AIR
mata
Hazrill terus menitis sebaik sahaja dia mengazankan anak-anaknya. Ya
Allah, dia bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk menjadi ayah
kepada anak-anaknya. Pandai sungguh isterinya memberi kejutan
kepadanya.
“Sayang…
terima kasih sebab beri bee
peluang
untuk menjadi seorang ayah pada anak-anak kita.”
“Bee
suka
tak dapat anak kembar macam ni?”
Hazrill
terus mencuit hidung isterinya sambil tersenyum bahagia. Geram
sungguh dia bila melihat kenakalan isterinya itu. Kalau tak
memikirkan keadaan isterinya itu, mahu sahaja dipicit-picit hidung
isterinya itu. Nakal sungguh.
“Mestilah
bee
suka.
Pandai ya sayang bagi kejutan dekat bee
ya?
Patutlah sayang beria beli semua barang nak dua. Kenapalah bee
ni
slow
sangart?”
“Hai,
new
mummy
and daddy.”
Alisya
dan Hazrill terus menoleh ke arah pintu sebaik sahaja mendengar suara
Niessa. Dah sampai dah mak cik seorang ni... punyalah lama tak dengar
khabar berita. Entah ke manalah agaknya dia pergi selama ni.
“Hai,
Niessa… masuklah.
You datang
dengan siapa?”
“I
datang
dengan Adiff… dia ada dekat luar tu… mana baby?
Terujanya I
nak
tengok baby.”
“Nurse
hantar
kejap lagi… amboi, Niessa. You
dengan
Adiff ada apa-apa ke ni?”
Niessa
tersenyum malu sambil menundukkan kepalanya memandang katil. Macam
mana ya dia nak share
berita
ni pada kawan baiknya ya? Malu pula nak beritahu mereka.
“Adiff
mana?”
“Hai,
semua… sorry
lambat.”
“Hah,
panjang umur… Diff, kau dengan Niessa ni ada apa-apa ke?”
Adiff
menoleh ke arah Niessa yang masih lagi tunduk memandang lantai. Dia
tak beritahu mereka apa-apa ke? Ingatkan Niessa dah beritahu Alisya.
Yalah, Alisyakan kawan baik dia. Kalau boleh semua benda nak dishare
dengan Alisya.
“Sayang
tak beritahu lagi ke?”
“Sayang?!”
Adiff
menganggukkan kepalanya sambil menggenggam erat tangan Niessa.
Hazrill dan Alisya yang sedang memerhati terkedu melihat Adiff dengan
selambanya memegang tangan Niessa.
“Sebenarnya,
kami dah nikah.”
“What?!”
Alisya
terus memandang ke arah Niessa yang masih lagi menundukkan wajahnya.
Niessa dah kahwin? Dia langsung tak beritahu aku yang dia dah kahwin?
Seriously?
Kawan apa namanya ni kalau kahwin tapi langsung tak beritahu aku?
“Bee,
Isya
nak rehat…”
“Sayang
nak rehat? Okay,
kalau macam tu bee
ajak
mereka keluar dulu.”
Alisya
mengangguk dan terus merebahkan badannya di atas katil. Dia bukannya
tak suka Adiff berkahwin dengan Niessa… sekarang ni, dia hanya
kecewa dengan Niessa kerana sorokkan hal yang sepenting ni padanya.
“Sayang
rehat dulu ya?”
NIESSA
menundukkan
kepalanya memandang lantai. Dia tahu Alisya marahkannya sebab tu
Alisya tak mahu berjumpa dengan dia sekarang ni. Dia bukannya sengaja
nak menyorokkan tentang hal perkahwinannya itu. Perkahwinannya itu
pun berlaku secara mengejut dan langsung tak dirancang.
“Macam
mana kau dengan Niessa kahwin ni? Kenapa aku langsung tak tahu
apa-apa ni?”
“Kami
kahwin atas permintaan family
Niessa.”
Hazrill
menganggukkan kepalanya perlahan. Walaupun dia tak faham apa
sebenarnya yang berlaku, dia tetap menyokong keputusan Adiff and
Niessa
itu. Mungkin sudah jodoh mereka.
“Aku
tak kisah cumanya isteri kau kenalah pujuk isteri aku tu. Alisya tu
bukannya tak suka kau berdua kahwin, dia cuma terkilan sebab isteri
kau tu langsung tak beritahu dia pasal ni.”
“Aku
ingatkan isteri kau tak suka aku kahwin dengan Niessa.”
“Taklah.
Macam yang aku cakap tadilah, dia tu terkilan sahaja. Yalah, kalau
boleh semua benda mereka nak share
bersamakan?”
“Sayang,
janganlah risau okay?
Nanti kita jumpa dia ya?”
Niessa
mengeluh perlahan sambil menganggukkan kepalanya. Dia kenal kawan
baiknya itu. Kalau wanita itu sudah berkecil hati, susah nak
memujuknya kembali. Begitu juga dengan Azie dan Fieda.
“Jangan
fikir sangat pasal Alisya tu, Niessa. Dia tengah terkejut tu…”
“You
sendiri
sedia maklum tentang perangai Alisyakan?”
“Ya,
I
tahu
tapi percayalah cakap I…
Alisya
yang dulu bukanlah Alisya yang sekarang. Dia dah berubah, Niessa.”
“Entahlah,
Hazrill… I
tak
pasti.”
Adiff
menepuk bahu isterinya perlahan. Semoga apa yang dikatakan oleh
Hazrill itu ada betulnya. Kesian pula dia melihat isterinya dalam
keadaan susah hati sebegini.
