DUA
TAHUN LEPAS ITU:
Hazrill pelik bila
melihat Alisya leka memandang dua orang kanak-kanak yang sedang leka bermain di
tepi pantai itu. Apa yang istimewanya budak-budak perempuan tu sampai Alisya
leka memandang? Tak cukup handsome ke
aku ni sampai dia tak nak pandang? Ni yang aku jealous ni. Eh, kejap. Tak akan dengan budak-budak kecil pun aku
boleh jealous? Dah tak betul ke apa
kau ni, Hazrill?
“Isya?”
Alisya
masih lagi leka memandang budak-budak di tepi pantai tu. Sesekali dia tersenyum
melihat teletah budak-budak tu. Comel sungguh mereka ni. Kalaulah aku ada anak
nanti, mesti anak-anak aku comel macam mereka ni.
“Alisya!!”
“Hah?
Apa?”
Alisya
terus mengurut dadanya sambil menjeling Hazrill dengan pandangan marah. Hisyh, mamat
inikan suka buat aku terkejut. Kalau aku terus ‘jalan’ macam mana?
“Janganlah
pandang aku macam nak telan. Apa yang seronok sangat kau pandang budak-budak tu?
Tak cukup handsome ke aku dekat tepi
kau ni sampai kau tak nak pandang aku? Kecilnya hati aku bila kau langsung tak
nak pandang aku. Bersusah payah aku angkut kau dari KL datang ke mari. Sedihnya,
aku ni macam tak dihargai…”
“Eleh,
gedik pula kau ni. Aku teringat waktu kecil-kecil dulu, Hazrill. Macam tulah
keadaan aku dengan Kak Sara. Sungguh, aku rindukan saat tu. Kalaulah aku boleh
undurkan masa semula, aku nak kembali ke saat aku dengan Kak Sara baik dulu.”
Setitis
demi setitis air mata Alisya jatuh membasahi pipi. Sungguh, seandainya dia
mampu mengundurkan waktu, dia nak kembali ke saat itu. Betapa rindunya dia pada
mereka.
“Isya,
aku betul-betul minta maaf.”
“Apasal
minta maaf kalau kau tak buat salah?”
“Aku
minta maaf sebab buat kau teringat hal semalam… aku kalau boleh tak nak tengok
kau menangis sebab aku rasa nak menangis sama bila kau menangis. Tapi nampaknya
aku asyik buat kau menangis.”
Alisya
terus mengesat air matanya sambil tersenyum. Hazrill iinikan, mana ada dia buat
aku menangis. Dia buat hidup aku lebih gembira dan buat aku tidak terlalu
merindui mereka. Dia juga buat aku melupakan dendam di hati ini.
“Mana
ada macam tu... kaukan ceriakan hidup aku ni.”
“Hah?
Betul ke? Alhamdulillah, akhirnya aku mampu mendengar kata-kata macam tu keluar
dari mulut kau.”
“Kau
iinikan macam budak-budak. Tapi dalam hal ni, kau lagi teruk mengalahkan
budak-budak.”
Hazrill
terus membuat muka sedihnya. Sebenarnya bukan sedih sangat cuma dia sengaja
mengada nak minta Alisya pujuk. Rindu pula pujukan si Alisya ni… dekat sana
mana ada Alisya nak pujuk dia ketika dia merajuk or sedih.
“Yalah,
aku tahu aku memang teruk.”
“Dah,
mula buat muka lima sen dia tu.”
Senyuman
di bibir Alisya membuatkan Hazrill terpukau. Lama sungguh dia tak nampak Alisya
senyum sebahagia tu.
“Hey,
termenung pula kaukan? Kau dengar tak?”
“Hehe,
kau cakap apa?”
Alisya
menggelengkan kepalanya perlahan. Susah betul nak cakap dengan Hazrill ni. Kalau
kesabaran dia tak terbang bila bercakap memang tak sah agaknya?
“Aku
cakap... awek slow kau tu tahu ke yang aku ikut kau bercuti ni?”
“Hurmm...”
“Hurm
apa?”
“Dia
tahu. Dia pun ada sekali dekat sini...”
Alisya
terdiam mendengar jawapan Hazrill itu. Jadi gadis bertuah tu adalah di tempat
ini? Entah-entah mereka sudah berjanji nak bercuti bersama dan dia hanyalah
penyibuk di antara mereka?
“Lah,
kalau awek kau ada bercuti dekat sini
buat apa kau ajak aku. Nanti buat ribut sahaja kalau awek kau jealous.”
No comments:
Post a Comment