Keesokan
paginya, Alisya sudah sedar bila abah, ibu dan Hazrill datang melawat. Ibu
terus menerpa ke arah Alisya sebaik sahaja tiba di wad tu.
“Ya
Allah, Alisya. Risau betul ibu semalam. Macam mana Isya boleh kena langgar? Ada
rasa sakit dekat mana-mana?”
“Ibu,
Kak Sara mana?”
“Kak
Sara kena tahan dekat wad...”
“Hah?
Kenapa?! Err, Aidil mana, ibu?”
Ibu
dengan abah saling berpandangan tatkala mendengar nama Aidil yang disebut oleh
Alisya. Hazrill yang berada di hadapannya langsung tidak ditegur.
“Isya,
sayang...”
Alisya
memandang jejaka dihadapannya dengan perasaan berdebar-debar. Siapa lelaki ni? Kenapa
dia panggil aku sayang? Mana Aidil? Kenapa hati aku berdebar-debar setiap kali
pandang dia?
“Awak
siapa?”
Pertanyaan
Alisya menghancur leburkan hati Hazrill. Kenapa Alisya tak kenal aku? Kenapa
orang lain dia ingat?
“Isya,
inikan Hazrill.”
“Ibu,
kenapa dia ada dekat sini? Mana Aidil?”
“Isya,
Hazrillkan bakal suami kamu.”
Kata-kata
abah membuatkan Alisya kembali memandang lelaki di hadapannya semula. Bakal
suami aku? Mustahil! Akukan tunang Aidil?
“Abah
buat lawak apa ni? Isya nak Aidil...”
“Isya,
Isya tak kenal Rill ke?”
Bila
melihat lelaki tu hampir menangis betul-betul membuatkan hati Alisya terasa
sakit melihat dia hampir menangis. Kenapa dengan aku ni?
“Alisya,
ni Hazrill... kenapa dengan Isya ni?”
“Isya,
Isya kenal tak Hazrill, bakal suami Isya ni?”
Alisya
hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Kenapa ibu dengan abah cakap lelaki
dihadapanku ini adalah bakal suamiku? Macam mana lelaki ni boleh jadi bakal
suami aku?
“Aidil
mana, ibu?”
“Aidil
dengan Saralah. Dia jaga Sara.”
Kenapa
tunang aku jaga Kak Sara pula? Apa hubungan dia dengan Kak Sara? Bukan
sepatutnya dia jaga aku? Teman aku sebab aku bakal isteri dia?
“Kenapa
Aidil kena jaga Sara?”
“Sarakan
isteri dia.”
Kepala
Alisya makin berdenyut-denyut bila mendengar kata-kata ibu. Kenapa Kak Sara
kahwin dengan tunang aku? Apa maksud semua ini?
“Hazrill,
panggil doktor.”
Hazrill
memandang wajah Alisya lama sebelum melangkah keluar dari dalam wad. Ya Allah,
dugaan apa yang Kau berikan padaku ini?
© 2012 - 2025 yjanie.blogspot.com - All Rights Reserved.
No comments:
Post a Comment