Ketika
menikmati nasi lemak sambal sotong kegemaran Hazrill, tiba-tiba ada seorang
perempuan menghampiri Hazrill dengan lagak mengada-ngada hingga membuatkan
Hazrill dan Alisya jadi meluat.
“Hai,
handsome...”
“Err,
assalamualaikum.”
Melayang
terus selera Hazrill nak menikmati makanan kegemarannya pagi ni. Mana pula
datang perempuan ni? Payahnya kalau jadi macam ni selalu.
“I, Sufi. I berminat nak berkenalan dengan you. Boleh?”
“Oh,
I Hazrill.”
“So, boleh kita berkenalan?”
Hazrill
memandang Alisya sebelum melemparkan senyuman pada wanita yang memperkenalkan
diri sebagai Sufi tadi. Aduh, tolonglah aku Alisya. Tolonglah selamatkan aku
dari perempuan macam ni.
Alisya
hampir tergelak bila melihat riak wajah Hazrill yang meminta pertolongan... nak
mintak tolong aku ya? Tak nak aku tolong kau selagi kau tak cerita sampai habis
pasal tadi. Aku terus menyuap makanan di dalam mulut sambil tersenyum mengejek.
Hazrill
menendang kaki Alisya di bawah meja. Dia boleh nak gelak? Tolonglah aku. Aduh, Alisya
ni... janganlah macam ni. Tolonglah kawan baik kau ni.
“So, Encik Hazrill. You buat apa dekat sini?”
Hazrill
makin menggelabah bila wanita tu dengan selambanya melabuhkan punggungnya di
sebelah Hazrill. Aduh, gilalah perempuan ni.
“Ehem…
Miss Sufi.”
Bila
mendengar suara Alisya barulah Hazrill mampu menarik nafas lega. Akhirnya, kau
tolong juga akukan? Sayang juga kau dekat kawan baik kau ni. Ingatkan tadi nak
buat tak tahu sahaja…
“You tergedik-gedik depan hubby I ni kenapa? You ingat I apa dekat
sini? Tunggul?”
“Dia
wife you?”
“Yupp, my wife. Cantikkan? I suka bila dia senyum nampak comel. Kalau
dia menangis pun I suka. Nampak innocent sahaja. Hurm, I rasa beruntung sangat-sangat memiliki
dia sebagai wife I.”
Glupp!
Hazrill cuma berlakon sahajakan? Apasal dia puji aku sampai macam tu? Segannya
aku! Sesiapa, tolong bagi tahu aku yang Hazrill cuma berlakon. Sesiapa? Tolonglah...
Alisya memandang ke arah kiri dankanannya. Kalau ada sesiapa yang memandang ke
arahnya, dia akan meminta pertolongan orang tu pula untuk bagitahu dia Hazrill
hanya berlakon sahaja atau pun tidak. Hazrill iinikan memang layak dapat
gelaran mamat over.
“You puji I lebih-lebih ni kenapa?”
“Alah,
nak puji wife sendiri pun tak boleh… you tengok, Sufi… wife I ni sangat-sangat special and lain daripada yang lain. Sejak
dari dulu lagi dia mana suka orang puji. Bagi dia, puji tu macam mengutuk.”
Eh,
pandai-pandai sahaja mamat ini membuat cerita? Sejak bila dia fikir bila orang
memujinya itu macam mengutuk pula?
“You
jangan percaya cakap hubby I ni... dia
ni terlalu banyak makan ikan kerapu tu yang merapu tak ingat dunia.”
“Err,
hurm… berapa umur you ya?”
Dia
tanya aku ke? Ke dia masih tanya Hazrill? Aku terus buat muka blurr depan Hazrill. Dia sebenarnya
tanya siapa? Aku rasa dia bukan tanya aku sebab tak ada pun dia sebut nama aku
dekat depan ayat dia tu.
Hazrill
menjentik tangan Alisya bila melihat Alisya diam tanpa jawapan. Minah ni
berangan apa? Orang tanya dia, boleh dia senyap?
“Sakitlah.”
“Sufi
tanya youlah, sayang.”
“Oh, I? Manalah I tahu… dia tak sebut nama I
ke apa waktu tanya...”
Sufi
terus tergelak bila mendengar komen isteri kepada jejaka yang berjaya menarik
perhatian dia tu. Ya, betul kata Hazrill... wife
dia ni memang special. Jealous
pula bila lihat kebahagiaan mereka.
“Wife you nampak comel…”
No comments:
Post a Comment