PETANG
tu juga Hazrill buat keputusan untuk tinggalkan bandar KL dalam masa terdekat
ini. Buat apa dia berlama-lama di KL lagi andai orang yang membuatkan dia
kembali semula ke KL bakal menjadi milik orang lain? Dah tak ada sebab untuk
dia berlama-lama dekat sini walaupun untuk sehari lagi.
Sebaik sahaja dihubungi adiknya, Kak Zita terus bergegas
ke rumah Hazrill. Berita pertunangan Alisya benar-benar memeranjatkannya. Kesian
adiknya itu. Pasti sukar untuk Hazrill terima semua ini.
“Kau
betul-betul dah nekad, Rill?”
“Dah,
kak. Untuk apa lagi Rill nak duduk lama-lama dekat sini lagi kalau Alisya bakal
jadi tunang orang lain? Rill tak sanggup nak tengok dia jadi milik orang lain. Rill
betul-betul cintakan dia tapi dia dah lupakan cinta kami, kak.”
“Dia
bukan sengaja, Rill...”
Terhenti
terus apa yang Hazrill lakukan saat itu tatkala mendengar kata-kata kakaknya. Ya,
dia tahu Alisya bukan sengaja buat dia macam ni. Sudahlah, dia dah putus asa. Alisya
tak akan jadi miliknya semula kerana dia akan bertunang dengan Nadzrin.
“Rill
tahu dia tak sengaja tapi apa lagi yang Rill perlu buat? Apa, kak?! Bagi tahu
Rill apa lagi yang Ril perlu buat untuk buat dia ingat kembali semua tentang kami?
Apa?! Rill dah cuba buat semua yang Rill patut buat tapi semua tu sia-sia, kak.
Sia-sia! Dia bukan sahaja tak sembuh, dia dah jatuh cinta dengan orang lain.”
Kak
Zita jatuh simpati bila melihat adiknya menangis teresak-esak di hadapannya. Ya
Allah, apa yang perlu aku buat untuk tolong adik aku sendiri? Aku tak sanggup
tengok dia kecewa macam ni. Kakak jenis apa aku ni kalau tak boleh tolong dia?
“Kita
balik sana baliklah, Rill. Kalau Rill betul-betul nak tinggalkan KL ni, akak
rasa lebih baik kita balik ke sana. Dekat sana kita boleh mulakan hidup baru. Kita
tinggalkan semua kenangan dekat sini ya? Rill ikut akak balik ya?”
Balik
overseas semula? Mungkin itu jalan
yang terbaik untuk aku mulakan hidup baru? Lama Hazrill mendiamkan diri
memikirkan cadangan kakak tu.
“Bagi
Rill masa untuk fikirkan semua ni...”
“Rill fikirlah dulu... akak tak paksa Rill...”
Hazrill
terus memasang radio tak lama lepas itu. Mana tahu lepas dia dengar lagu, dia tak
akan fikir tentang hal pertunangan Alisya dan doctor itu. Sembilan tahun… bukan masa yang sekejap. Mampu ke dia
menyingkirkan perasaan cinta yang sudah menghuni hatinya selama sembilan tahun
itu?
Kuharus pergi meninggalkanmu…
Kau telah hancurkan aku…
Sakitnya... sakitnya…oh sakitnya…
Air
mata Hazrill kembali menitis tatkala mendengar bait-bait lagu itu. Ya, dia yang
tersakiti dengan berita pertunangan Alisya itu. Alisya, sampai sini sahajalah
kisah kita berdua. Terima kasih untuk segalanya.
No comments:
Post a Comment