Aku masih tak dapat lupakan peristiwa malam tu dekat
rumah nenek Imtiyaz.Amsyar
cintakan aku?Tapi,aku rasa macam mustahil sebab playboy macam dia tu tak mungkin akan
jatuh cinta pada perempuan biasa-biasa macam aku kan?
“Amani..Amani..Apalah
yang kau fikir ni?Mengarut betul.”
Waktu
aku nak melangkah masuk ke dalam bilik basuh,langkahku dihalang dua orang
perempuan yang aku tak pernah kenali.Siapa pula dia orang
ni?
“Ehemm,saya
nak masuk ni.Boleh bagi laluan?”
“You ni Amani,right?”
“Ye,saya.Kenapa
ye?”
“You tahu siapa I?”
Aku hanya
menggelengkan kepalaku beberapa kali bagi menjawab pertanyaan
perempuan yang aku tak kenal tu.Wajib ke untuk aku tahu
nama semua orang?
“I,Ekeyn.Ex-girlfriend Amsyar.”
“So?”
“I nak bagi you satu nasihat.Tinggalkan Amsyar sebab dia hanya mempermainkan you je
sebagaimana dia mempermainkan hati I dengan perempuan-perempuan lain.”
Tinggalkan?Buat
apa aku nak tinggalkan sesuatu perhubungan yang tak pernah wujud
pun?Aku dengan Amsyar bukan couple atau apa pun.Kita orang hanya berkawan seperti biasa.
“Thanks
untuk nasihat awak tu,Ekeyn.”
“You jangan ingat dia akan jatuh cinta
pada you!Dia tu kaki perempuan!”
“Ye,saya
tahu dia kaki perempuan..Saya rasa awak tak perlu nasihatkan saya sebab
pandailah saya jaga diri saya sendiri dan tak perlulah
awak nak mengganggu saya dengan
menghalang laluan saya.”
Aku
terus menepis tangan Ekeyn tu dan terus melangkah masuk ke dalam bilik basuh.
Spoil mood aku je minah ni.Mungkin dia
buat macam tu sebab frust Amsyar
tinggalkan dia?
Apa-apa jelah,yang penting sekarang ni masa untuk
membasuh baju!!
Waktu kami
sampai ke cafe,Imtiyaz dengan Amsyar
dah sedia ada menunggu di situ.
Laju betul mereka berdua ni.Janji datang sini jam empat
tapi ni baru jam tiga dua puluh minit
dah ada dekat sini?
“Awal
kau orang sampai?”
“Tak ada
hal,ni yang datang cepat tu..”
Waktu
Myra pergi toilet dan Imtiyaz pergi jawab call,aku terus berterus terang pada
Amsyar tentang hal Ekeyn tu.Ternyata muka Amsyar berubah
selepas aku menyebut nama
gadis tu.
“Kenapa
dengan dia?”
“Tak
kisahlah kenapa dengan dia.Saya cakap tentang hal ni sebab saya nak awak pesan
dekat semua girlfriend
awak tu,jangan ganggu saya.Saya tak suka membazir masa dengan
kerenah mereka semua.”
“Ekeyn
tu..Sebenarnya..”
“Awak
tak payah nak jelaskan apa-apa sebab tak perlu.”
“Perlu
bagi saya sebab saya cintakan awak,Amani!”
Semua
pelanggan cafe tu menoleh ke arah
kami bila mendengar pengakuan tulus Amsyar
tu.Ya Allah,malunya!!Semuanya memandang ke arah kami
gara-gara mulut Amsyar nilah!
“Awak
boleh tak jangan buat sesuatu yang memalukan saya?”
Dari
jauh,Ekeyn memandang ke arah Amani dan Amsyar dengan pandangan penuh
kebencian.Jangan ingat kau menang,Amani..Aku tak kan
sesekali menyerah kalah dengan
perempuan seperti kau.Dasar perempuan tak tahu malu!
“Saya serious cintakan awak,Amani..Kalau boleh
saya nak memperisterikan awak..”
“Memperisterikan
saya?Awak buat lawak apa?Kita ni kenal tak sampai dua bulan.”
“Kalau
dah jodoh,tak kiralah kenal sehari ke sepuluh tahun ke..”
“Saya
tak berminat.Maaf.”
“Tolong
jangan hampakan saya,Amani..Kalau awak nak saya berubah,saya akan buat.”
“Jangan
berubah kerana saya tapi berubah kerana Allah.”
Sepanjang
kami makan,Amsyar hanya mendiamkan diri sahaja.Dia langsung tak
berminat untuk mendengar perancangan kahwin Imtiyaz
dengan Myra.Hanya Amani dalam
fikirannya sekarang ni.
No comments:
Post a Comment