RUMAH
milik keluarga Alisya meriah dengan kehadiran sanak saudara yang datang untuk
memeriahkan majlis pertunangan Alisya hujung minggu tu. Tapi, jauh disudut hati
Alisya, dia betul-betul rasa kehilangan... dia sendiri tak tahu kenapa dia rasa
kehilangan sedangkan tak lama lagi dia akan bergelar tunangan lelaki pilihannya.
Kak Sara yang sedang sibuk menghias bilik Alisya itu
memandang adiknya pelik. Kenapa dengan Alisya? Dia nampak seperti susah hati.
“Isya,
menung apa tu?”
Alisya
merenung wajah kakaknya dengan perasaan berbelah bahagi. Kalau dia beritahu
kakaknya, adakah kakaknya akan memarahinya?
“Isya
peliklah, Kak Sara...”
Kening
Kak Sara hampir bercantum mendengar luahan adiknya itu. Pelik? Apa yang adiknya
pelikkan itu? Bukannya ini kali pertama adiknya itu melalui alam pertunangan…
jadi apa yang pelik sangat tu?
“Pelik
apanya? Bukan Isya tak pernah bertunang pun sebelum ni.”
“Bukan
pasal tu... Isya pelik sebab dalam kita happy,
happy ni, Isya rasa kehilangan and
Isya rasa sedih.”
Kehilangan?
Lama Kak Sara merenung muka adiknya itu. Mungkin ke Hazrill masih lagi bertakhta
di hati Alisya cuma dia sahaja masih tak sedar? Kalau tak kenapa dia rasa
kehilangan?
“Kak
Sara... siapa sebenarnya Hazrill dalam hidup Isya? Kenapa ibu dengan abah kata
dia bakal tunang Isya? Kalau dia bakal tunang Isya, kenapa Isya langsung tak
ingat satu pun hal tentang dia? And...
macam mana Isya boleh kemalangan? Isya tanya ibu, ibu langsung tak nak jawab.”
“Betul
Isya nak tahu siapa Hazrill dalam hidup Isya? Isya pasti?”
Alisya
menganggukkan kepalanya laju. Dia betul-betul keliru dengan perasaannya. Dia
yang membuat keputusan untuk bertunang dengan Doktor Nadzrin tapi sekarang ni
dia betul-betul terasa keputusan yang diambil ini adalah satu kesilapan besar.
“Isya
betul-betul nak tahu, kak... tolonglah bagi tahu Isya. Isya tak nak menyesal
kemudian hari.”
Kak
Sara menarik nafas panjang sebelum memulakan ceritanya. Sepanjang Kak Sara
bercerita tentang satu persatu kisah Alisya dengan Hazrill, Alisya sesekali
mengesat matanya. Patutlah dulu waktu dia sedar, dia rasa berdebar-debar
pandang Hazrill. Rupa-rupanya Hazrill orang penting dalam hidup dia.
“Alisya
kemalangan lepas beli hadiah hari lahir untuk Hazrill.”
Sebaik
sahaja Kak Sara habis bercerita, Alisya
terus bangun dan mencapai handbagnya.
Dia perlu jumpa Hazrill. Belum sempat Alisya melangkah keluar, ibu dah
menghalang di muka pintu.
“Isya
nak ke mana? Isyakan dah nak bertunang, tak eloklah keluar rumah.”
“Ibu,
Isya nak pergi juga. Tolonglah jangan halang Isya.”
“Isya
nak ke mana?”
Alisya
cuba melepaskan pegangan ibu di lengannya. Ya Allah, dia perlu pergi jumpa
Hazrill. Entah kenapa dia jadi takut kehilangan lelaki itu… peduli apa dia
dengan semua persiapan majlis pertunangannya ini.
“Isya
nak jumpa Hazrill. Tolonglah, ibu. Izinkan Isya keluar.”
“Nak
buat apa Isya nak jumpa dia? Isya sendirikan yang nak bertunang dengan Nadzrin!
Kami langsung tak paksa Isya supaya terima Nadzrin tu.”
“Ibu,
Isya tak boleh kehilangan dia.”
“Lupakan
sahaja niat kamu tu!”
Pergelutan
berlaku di antara Alisya, Kak Sara dengan ibu beberapa minit kemudian. Entah
macam mana, Alisya boleh tersandung handbag
dia yang terjatuh sewaktu dia mahu menuruni tangga. Ibu dengan Kak Sara
menjerit seperti kerasukan bila melihat Alisya jatuh berguling dekat tangga
sebelum terbaring kaku betul-betul dekat anak tangga yang terakhir.
Keadaan
dekat rumah tu sekelip mata menjadi kelam kabut bila melihat tubuh Alisya
terbaring kaku dekat lantai.
“Alisya!!!”
Abah
dan Aidil terus bergegas masuk ke dalam rumah sebaik sahaja mendengar jeritan
isteri masing-masing. Apa pula yang jadi kali ni?
“Ya
Alllah, anak aku!! Isya, bangun sayang. Jangan takutkan abah. Aidil call ambulance!! Ya Allah, Isya… buka
mata tu. Tolonglah buka mata.”
No comments:
Post a Comment