SEKARANG:
Hazrill
terus bergegas ke lobi bila mendapat panggilan daripada Alisya. Dia ingat dia
nak buat kejutan untuk Alisya tapi nampaknya Alisya yang buat kejutan dulu. Sebaik
sahaja melihat wajah Alisya yang semakin ayu, hatinya terus berdebar-debar.
“Hei,
mak cik. Awal-awal pagi lagi dah datang?”
Sebaik
sahaja terpandang wajah Hazrill, air
mataku terus menitis setitis demi setitis. Ya Allah, rindunya aku dekat Hazrill.
Alisya terus memeluk Hazrill dan menangis semahu-mahunya di bahu Hazrill.
“Hei,
kenapa ni?”
Hazrill
terus menggelabah bila melihat Alisya menangis. Aduh, orang perempuan inikan
susah betul nak faham. Time happy dia menangis dan time sedih pun dia menangis.
“Aku...
aku... aku... aku nak minta maaf.”
“Minta
maaf untuk apa? Kau bukan ada buat salah dengan aku.”
“Aku
patut percayakan kau dulu tapi aku ragu-ragu. Aku minta maaf...”
“Hei,
dahlah... nanti orang ingat aku yang buat kau menangis.Lupakan sahajalah hal
dulu, Alisya. Tak payah minta maaf dengan aku lagipun dah lama dah hal ni. Aku
pun dah lupa.”
Hazrill
kembali tersenyum bila melihat Alisya sudah tidak menangis lagi. Hurm, ni baru
Alisya yang aku kenal.
“So, apa plan sekarang? Nak kerja atau berehat-rehat?”
“Oh,
sekarang? First thing yang aku nak
buat adalah curi hati anak dara orang.”
Alisya
mula tergelak kecil bila mendengar benda pertama yang Hazrill mahu buat sampai
di Malaysia ni. Dekat overseas sana
tu tak akan tak ada yang terpikat?
“Wah,
tak menahan... aku doakan kau berjaya. Dah ada calon-calonnya?”
“Ada...
aku dah lama dah sukakan dia. Sebelum aku pergi overseas lagi.”
“Wah,
lamanya kau pendam perasaan kau. Kau tak bagi tahu dia ke? Untungnya perempuan
yang kau suka tu...”
“Aku
dah cuba tapi dia tu slowlah...”
Alisya
hanya tersenyum mendengar kata-kata Hazrill. Apa ke slownya perempuan tu? Macam manalah dia boleh suka dekat perempuan
macam tu? Kalau macam tu lambat lagilah kalau Hazrill nak kahwin.
“Kau
senyum-senyum ni mesti kau kutuk perempuan yang aku suka tukan?”
Alisya
terus mematikan senyuman tak lama lepas itu. Hazrill iinikan, tahu sahaja apa
yang aku tengah buat. Tak seronoklah kalau macam ni.
“Haha,
kau memang kenal akukan? Weh, aku kenal tak aweks
kau tu?”
“Huh!
Aweks? Awek okey? Aku bukan players
macam...”
Alisya
pelik bila kata-kata Hazrill terhenti macam tu sahaja. Macam apa yang Hazrill
nak cakap? Peliklah dia ni.Ah, pedulikan sahajalah. Hazrill ni memang suka
sangat cakap sekerat jalan.
“Eh,
jomlah kita breakfast dulu?”
“Aku
dah breakfast dengan someone.”
“Someone?”
Hazrill
memandang Alisya pelik. Someone? Siapa
someone yang Alisya cakap tu? Someone yang dia sayang ke? Someone tu boyfriend baru dia ke?
“Kenapa
kau kenapa buat muka pelik?”
“Someone? Oh, aku lupa pula... kau breakfast dengan Aidil eh? Dia apa
cerita? Sihat?”
“Dia
sihat sahaja...”
Kepala
Hazrill terangguk-angguk mendengar kata-kata Alisya itu. Eh, kejap. Dia datang
sini mamat tu tahu ke? Dia tak mahu merasa penumbuk Aidil lagi lepas ni.
“Eh,
kau keluar jumpa aku ni dia tahu tak? Tak nak aku kena tumbuk dengan dia lagi.”
“Eh,
kejap. Lagi? Apa maksud kau lagi? Sebelum ni dia ada tumbuk kau ke?”
“Ah,
lupakan sahajalah… kisah lama.”
Hazrill
terus berjalan laju menuju ke cafe. Baik
aku jalan cepat sebelum dia tanya lagi. Dia tu kalau dia tak puas hati, dia
akan korek sampai dapat.
“Hazrill,
tunggulah aku.”
No comments:
Post a Comment