“Aku
sengaja bawa kau sekali. Kaukan nak berkenalan dengan dia.”
Hati
Alisya mula dipagut rasa cemburu yang teramat sangat bila mengetahui yang
kekasih Hazrill turut berada di sini untuk bercuti. Mungkin Hazrill dengan
kekasihnya berpakat nak jumpa dekat sini. Kenapalah aku boleh bersetuju nak
ikut Hazrill datang sini bercuti? Aku sanggup tinggalkan kerja aku yang
berlambak tu sebab nak ikut dia.
“Aku
nak balik bilik dululah. Nak solat Asar...”
“Jomlah
balik sekali.”
“Hurm...”
Lama
Alisya memandang Hazrill yang sudah jauh di hadapan. Aku yang tengah sedih, dia
yang menonong pergi. Apa kes dah ni? Hurm, apa-apalah Hazrill ni...
“Biarlah
dia balik, baik aku lepak dekat depan minum air kelapa. Best juga.”
Alisya
terus berjalan ke warung yang jual air kelapa pandan. Ramai betul orang yang
datang warung ni. Aku nak beli pun kena berbaris panjang. Alang-alang dah
sampai turn aku, baik aku belikan
Hazrill sekali.
“Lah,
Isya dekat sini rupanya... penat cari dekat sana tadi...”
Huh?
Apasal dia panggil nama aku Isya bukan seperti biasa ni? Peliklah mamat ni. Ni
siap pegang tangan aku ni dah kenapa? Tersampuk apa mamat ni? Ada juga yang
makan bubur setahun nanti.
“Kau
dah kenapa?”
“Kan
seronok and lebih best kalau kita panggil nama berbanding
kau aku...”
Sah,
mamat ni memang demam. Hisyh, tak faham aku lama-lama dengan mamat yang bernama
Hazrill ni. Demam panas agaknya. Alisya terus menghulur plastik berisi air
kelapa pandan pada Hazrill.
“Nah
air.”
“Terima
kasih. Seronok minum air kelapa ni waktu tengah-tengah panas.”
Hazrill
pula mampu menarik nafas lega lepas lelaki-lelaki yang nak usha Alisya berlalu pergi dan membatalkan niatnya untuk menghampiri
Alisya. Haha, nasib baik… kalau aku lambat sampai tadi macam mana?
“Kau
okey ke...”
“Isya,
kan lebih manis kita guna ganti nama Isya dengan Rill. Bagi Rillkan, kau aku tu
macam kasar...”
Hazrill
ni dah kenapa? Makin lama makin aku tak kenal dia ni siapa, berubah seratus
peratus. Ni siapa bagi kebenaran pegang aku ni? Alisya menarik tangannya
perlahan.
“Ehem,
saudara... sejak bila saya bagi keizinan saudara pegang saya ni. Nampak kekasih
saudara tak ke aniaya?”
Hazrill
menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum malu. Hehe, malunya kena sound. Punyalah beria tak nak Alisya
kena kacau dengan lelaki tadi tu sampai terlupa pula yang dia dengan Alisya tak
ada apa-apa hubungan.
“Eh,
terlupa pula. Sorry.”
“Boleh
jelaskan pada saya kenapa Encik Hazrill pegang tangan saya ni?”
“Tadi
ada budak-budak nak kacau Isya... itu yang Rill terus pegang tangan Isya.”
Alisya
menganggukkan kepalanya faham. Biarlah budak-budak tu nak kacau dia. Bukannya
dia layan pun. So, tak ada
kepentingan pun untuk Hazrill pegang tangannya macam tu. Lagipun kalau
budak-budak tu lebih-lebih dengan dia, dia nak takut apa? Dia ada belajar seni
mempertahankan diri dulu.
“Biarlah
dia orang kacau. Manalah tahu terberkenan di hati… bolehlah buat suami.”
Kata-kata
Alisya membuatkan Hazrill memandangnya tidak percaya. Alisya ni dah tak betul
ke? Desperate sangat nak berlaki ke?
“Isya,
are you serious? Terdesak
sangat nak bersuami apa?”
“Agaklah
terdesak.”
nape ye isya tetiba berubah cam tu..cam petanda tk baik jer?ape kah ajal isya....
ReplyDeleteterima ksih sudi mmbaca..ad sesuatu yg buruk bakal terjadi tapi xdewlah smpai meragut nyawa Alisya.tnggu ye smbungan seterusnya..
Delete