ALISYA
dengan Hazrill tiba di kampung tepat-tepat sahaja senja melabuhkan tirai. Semua
saudara mara yang ada terkejut dengan kehadirannya di kampung ini bersama
seorang lelaki. Apa? Ingat aku tak laku ke?
“Lah,
Isya rupanya... kenapa nak balik tak cakap, kalau tak boleh mama masakkan lauk
kegemaran kamu.”
Alisya
terus memaut lengan mamanya sambil tersenyum manja. Ya Allah, rindunya dia pada
wanita ini. Wanita ini adalah segala-galanya bagi dia selepas Ibu dan abah.
“Alah,
mama ni... tak payah susah-susah.”
“Siapa
ni? Cik abang sayang Isya ke?”
“Hehe,
mama ni tahu sahajakan? Ni, Isya nak kenalkan boyfriend Isya dekat mama. Nama dia Hazrill. Rill, ni mama Isya...”
“Mama?”
“Kakak
abah merangkap mama angkat Isyalah. Dulu, mama yang bela Isya waktu ibu dengan abah
pergi Haji. Kalau Rill nak tahu, nilah mama kesayangan Isya. Kalau ibu marah
Isya dulu, Isya akan mengadu dengan mama.”
“Amboi,
Isya... segak betul bakal suami kamu ni... berkenan betul mama dengan pilihan
kamu ni.”
Alisya
memandang Hazrill atas bawah dengan pandangan pelik sebelum mengalihkan
pandangan ke arah mama. Hurm, kenapa dengan mama ni? Nak kena bagi cermin mata
ke?
“Segak,
ma? Isya tengok biasa sahaja.”
Hazrill
membulatkan matanya bila mendengar kata-kata Alisya. Aku yang handsome lagi kacak bergaya boleh dia
kata biasa sahaja? Lepas tu boleh pula cakap macam tu depan aku?
“Segaklah
ni... macam mana lagilah yang kamu kata segak kalau bukan macam ni?”
“Macam
abah. Hehe, sebenarnya Isya dah lama tahu yang Hazrill ni segak, ma... tapi still tak boleh kalahkan abah waktu muda
dulukan? Oh ya, cakap pasal abah. Abah dekat mana? Isya dengan Rill nak jumpa abah
dengan ibu.”
“Ada
dekat dalam, pergilah masuk bersihkan diri. Nanti boleh solat dekat masjid
sekali.”
Alisya
memandang Hazrill meminta pendapat tapi Hazrill hanya mengangkat bahu. Hurm, nampaknya
akulah kena buat keputusan ni? Hazrill iinikan memanglah. Adalah tu yang dia
tak puas hati kalau aku tanya dia hanya akan angkat bahu.
“Kami
masuk dululah, mama.”
SEMENTARA
menunggu golongan lelaki yang pergi masjid balik rumah, Alisya slow talk dengan ibu dulu. Tak naklah ibu
terkejut nanti bila Hazrill menyampaikan hasrat ingin menyunting dia untuk dijadikan
isterinya.
“Isya
cintakan Hazrill?”
“Isya
cintakan Hazrill, ibu. Isya ingat lepas apa yang jadi dulu Isya tak mungkin
akan dapat jatuh cinta lagi tapi tak. Kali ni berbeza, ibu...”
Ibu
membelek lagi cincin di jari manis Alisya. Hurm, nampaknya Hazrill tak
main-main dalam hasrat ingin menyunting Alisya. Dia tak kisah dengan sesiapa
pun pilihan anaknya itu cumanya dia risau kalau-kalau mereka akan melukakan
hati anaknya.
“Kalau
ikut ibu memang tak ada halangan, malah ibu restu kamu dengan Hazrill cuma ibu tak
tahulah abah kamu macam mana. Cantik cincinnya, Isya.”
“Sama
macam cincin Isya yang hilang tukan? Cuma yang ni rekaan dia lain sikit.”
“Ha’ah,
betul tu.”
“Ibu,
Sara...”
Terhenti
terus niat Sara untuk menyambung kata-katanya bila melihat Alisya berada di
sebelah Ibu. Dia datang? Bila dia datang ke sini? Kenapa aku langsung tak tahu
dia datang?
“Sara,
marilah duduk sekali. Lama kita bertiga tak borak-borak.”
“Sara
nak mandi ni, ibu boleh tolong tengokkan Melissa?”
“Ha,
yalah. Kejap lagi ibu datang.”
Lepas
Kak Sara beredar barulah Alisya bertanya pada ibu siapa gerangan Melissa yang
disebut-sebut tu. Rupanya Melissa tu anak angkat Kak Sara dengan Aidil. Rupanya
mereka berdua masih belum ada rezeki untuk dapat zuriat mereka sendiri. Inshaallah,
suatu hari nanti mereka akan mempunyai cahaya mata mereka sendiri.
“Ibu
pergi tengok Melissa sekejap.”
“Hurm,
Isya nak pergi buat air.”
Alisya
terus mencapai jag air di almari. Nak buat air apa ya? Kalau dia buat kopi
nanti ada pula yang tak tidur malam beramai-ramai. Air teh sahajalah.
“Apa
anak mama buat dekat dapur seorang ni?”
“Hisyh,
mama ni. Buat Isya terperanjat sahaja.”
“Menungkan
siapa?”
“Mana
ada Isya termenung, ma. Tengah nak buat air ni. Mujur tak tersiram air panas
dekat tangan.”
“Mama
ni sahaja nak mengacau Isya. Bincang apa dengan ibu kamu tadi? Nampak serious betul.”
Alisya
tersenyum sambil mengacau air teh di dalam jag. Selepas meletakkan jag yang
berisi air teh, Alisya mencapai bekas yang berisi brownies pula. Kalau sepupu-sepupunya nampak ni, mahu tinggal
pinggan sahaja nanti.
“Pasal
Hazrill...”
“Oh...
mari mama buat. Kamu duduk sahaja, tadi jalan jauhkan?”
“Alah,
mama sahajalah yang duduk. Dari Isya mula sampai hingga ke tadi mama asyik buat
kerja sahajakan?”
“Mama
dah terbiasa.”
Lepas
siap membancuh air teh dan memotong kek brownies
yang Alisya dengan Hazrill beli sebelum tiba di kampung, Alisya dengan mama
duduk berbual sementara menunggu orang lelaki balik.
“Wah,
brownies. Siapa beli?”
“Isya
dengan Hazrill tadi sebelum sampai sini.”
“Banyak
tak beli?”
“Kalau
tak cukup, dalam fridge tu ada lagi.”
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete