Friday 30 November 2012

Lelah Mencintaimu 6

“Yupp,my boy...”
          “Err,saya nak kena balik dulu..Ada hal sekejap lagi.”
          Amani dengan Shah saling berpandangan bila melihat reaksi Amsyar tu.Kenapa dengan dia ni?
          “Apasal dengan mamat tu?Demam ke apa?”
          “Entah.”
          Lepas berbaik semula,Myra dengan Imtiyaz menghampiri Amani dengan Shah.Myra terus menepuk bahu Shah sebaik saja berdiri di sebelah Shah.
          “Hei,bila balik?”
          “Myra?”
          “Oh,lupa..Kenalkan ni kembar Amani,Shah.Shah,nilah boyfriend Myra yang Myra cerita hari tu.”
          “Ohh,boleh tahan juga ye taste awak,Myra.”
          “Saya tak tahu pulak yang awak ada kembar,Amani?”
          “Shah ni dia belajar dekat overseas.Tu yang ramai tak tahu yang saya ada kembar.Lagipun saya malas nak kecoh-kecoh.”
          “Jomlah kita pergi makan..Sembang dekat sini je tak seronoklah.Kita pergi makan dekat cafe nak?”
          Dua bulan selepas kemunculan Shah di kampus,Mr.I tak lagi menyelitkan nota di dalam lokerku.Amsyar pun tak lagi menegurku seperti biasa setiap kali terserempak denganku.
          Apa yang tak kena dengan Amsyar tu ye?Apasal dia dah lain sekarang ni?Aku ada buat salah ke?
          “Amani..Awak fikir apa tu?Nak ikut saya pergi rumah Imtiyaz tak?Family dia buat kenduri arwah..”
          “Kenduri arwah?Bila?”
          “Malam ni.Nak tak?Jomlah..Saya seganlah nak pergi berdua je dengan Imtiyaz.”
          “Nak segan apa?Tak lama lagi awak akan jadi sebahagian daripada keluarga dia jugak.”
          “Ala,jomlah.Saya malulah kalau pergi berdua je.Mummy dia suruh tidur sana sekali.Jomlah,temankan saya.”
          Aku terus bersetuju tak lama lepas itu.Apa salahnya teman kawan baik dia sendirikan?Lagipun tak payah aku tinggal dekat bilik seorang diri kalau Myra keluar.
          “Hah,macam tulah kawan baik saya..Terima kasih banyak-banyak tau.”
          “Tak ada hallah...”
          “Kejap lagi teman saya beli baju eh?”
          “Beli baju?Baju apa?”
          “Baju kurunglah..Saya mana ada baju kurung.”
          “Alah,tak payah membazirlah..Baju kurung saya berlambak dalam almari.Kita balik pilih mana yang sesuai jelah.”
          Lama Myra diam memikirkan idea Amani tu.Hurm,betul juga ye?Tak payahlah aku nak membazir duit beli baju kurung padahal dia tak pernah pakai baju kurung pun sebelum ni.
          “Okeylah,saya pinjam baju awaklah.Lagipun saya bukannya selalu pakai pun baju kurung tu.Kalau saya beli,membazir pulakkan?”
          “Okey,kalau macam tu.”
          “Amani,saya ada satu lagi benda nak tanya awak ni.”
          “Tanya jelah.”
          “Kenapa awak dengan Amsyar dah lama tak bertegur?Kalau berselisih pun macam tak kenal je.Apa dah jadi sebenarnya?”
          “Entahlah,Myra...Sebelum ni dia elok je.”
          “Pelik..”
          Waktu aku buka loker aku,sekeping nota jatuh di atas kasutku.Mr.I ke?Dah lama dia tak hantar nota cinta dia dekat aku.Dasyat betul penangan nota dia sampai buat aku tertunggu-tunggu kehadiran nota ni selepas lama menghilang.

To fall in love is easy,even to remain in it is no difficult:our human loneliness is cause
enough.But it is a hard quest worth making to find acomrade through whose steady presence one
becomes steadily the person one desires to be.
-Mr.I-

-Mr. I-
          “Siapa?Mr.I lagi?”
          “Yupp.Mr.I..”
          “Saya peliklah..Bukan dah dekat sebulan ke dia tak hantar nota-nota ni dekat awak?”
          Aku hanya menjongket bahu tanda aku betul-betul tiada jawapan untuk soalan Myra tu.Manalah aku tahu kenapa.Kalau aku jumpa dia,aku tanyakan untuk Myra ye?
          “Jomlah kita balik hostel.Imtiyaz ambil pukul berapa?”
          “Lepas Asar.Jomlah..”
          Lepas solat Asar,mulalah sesi bersolek dalam bilik mereka tu.Dari satu gaya ke satu gaya selendang yang dililit dikepalanya ditukar.Aku naik bosan menunggu Myra bersiap.Biasalah tu,Myra nervous nak jumpa bakal mertua.Tu yang semuanya serba tak kena.
          “Amani,tolonglah saya.Saya dah pening dah ni.”
          “Cuba tarik nafas dulu..”
          Oleh sebab masa makin suntuk,Amani terus melilit selendang di kepala Myra dengan gaya yang ringkas dan tak nampak serabut bila orang tengok.

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment