“Taklah,saya datang dengan Myra.Tu hah,dia orang ada
dekat sana.”
“Nak join dia
orang ke?”
“Apa salahnya?”
Amsyar turuti juga kata-kata Amani tu.Tak kisahlah duduk
makan berdua atau beramai-ramai asalkan Amani ada dengan dia.Mungkin Amani tak
biasa duduk berdua dengan lelaki.
“Hai,Amsyar.Apa mimpi bangun awal ni?Ada kelas ke?”
“Ha’ah.Kebetulan nampak Amani dekat cafe,tu yang aku datang sini tu.”
“Oh,datang sebab Amani rupanya.”
“Alah,abang.Dia mestilah datang sebab girlfriend dia.Tak kanlah datang jumpa
Myra pulakan?”
Imtiyaz terus memandang muka Amani dengan Amsyar silih
berganti.Betul ke apa yang dia dengar dari mulut Myra tu?Mereka berdua dah couple?Kenapa aku yang paling last dapat tahu ni?
“What?Apa pasal
aku langsung tak tahu apa-apa ni,Amsyar?”
“Haha,baru je declare
malam tadi.Lagi pun masih barukan,sayang?Malaslah kami nak kecoh-kecoh.”
“Amboi,baru declare
malam tadi dah sayang dah.”
Nak makan ke nak mengusik aku saja ni?Hisyh,sabar sahajalah
dengan dua manusia di hadapan aku ni.Amsyar pun satu hal,apa pasal dia
bersayang pula dengan aku pagi ni?Semalam elok saja bercakap saya awak dengan
aku tapi pagi ni dah lain pula?Kena sampuk dengan hantu apa?
“Buat orang tak ada mood
nak makan.”
Bila masing-masing mendengar kata-kata Amani,mereka terus
berhenti mengusik dan bertindak mendiamkan diri sambil melihat reaksi
Amani.Minah ni marah ke?
“Apa pasal semuanya pandang saya ni?Saya makan comot ke?”
“Tak,tak.”
Beberapa bulan selepas tamat final exam,Amani dengan Amsyar mendirikan masjid pada tanggal 10
Mac 2012.Myra dengan Imtiyazlah yang paling happy
bila doa mereka untuk melihat Amani dengan Amsyar disatukan dalam sebuah ikatan
perkahwinan.
Walaupun terkilan dengan keputusan Amani memilih Amsyar
sebagai suami,ummi Amani tetap mendoakan kebahagiaan anaknya itu dan cuba
menerima Amsyar sebagai menantunya.Shah,adik kembar Amani berkeras tak nak
balik ke Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan kembarnya itu walaupun
mereka sememangnya sangat akrab dan sentiasa sepakat dalam semua hal.Walaupun
sudah dipujuk berkali-kali,Shah tetap dengan keputusannya.Selagi Amani tak
membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan lelaki seperti Amsyar tu,dia tak kan
balik Malaysia semula.
“Ummi,menungkan apa tu?”
“Hisyh,kamu ni Hawa.Suka sangat buat ummi terkejut tahu?”
“Tak adalah,Hawa cuma pelik bila tengok ummi termenung
seorang diri dekat sini padahal suasana dekat sini punyalah bising.Ummi
menungkan apa tu?”
“Ummi tengah fikirkan pasal abang kamu yang seorang
tulah.Entah apa yang dia benci sangat dekat Amsyar tu,ummi pun tak tahu.”
Hawani terus mengangkat bahunya sambil mengurut bahu
umminya perlahan.Dia sendiri pelik kenapa abang dia tu beria sangat nak kakak
dia batalkan niat untuk berkahwin dengan Amsyar.Ke abang ada tahu sesuatu yang
kami semua tak tahu?
“Dahlah,ummi.Tak lama lagi baiklah abang tu.”
“Hurmm,ummi pun harap macam tu juga.”
“Ummi,tadi family Amsyar cari ummi.Terlupa pula Hawa nak
bagitahu.”
“Lah,ya ke?Kalau macam tu,jomlah ke sana.”
