada sebab lain?
“Sebabnya
aku malas dan hanya malas. Faham?”
“Hurm,
kalau kau ubah fikiran bagitahu aku ya?”
“Mestilah
aku bagitahu kau dulu baru aku bagitahu yang lain. Kaukan kawan aku, boyfriend aku and si comot aku?”
geram... rasa tolong marah sekali.
ReplyDeletehahaha,saya yang menulis ni pun rasa geram jugak..
Delete