SETELAH
menghabiskan masa di Mcd, Alisya masih
lagi tidak dapat ingat apa-apa tentang tempat itu. Dia hanya mahu pulang bila
kepalanya terasa sakit. Siapa sebenarnya lelaki di hadapannya ini? Kenapa
lelaki itu beria sangat nak kembalikan memori dia? Kenapa hati dia terasa sakit
bila melihat wajah lelaki itu muram sahaja.
“Kenapa
awak sedih sahaja ni?”
“Isya,
awak langsung tak ingat satu pun perkara pasal saya?”
Melihat
gelengan Alisya, mata Hazrill mula berkaca-kaca. Ya Allah, ini ke penghujung
cinta mereka? Dia tak sanggup kehilangan Alisya. Dan kalau nak berpisah pun, janganlah
dalam keadaan macam ni.
“Rill?”
“Saya
dah putus asa, aunty…”
Ibu
menepuk bahu Hazrill perlahan. Dia betul-betul bersimpati dengan anak muda ini.
Mungkin bukan jodoh Hazrill dengan anaknya… sebab itu semua ini terjadi.
“Jangan
macam ni, Rill.”
Alisya
menggenggam jari jemari Hazrill bila melihat air mata Hazrill mula menitis. Hati
dia makin sakit bila melihat lelaki itu menangis. Hazrill mengangkat wajahnya
bila melihat Alisya menggenggam tangannya seperti selalunya Alisya buat bila
dia terasa mahu menangis.
“Jangan
menangis…walaupun sampai sekarang saya masih tak dapat ingat siapa awak, tapi
saya yakin awak seorang yang baik. Terima kasih bawa kami ke mari dan maaf
sebab saya masih tak boleh ingat siapa awak.”
Alisya
terus mengesat pipi Hazrill yang sudah basah dengan air mata menggunakan tisu. Dia
sendiri tak tahu kenapa dia boleh buat macam ni tapi yang dia pasti hati dia
sakit bagai ditusuk sembilu bila melihat lelaki itu menangis.
“Saya
sayangkan awak, Alisya…”
“Jangan
pernah berputus asa dalam hidup awak, Hazrill. Walaupun saya tak ingat apa-apa
pasal awak… saya rasa saya sayang awak.”
Selepas
menghantar Alisya dan ibunya pulang, Hazrill terus memandu tanpa arah dengan
pipi yang sudah basah kembali dengan air mata. Ya Allah, ke mana dia mahu
membawa hati yang terluka ini?
“Ya
Allah, aku sayangkan dia… aku tak sanggup kehilangan dia. Apa yang patut aku
buat lagi untuk mengembalikan ingatan dia semula?”
No comments:
Post a Comment