Alisya yang menemani Amsyar yang sibuk melayani kawan-kawannya
yang entah siapa tu merenung handphonenya
di tangan.Kenapa Shah tak datang atau sekurang-kurangnya call dia?Dia betul-betul nekad dengan keputusan dia ke?
“Sayang menungkan apa tu?”
“Tak ada apa-apalah.Cuma tunggu Shah je.Tak tahulah dia
ni balik ke tidak.”
Shah?Hurm,apahal mamat tu?Dia tak suka aku jadi abang
ipar dia ke?Ke sebelum ni dia ada masalah dengan aku?
“Dia tak ada call
juga ke?Dia tu ada masalah apa sebenarnya?”
“Diakan sambung master,busylah kot.”
“Kalau ya pun busy,luangkanlah
masa sikit untuk kakak dia juga.Hisyh,tak fahamlah dengan dia tu.”
Amani hanya mendiamkan diri bila mendengar kata-kata yang
diucapkan lelaki yang belum sampai sehari pun bergelar suami kepadanya itu.Shah
tak pernah buat perangai macam ni sebelum ni.Mesti ada something wrong somewhere.
“Saya pergi jumpa ummi dulu ya.”
“Hurm.”
Amani terus berlalu dengan handphone di telinga.Shah,jawablah.Apa
yang tak kena sebenarnya?Kenapa bila ditanya langsung tak dijawab?Apa yang buat
Shah benci Amsyar?
“Hello,Assalamualaikum?Shah?”
“Wa’alaikumussalam.”
“Shah tak balik ke?Lama saya tunggu awak datang.”
“Amani,Shah dah bagitahu hari tu,selagi Amani tak
batalkan niat Amani dengan lelaki tu,jangan haraplah nak suruh Shah balik.”
“Kenapa Shah benci sangat dengan Amsyar?”
“Kalau Amani masih anggap Shah ni adik Amani,jangan
sesekali sebut nama dia depan Shah.”
“Cuba bagitahu saya,Shah.Saya tahu mesti ada something yang awak tahu tapi awak rahsiakan
daripada saya.Tolonglah buat saya faham kenapa?”
Bila mendengar Shah ketawa sinis,hati Amani betul-betul
hancur lebur.Apa yang buat Shah berubah sebegini rupa?Mana Shah yang dia kenal
dulu?
“Buat apa nak suruh Shah terangkan kenapa sedangkan Amani
dah sah bergelar isteri dia?Tak guna dah nak terangkan semua tu.Lepas ni tak
payahlah nak call Shah lagi.Amani sendiri dah buat keputusan untuk pilih dia
daripada adik kembar Amani sendiri kan?”
“Shah,jangan buat saya macam ni.”
“Shah dah pernah bagitahu Amani sebelum ni,Amani pilih je
lelaki tak guna tu jadi suami,Amani akan kehilangan Shah.”
Shah terus memutuskan talian selepas menuturkan kata-kata
yang begitu menyakitkan kepada kembarnya sendiri.Ya Allah,apa yang membuatkan
Shah berubah?
“Amani,kenapa awak berdiri dekat tengah-tengah panas
macam ni?”
“Myra..Saya dah kehilangan Shah,apa yang saya dah buat
ni?”
“Amani,cool down..Shah
tu tengah marah,tu yang macam-macam yang dia cakap walhal dia langsung tak ada
niat nak cakap macam tu.”
“Saya tak faham,Myra.Apa yang buat dia benci sangat
dengan Amsyar?Ada sesuatu yang dia tahu dan dia tak bagitahu saya?”
Myra menepuk bahu sahabat karibnya perlahan.Apa sebenarnya
masalah Shah tu?Tiba-tiba saja buat perangai kebudak-budakkan.Sebelum ni dia
elok tak ada apa masalah pun tapi kenapa bila Amani buat keputusan untuk
berkahwin dengan Amsyar,dia membantah sekeras-kerasnya?
“Sabarlah Amani,mungkin dia ada masalah dekat sana.”
“Harap-harap macam tulah.”
