USAHA
Hazrill tiga bulan lepas bawa Alisya ke Mcd
tempat yang penting dalam hidup mereka gagal bila Alisya langsung tak ingat
apa-apa dan yang paling mengecewakan, Alisya semakin intim dengan doktor yang
merawatnya ketika sakit dulu.
“Apa
lagi yang aku nak buat? Semua usaha aku gagal.”
Keadaan
Alisya masih lagi begitu walaupun bulan silih berganti. Entah apa lagi yang aku
perlu buat? Semua bukti dia dah longgokkan pada Alisya namun masih lagi tidak
berhasil.
“Assalamualaikum...”
“Siapa
pula yang datang tu?”
Hazrill
terus bangun menuju ke muka pintu bila mendengar suara orang memberi salam. Siapalah
yang datang pagi-pagi ni?
“Wa’alaikumussalam,
lah... aunty, uncle... masuklah. Kenapa datang tak bagi tahu?”
“Hazrill,
uncle ada benda penting nak cakap
dengan kamu.”
Hati
Hazrill terus berdegup laju mendengar kata-kata abah Alisya itu. Apa agaknya
hal penting itu? Sudahlah mereka datang secara tiba-tiba… dia berharap sangat
hal penting itu bukan hal yang buruk.
“Cakap
apa, uncle?”
“Err...”
“Duduklah
dulu, Rill buatkan air.”
“Tak
usah, Hazrill. Kamu duduklah dulu.”
Lepas
Hazrill melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk bertentangan dengan orang tua
Alisya, ibu terus mengeluarkan kad jemputan daripada dalam beg dia dan
menyerahkan kepada suaminya.
“Hazrill,
uncle dengan aunty nak minta maaf. Alisya dah buat keputusan...”
“Keputusan
apa?”
Hazrill
sudah cemas tatkala mendengar kata-kata abah Alisya itu. Alisya sudah buat keputusan
apa? Keputusan untuk apa?
“Alisya
nak mulakan hidup baru... dengan Doktor Nadzrin...”
“Apa?!”
Muka
Hazrill terus berubah pucat sebaik sahaja mendengar kata-kata Abah Alisya itu. Ya
Allah, apa yang dah jadi sekarang ni? Alisya memilih untuk mulakan hidup baru
dengan doctor tu? Betul ke apa yang
dia dengar ni?
“Saya
tak salah dengarkan, uncle?”
“Tak,
Hazrill.”
Abah
terus menghulur sebentuk cincin dan sekeping card jemputan pada Hazrill bila melihat Hazrill mula tenang. Hampir
luruh air mata Hazrill membaca kad jemputan di tangannya. Majlis pertunangan
Alisya&Nadzrin…
“Alisya
minta uncle pulangkan cincin ni pada
Hazrill.”
Hazrill
menggelengkan kepalanya perlahan bila melihat cincin yang pernah tersarung di
jari manis Alisya suatu ketika dahulu ingin dikembalikan padanya semula. Cincin
itu milik Alisya dan tak perlu dikembalikan kepadanya semula.
“Maafkan
kami... demi kebaikan dan kegembiran Alisya, kami turutkan apa yang dia mahu.”
“Tak
apalah, dah bukan jodoh saya... saya nak buat macam mana? Uncle dengan aunty tak
perlu minta maaf... cincin tu memang untuk Alisya, tolonglah jangan pulangkan
pada saya. Apa dia nak buat dekat cincin tu, terpulanglah.”
Abah
dengan ibu saling berbalas pandang sebelum menyimpan semula cincin di dalam beg.
Kesian Hazrill… dia betul-betul cintakan Alisya tapi nak buat macam mana kalau
tak ada jodoh?
“Kami
minta diri dululah ya?”
“Hurmm...”
“Hazrill,
Alisya pesan suruh kamu datang ke majlis dia hujung minggu ni. Kalau ada
kelapangan, datanglah ya...”
Hazrill
memaksa dirinya untuk senyum walaupun dia terlalu sedih mendengar perkhabaran
ini. Dia dah kehilangan Alisya buat selamanya… dah tak ada apa lagi yang dia
boleh buat.
“Saya
tak boleh janji... takut ada urusan.”
“Hazrill,
walaupun kamu tak ada jodoh dengan Alisya… uncle
tetap anggap kamu sebagai keluarga uncle
sendiri.”
Hazrill
mengangguk faham. Dia betul-betul terharu dengan kata-kata abah Alisya. Sekurang-kurangnya
dia masih dianggap keluarga walaupun dia dengan Alisya sudah tiada apa-apa
kaitan lagi.
“Terima
kasih, uncle.”
Lepas
orang tua Alisya beredar daripada rumah Hazrill, Hazrill terus terduduk
dibelakang pintu. Alisya dah nak bertunang dengan orang lain? Air mata yang
ditahan sejak tadi mula menitis laju.
“Ya
Allah, sakitnya hati aku...”
No comments:
Post a Comment