“Isya… petang ni kita pergi shopping nak?”
“Isya tak ada moodlah…
Kak Sara pergi dengan Aidil sahajalah.”
Kak Sara menggelengkan kepalanya laju. Nak tenangkan
fikiran apanya kalau asyik berkurung sahaja di dalam bilik? Kalau macam ni,
lebih baik mereka duduk dekat rumah sahaja dan tak payah pergi jauh-jauh kalau
setakat nak duduk dalam bilik sahaja.
“Kenapa pula? Tak bestlah
kalau datang sini tapi asyik berkurung sahaja dalam bilik ni… jomlah kita
berjalan-jalan. Aidil siap sewa kereta nak bawa kita pusing-pusing pulau.”
“Tak apalah… Isya ingat petang nanti nak jalan-jalan tepi
pantai sahaja. Kalau Kak Sara nak pergi… pergi sahajalah. Tak payahlah nak
risaukan Isya. Isya boleh jaga diri Isya, kak.”
“Betul ni you tak
nak ikut kami?”
“Betul… you all pergi
sahajalah. I bagi you all peluang untuk dating berdua pun tak nak… tak payahlah
asyik risaukan I sahaja. I dah besar kot…”
Alisya terus
mencapai remote tv untuk
menghilangkan bosan. Nak keluar pergi tepi pantai waktu macam ni boleh terbakar
kulit… petang sikitlah aku keluar berjalan. Panas-panas macam ni buat aku malas
sahaja nak keluar.
“Isya yakin tak nak ikut kami?”
“Ya… berapa banyak kali Isya nak cakap? Pergilah spend time berdua… bercuti apanya kalau
asyik risaukan Isya dua puluh empat jam?”
“Kalau ada apa-apa… call
kami.”
“Ya…”
Aidil terus melangkah keluar dari bilik adik iparnya itu
sambil menarik tangan isterinya. Dia tahu isterinya itu masih lagi tak puas
hati tapi Alisya bukan budak kecil yang nak dipaksa-paksa ikut kemahuan mereka.
“Awak ni… bukannya nak tolong pujuk si Alisya tu.”
“Sara, awak kena belajar percayakan adik awak tu… dia dah
besar panjang. Dah boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk.”
“Tapi…”
“Dah… kita nak pergi jalan-jalan pusing pulau ke tak ni?”
Kak Sara akhirnya akur dengan kemahuan adiknya walaupun
hati dia berat untuk meninggalkan adiknya itu berseorangan di dalam bilik.
Kalau aku tetap paksa dia ikut mahu dia jadi lebih stress.
LEWAT
petang
tu, Alisya mengambil keputusan untuk bersiar-siar di tepi pantai seorang diri
tanpa mahu ditemani sesiapa pun. Aku patut lupakan dia... ya, aku memang patut
lupakan dia demi kebaikan semua pihak. Dia dah tak ada kaitan dengan aku dan
begitu juga sebaliknya.
“Alisya...
awak ke tu?”
Ya
Allah, payahnya nak lupakan dia. Sampai sekarang aku masih terdengar suara dia
lagi. Macam mana aku nak lupakan dia kalau dia masih ada dalam hati aku? Ya
Allah, berilah daku kekuatan untuk melupakan dia.
“Alisya?”
Bila
terasa bahunya disentuh Alisya terus menoleh. Hazrill?! Ya Allah, aku bermimpi
ke ni? Kalau betul ni mimpi, janganlah kejutkan aku dari mimpi ni.
“Rill?
Rill pergi mana? Kenapa tinggalkan Isya macam tu sahaja?”
Lama
Alisya merenung wajah insan yang dia cintai di hadapannya ini. Hazrill
kelihatan agak cengkung jika dibandingkan dengan keadaan dia waktu kali
terakhir aku jumpa dia dulu.
“Rill,
Isya tak mimpikan?”
Hazrill
menggelengkan kepalanya perlahan. Apa Alisya buat dekat sini? Dia datang
bercuti dengan doktor tu ke? Ah, kenapa bila aku dah ambil keputusan untuk
lupakan dia… dia muncul semula dalam hidup aku?
“Awak
tak bermimpi... apa yang awak buat dekat sini?”
Kenapa
dari nada suara Hazrill tiada langsung rasa kemesraan. Dia seolah-olah tak
berharap pun yang dia akan jumpa aku lagi. Kenapa dia dah berubah? Kenapa dia
jadi macam ni?
“Kenapa
Rill cakap macam ni?”
Air
mata Alisya mula mencurah-curah bila melihat Hazrill sudah jauh berbeza
daripada Hazril yang dia kenali dan cintai suatu masa dahulu. Apa yang dah jadi
pada Hazrill yang dia kenal suatu masa dahulu?
“Kenapa
awak nak menangis pula? Bukan ini ke yang awak nak dulu?”
Alisya
cuba nak memegang tangan Hazrill namun Hazrill cepat-cepat memeluk tubuh. Perlakuan
Hazrill tu betul-betul membuatkan Alisya terasa. Hazrill betul-betul dah
berubah. Apa yang buat Hazrill berubah sampai macam ni sekali?
“Kenapa...
kenapa Rill tinggalkan Isya?”
“Tinggalkan? Awak fikir saya nak sangat
tinggalkan awak? Saya betul-betul tak sangka awak seteruk ni, Alisya. Awak yang
pilih doktor tu dan bukan saya!”
Alisya
menggelengkan kepalanya dengan air mata yang semakin mencurah-curah. Dia tak
sengaja kecewakan lelaki yang dia cintai itu. Waktu tu dia hilang ingatan… dia
tak minta nak hilang ingatan.
“Isya
tunggu Rill selama ni tapi Rill langsung tak datang menjenguk Isya. Call apatah lagi. Bila Isya call, Rill dah tukar nombor. Isya dah
nak gila rindukan Rill. Kenapa Rill buat Isya macam ni?”
“Lepas
ni tak perlu awak nak tunggu saya lagi. Saya langsung tak harap akan jumpa awak
lagi. Saya tak pernah mengharapkan pun awak kembali pada saya.”
“Apa...
apa maksud awak?”
Hazrill
mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tak boleh nak kawal perasaan
sebaknya bila melihat gadis yang dia cintai sepenuh hati itu menangis. Terasa
seakan mahu menangis sahaja bila melihat gadis itu menangis.
“Saya
langsung tak harapkan semua ni jadi. Saya tak harapkan awak kembali, Alisya.
Saya dah buat keputusan untuk mulakan hidup baru tanpa awak… dan saya harap
awak respect dengan keputusan saya.”
Baru
sahaja Alisya nak membuka mulut, dia terus terkedu bila mendengar ada seorang
budak lelaki memanggil Hazrill dengan gelaran papa dan di sisi budak lelaki tu
pula ada seorang wanita lengkap berjubah.
“Papa!”
Alisya
terus menoleh bila mendengar suara budak lelaki menjerit memanggil papanya. Dia
seakan tak percaya bila melihat Hazrill mengangkat tangannya melambai si kecil
itu.
“Siapa
mereka tu? Kenapa dia panggil Rill papa? Apa semua ni?”
“Mereka
adalah keluarga saya.”
No comments:
Post a Comment