Sebulan selepas bergelar isteri Amsyar,hidup Amani betul-betul
bahagia.Setiap harinya dipenuhi dengan gelak tawa.Rumah mereka tak pernah sunyi
dengan gelak tawa mereka.Tak ada satu hari pun Amani rasa sunyi atau
sedih.Segala benda dalam rumah tu Amsyar yang lakukan untuk Amani.
“Hello,assalamualaikum
ummi.”
“Wa’alaikumussalam..Amboi anak ummi ni.Baru nak call ummi hari ni.”
“Alah,ummi..Tak sengajalah.Ummi,Amani sebenarnya dengan
Amsyar dah on the way balik rumah
ummi.”
“Budak bertuah!Kenapa lambat bagitahu ummi?Boleh ummi
masak siap-siap.”
“Tak payah susah-susah,ummi.Malam ni kita makan luar
nak?”
“Nak makan dekat mana?”
“Cafe Papa Daus nak tak?Lama betul tak jumpa Papa Daus.”
Kebetulan tepat-tepat Amsyar dengan Amani tiba di hadapan
rumah ummi,teksi dari Klia pun berhenti di hadapan rumah.Siapa pula yang
datang?Amani hampir-hampir tak percaya apa yang dia lihat dengan mata kepala
dia sendiri.Shah balik??!
Shah yang terperasaan kehadiran kembarnya dengan suami di
hadapan rumah keluarga mereka langsung tak menoleh walaupun sesaat pada mereka
dan terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan beg pakaiannya.
“Hah,tengoklah adik sayang yang sayang bangga-banggakan
sangat tu.Bukannya nak menyapa kita dekat depan dia ni.Boleh pula terus
menonong masuk dalam rumah.Baik sangatlah tu perangai dia.Kalau dia tu adik
abang,dah lama dah abang rembat dia.”
“Abang jangan sesekali berani nak sentuh adik saya.Saya
tak kisahlah abang ni suami saya ke tak,tapi kalau abang berani nak usik adik
saya jangan haraplah saya nak berdiam diri.”
Amsyar terdiam bila mendengar isterinya menuturkan kata-kata
sebegitu rupa padanya.Ni ke isteri yang aku jaga dengan baik selama ni?Jentik
langsung tidak tapi dia berani keluarkan kata-kata ugutan pada aku?
“Dahlah,saya nak masuk dulu.Kejap lagikan nak keluar.”
Waktu Amani melangkah masuk ke dalam rumah,ummi tengah
berpelukan dengan anak lelakinya yang tinggal seorang itu.Ummi benar-benar
rindukan Shah nampaknya.Ingatkan selama ni ummi diam,ummi tak ingat pasal Shah
rupanya sangkaan dia silap.
“Assalamualaikum,semua.”
“Wa’alaikumussalam.Kakak!”
“Ya,Hawa ni suka sangat menjerit macam ni.Karang lari
bakal mak mertua.”
“Eh,tolong sikit eh.”
“Hawa ni memang ada ciri-ciri bini tarzan kan,Amani?”
“Tahu tak apa,ummi..”
Malam tu Shah terpaksa ikut mereka sekeluarga makan di
cafe Papa Daus atas desakan ummi.Dia kalau boleh tak nak terpandang pun lelaki
tak guna tu.Entah macam manalah dia buat sampai dia diterima dalam keluarga ni
dengan mudahnya?Dia orang langsung tak perasan ke Amsyar tu hanya berpura-pura?
“Shah nak makan apa?”
“Apa-apa pun okey,ummi.”
“Ummi orderkan
apa-apa sahajalah ya?”
Shah hanya menggangguk sebelum meminta diri untuk
menjawab panggilan telefon.Amsyar hanya memandang dengan hujung mata sahaja ke
mana Shah pergi.Kalau tak mengenangkan Amani dah bagi dia warning tadi,dah lama dia bangun pergi hempuk budak kurang ajar tu.Mujur
semujurnya kau tu adik isteri aku,kalau tak dah lama dah kau jalan.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment