Alisya
menepis tangan Kak Sara yang menunjal kepalanya dari tadi. Berani betul dia
tunjal kepala aku? Dia ingat dalam dunia ni hanya tinggal suami dia seorang
sahaja ke yang wujud atas muka bumi ni? Andai kata dah tak ada lelaki dalam
dunia ni, aku sangguplah tak kahwin sampai ke tua.
“Eh,
tolong sikit ya? Siapa yang rampas siapa? For
your information, aku tak ambil bekas orang. Kau cakap apa? Aku nak laki
kau? Banyak lagi lelaki dekat luar sana. Aku tak terdesak sangat sampai nak
rampas hak orang. Aku tak gila lagi nak runtuhkan masjid orang padahal aku
teringin sangat nak balas balik apa yang kau orang buat dekat aku dulu. By the way, jangan kau sesekali nak
samakan aku dengan laki kau. Aku tak sudi!”
Kak
Sara terus menolak-nolak badan Alisya walaupun suaminya ada menenangkan dirinya
di tepi. Walaupun terusan ditolak, Alisya langsung tak membalas sebab dia
terlalu sayangkan kakaknya itu dan tak mahu kakaknya itu sakit.
“Kau
memang perempuan tak tahu malu! Dia dah jadi laki aku! Kau balik sini sebab nak
goda laki akukan? Kau ni memang perempuan jalang! Perempuan tak guna!! Aku tahu
kau balik sebab nak rosakkan kebahagiaan akukan?! Kau sakit hati sebab Aidil
pilih aku dan bukan kaukan? Sebab tu kau balik nak balas dendam pada aku!!”
Hampir
luruh air mata Alisya di hadapan manusia-manusia yang paling dia benci dalam
rumah ni. Sehina tu ke dia dekat mata mereka? Dia tak pernah menghina wanita
itu waktu dia rampas Aidil darinya dan memalukan dirinya depan saudara-mara dan
kawan-kawannya dulu.
“Lebih
baik you jelaskan pada wife kesayangan you ni sekarang. Ingat pipi aku ni apa? Bantal yang nak
ditampar-tampar ke?!”
“Sara,
sudah saya kata… dengar dulu penjelasan saya.”
“Lepaskan
Sara, Aidil. Hari ni biar Sara ajar dia cukup-cukup!!”
Ibu
dengan abah terkocoh-kocoh ke dapur bila mendengar Sara menjerit. Apasal pula
tu? Hisyh… macam-macamlah Sara ni. Apa lagi agaknya yang dia tak puas hati? Alisya
pun satu, tak boleh ke beralah dengan kakaknya sendiri?
“Sara,
kenapa ni?”
“Ibu,
dia nak rampas suami Sara. Dia nak rosakkan kebahagiaan Sara, ibu. Sara
betul-betul nak berbaik dengan dia tapi dia sanggup buat Sara macam ni. Halau
dia, ibu... Sara tak nak tengok muka dia lagi! Sara menyesal ada adik macam dia.
Lebih baik tak ada adik macam dia ni.”
Kak
Sara dah teresak-esak menangis di bahu ibu. Alisya memang sahaja nak hancurkan
hubungan dia dengan Aidil. Dia tahu Alisya berdendam dengannya sebab Aidil
pilih dia dan bukan Alisya.
“Ibu,
kenapa ibu diam? Ibu sebelahkan siapa sebenarnya? Tak akan ibu nak diamkan
sahaja tengok dia nak rampas suami Sara… ibu, Sara pun anak ibu juga. Tak akan ibu
nak biarkan dia buat Sara macam ni?”
Ibu
mengeluh perlahan. Dia dah tak tahu nak buat apa sekarang ini. Itu anak dan
yang ini pun anak. Dia tak tahu nak bela siapa sekarang ni.
“Ibu,
Isya tak…”
“Isya,
apa ni? Aidil dah jadi suami kakak kamu. Ibu tak didik kamu macam ni. Kenapa
kamu ni tak reti-reti nak terima hakikat yang Aidil tu dah jadi suami kakak
kamu?!”
Keras
nada ibu berkata-kata ketika itu. Alisya betul-betul rasa terhina bila ibunya
percaya tuduhan kakaknya. Ya Allah, ternyata keputusan dia balik ke mari adalah
satu keputusan yang salah.
“Ibu,
serendah tu ke martabat Isya? Sehina tu ke Isya ni? Sampainya hati ibu tuduh
Isya macam ni. Tak pernah terlintas sedetik pun dalam hati Isya ni untuk ambil
hak orang. Isya tak sehina dan sekeji tu. Kenapa ibu tak siasat dulu apa yang
jadi? Kenapa mesti tuduh Isya? Isya ingat ibu kenal Isya... nampaknya keputusan
Isya balik ke mari adalah satu kesilapan. Isya betu-betul kecewa dengan sikap ibu!”
“Sudah,
Alisya. Ibu tak nak dengar apa-apa lagi. Aidil dah jadi suami kakak kamu, abang
ipar kamu! Tolonglah terima hakikat yang kamu dah tak ada apa-apa hubungan!”
“Ibu!”
Oleh
kerana terlalu geram, buat julung-julung kalinya ibu mengangkat tangan dan
menampar pipi Alisya. Abah yang sejak dari tadi mendiamkan diri terus memeluk
Alisya. Dia diam bukan sebab dia suka apa yang jadi ni.
“Sekali
lagi awak naik tangan dekat anak saya, siap awak!”
sedeh nye dek ngan nasib isya,tak baik lah jadi ibu cam pilih kasih jer....pape pun sebelum menuduh selidik lah akan kebenaran nye!!!tabah n kuat ye isya,ape pun yang terjadi pasti ade hikmah nye....
ReplyDeleteTula kan? setuju dgn komen di atas. Tak patut betul.
ReplyDeletetpi skrg ni ibu dia dh mnyesal...
ReplyDeleteeeee, sesuka hati je nak tuduh melulu2... emo ni bila baca cerpen ni.. xsabar nk tnggu cerita berikutnya
ReplyDelete