Ya
Allah, semoga tak jadi apa-apa pada anakku ini. Ibu dan Kak Sara terketar-ketar
kaki menuruni anak tangga. Alisya jatuh depan mata mereka. Ya Allah, macam mana
kalau sesuatu yang buruk jadi pada Alisya?
“Abang,
anak kita tak apa-apakan? Isya, bangun sayang. Jangan takutkan ibu, sayang… Isya…”
Ibu
menangis teresak-esak memeluk anaknya yang sudah tidak sedarkan diri itu. Ya
Allah, selamatkanlah anakku ini. Isya, ibu minta maaf sayang. Kalau ibu tak
halang Isya tadi semua ini pasti tak akan terjadi.
“Isya,
bangun sayang… ibu minta maaf, sayang.”
Kak
Sara hampir rebah sebaik sahaja melihat darah yang membasahi lantai. Terimbau
kembali saat adiknya itu dilanggar dahulu. Mujur Aidil sempat menyambut
isterinya, kalau tidak pasti seorang lagi cedera terhantuk dekat anak tangga
yang terakhir itu.
“Sara…
Sara okey tak ni?”
“Aidil,
tolong Isya…”
Lepas
mendudukkan isterinya di sofa berhampiran, Aidil terus membantu bapa mertuanya
apa yang perlu sambil menanti ambulance
sampai. Bapa mertuanya itu bukannya larat sangat nak mengangkat Alisya.
“Abang,
anak saya... anak saya, abang.”
Hati
Aidil benar-benar tersentuh mendengar rintihan mertuanya itu. Apa sudah jadi di
dalam rumah ini ketika mereka sedang sibuk di luar rumah memasak?
SUDAH sejam berlalu namun Alisya masih lagi berada di dalam bilik bedah. Abah sudah tak menang tangan mahu memujuk isterinya yang masih lagi menggigil ketakutan. Sampai sekarang dia masih tak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi.
“Uncle, macam mana boleh jadi macam ni? Apa
yang buat dia boleh jatuh?”
“Uncle tak tahu, waktu uncle masuk lepas dengar aunty kamu ni menjerit Alisya dah
terbaring dekat lantai.”
“Macam-macam
hal lah!”
Perangai
Nadzin yang suka meninggi suara tu langsung tak memeranjatkan orang tua Alisya
sebab sejak kali pertama mereka jumpa Nadzrin, Nadzrin dah tunjukkan perangai
sebenarnya. Mereka terima Nadzrin pun sebab Alisya kalau tak jangan haraplah.
“Doc, macam mana keadaan Alisya?”
Laju
sahaja Doktor Nadzrin mengajukan soalan pada doktor yang merawat Alisya sebaik sahaja doktor tu keluar dari bilik bedah tu. Doktor
yang merawat Alisya itu memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan pelik.
Siapa pula lelaki ni?
“Awak
siapa?”
“Bakal
tunang dia. So, macam mana keadaan
dia?”
Doktor
perempuan yang merawat Alisya tu hampir mencebik bila melihat betapa angkuhnya
bakal tunang pesakit yang dia rawat tu namun cepat-cepat dia melakar sebuah senyuman
di bibir... baru bakal tunang, bukannya tunang pun. Over terlebih! Sabar, Diella. Sabar...
“Keadaan
dia dah mula stabil, mujur tak ada apa-apa kecederaan serious.”
“Boleh
I nak jumpa dia?”
Doktor
perempuan itu menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tak mahu pesakitnya itu
diganggu, lagipun pesakitnya itu perlukan rehat yang secukupnya selepas
menjalani pembedahan.
“Kalau
nak melawat dia, boleh datang esok petang. Buat masa ni saya tak nak dia
diganggu sebab dia perlukan rehat yang cukup.”
“Kenapa
pula esok?!! Kata dia dah stabil...”
Doktor
Adiella mula beristighfar di dalam hati. Lelaki di hadapannya ini betul-betul
mencabar kesabarannya. Kalau tak difikirkan statusnya sebagai seorang doktor,
dah lama dia memberi penampar sulung pada lelaki di hadapannya ini.
“Saya
nak dia betul-betul cukup rehat lepas apa yang jadi ni.”
Doktor
Nadzrin mula membentak-bentak lepas doktor yang merawat Alisya tu berlalu. Ibu
dengan abah betul-betul bersyukur yang Alisya tak mengalami apa-apa kecederaan
yang serious. Tentang Nadzrin yang
masih tak berpuas hati tu langsung tidak diendahkan.
“Kenapa
tak bawa dekat tempat saya?!”
“Nadzrin,
sudahlah. Alisya pun dah okey sekarang, apa lagi yang kamu tak puas hati ni? Aunty rasa dekat mana pun Alisya dirawat
tak jadi satu masalah!”
Ibu
mulai meninggi suara pada Doktor Nadzrin. Sepatutnya dia bersyukur yang Alisya
tak apa-apa! Tapi sekarang ni dia boleh bising sebab tak bawa Alisya ke
hospital tempat dia kerja? Ingat waktu kelam kabut macam tadi tu boleh ke fikir
nak bawa ke mana?
“Kenapa
aunty dengan uncle tak bawa Alisya dekat tempat saya?! Kalau dekat sana, mudah
saya nak jaga dia!”
“Tengah
kelam kabut waktu tu, Nadzrin... sekarang ni Alisya dah okaykan? Tak kisahlah dekat mana pun Alisya dirawat asalkan dia okay.”
Nadzrin
terus tinggalkan hospital tu dengan perasaan tak puas hatinya lepas mendengar
kata-kata orang tua Alisya tadi. Susah betul nak cakap dengan orang yang tak
faham bahasa.
“Jauh
betul bezanya Nadzrin dengan Hazrill. Sekurang-kurangnya, Hazrill tahu
menghormati orang tua.”
“Hurmm...
abang dah bagi tahu Hazrill tentang ni? Dia patut tahu...”
“Dia
dah cukup kecewa dengan pertunangan Alisya dengan Nadzrin, tak akan abang nak
menyusahkan dia lagi?”
Kalau
boleh abah tak mahu menganggu Hazrill lagi. Yalah, hati Hazrill sudah cukup
terluka mendengar berita pertunangan Alisya. Tak akanlah dia nak membebankan
lagi lelaki itu dengan berita kemalangan yang menimpa anaknya kali ini pula?
“Tapi
Alisya nak jumpa dia.”
“Tengoklah
nanti.”
Ibu mengeluh perlahan sebelum melangkah menuju ke bangku
yang dia duduk tadi. Ya Allah, apa yang patut dia buat ni? Patut ke dia halang
anaknya dari berjumpa dengan Hazrill lagi?
“Abang, apa yang patut saya buat?”
Abah hanya menggelengkan kepalanya sambil menepuk bahu
isterinya perlahan. Dia tahu sekarang ni isteri dia tengah susah hati dengan
apa yang berlaku. Mungkin masa akan mengubat segalanya…
No comments:
Post a Comment