“Niessa,
ni Alisya ada sms
I...
dia nak jumpa you
sekarang.”
Niessa
terus membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Alisya itu. Dia nak
tengok betul ke apa yang dikatakan oleh Hazrill… dia takut Hazrill
hanya berkata sebegitu kerana nak sedapkan hatinya sahaja.
“Pergilah
sekarang… kami tunggu you
dekat
sini.”
“Pergilah,
sayang…”
Sewaktu
Niessa melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Alisya itu,
tangan dia terasa menggeletar. Agaknya apa yang Alisya nak cakap
padanya? Marah dia? Memaki hamun dia? Atau nak putuskan persahabatan
mereka ni?
“Isya,
you
nak
jumpa I?”
Alisya
yang sedang mengusik anaknya yang tengah tidur itu terus menoleh
sebaik sahaja mendengar suara Niessa. Cepatnya dia datang…
“Hurm,
duduklah.”
“Isya,
I’m
so sorry…I tak
ada niat langsung nak sorokkan hal ni…I
dengan
Adiff nikah pun secara tiba-tiba. Parent
I balik
dari Scotland and
terus
suruh kami nikah. I
betul-betul tak ada niat langsung nak sorokkan hal ni pada you.
Isya, please…
maafkan
I…”
“I
pun
nak minta maaf sebab tak ada waktu you
nikah.
I
sebenarnya
ajak you
datang
sini sebab nak kenalkan dekat babies
ni…”
Niessa
terus melangkah menghampiri katil untuk melihat anak Alisya dan
Hazrill. Ya Allah, comelnya … tapi, kenapa ada dua orang? Bukan ke
patutnya seorang sahaja? Baby
siapa
yang lagi seorang tu?
“Err,
kenapa ada dua ni?”
“I
mengandung
kembar… Niessa, lepas ni you
jangan
buat macam ni lagi ya? Kalau ada apa-apa, you
kena
beritahu I.
Kitakan
kawan, I
sedihlah
bila you
tak
beritahu I
perkara
sepenting ini.”
“I
janji,
Isya… lepas ni semua benda, I
akan
pastikan you
orang
pertama yang tahu.”
“So,
bila
nak beritahu public?
Apa plan
you sekarang?
Bersara dari dunia you
tu
atau apa?”
Niessa
hanya mengeluh sahaja tanpa mahu memberikan apa-apa comment
tentang
hal tu. Bersara dari dunianya tu? Sanggup ke dia tinggalkan dunia
glamournya
itu? Memang Adiff tak ada cakap apa-apa tentang hal itu... tapi macam
mana kalau suaminya itu menyuruhnya meninggalkan semua itu?
“I
belum
bersedia lagi nak bersara… lagipun Adiff dengan I
belum
bincang apa-apa lagi pasal ni.”
“Apa
pun keputusan you,
I
tetap
akan sokong.”
“Thanks,
Isya…”
Alisya
menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Apa pun keputusan Niessa,
dia tetap akan menyokong gadis itu seratus peratus tanpa rasa sangsi.
Dia yakin Niessa lebih tahu sesuatu yang baik atau buruk dalam
hidupnya.
“Kalau
ikut perancangan, maybe
kami
akan buat majlis resepsi perkahwinan kami dalam tiga bulan lagi…
tapi majlis tu majlis tertutup. Hanya family
and kawan
terdekat sahaja yang dijemput.”
“Kenapa
buat majlis tertutup sahaja?”
“I
buat
majlis kecil sahaja, Isya… lagipun kena fikir juga pasal kesihatan
nenda.”
“Ya
tak ya juga… mujurlah waktu tu I
dah
habis pantang. Kalau tak, tengok orang makan sedap sahajalah waktu
tu.”
ALISYA
mengeluh
bosan sebaik sahaja melihat lauk yang disediakan oleh ibu untuknya
pada hari pertama dia berpantang di rumah ibu. Ya Allah, tak ada lauk
lain ke yang boleh dia makan? Kenapalah tak boleh makan fries
or whatever yang
menyelerakan sikit?
“Sayang,
kenapa tak makan lagi?”
“Bee,
boleh
tak Isya nak makanan lain? Tak sedaplah lauk ni…”
“Bee
masakkan
makanan lain ya?””
Hazrill
terus menuju ke dapur untuk memasak hidangan lain untuk isterinya.
Apa aku nak masak ya? Nasi goreng or
bubur?
Kenapalah otak aku jadi blank
ni?
“Bee,
nak
ayam masak merah.”
“Okay,”
Hazrill
terus mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan dari peti sejuk.Apa
lagi bahan yang perlu ada dalam ayam masak merah ya? First
time nak
masak ayam masak merah untuk isterinya.
“Kamu
nak buat apa tu, Hazrill?”
“Nak
masak untuk Isya, ibu…”
“Nak
masak untuk Isya? Kan ibu dah siapkan makanan dia dekat atas meja
tu…”
Hazrill
terus menggaru pipinya yang tidak gatal. Macam mana aku nak cakap
dengan mak mertua aku ni? Memanglah mak mertua aku dah siap masak
untuk Alisya tapi masalahnya sekarang, isteri aku tu tak nak makanan
tu.
“Kalau
Rill masak makanan lain boleh tak, ibu? Kesian pula Isya kalau makan
tu.”
“Dah
namanya lauk berpantang, memanglah macam tu rupanya. Alisya tu tak
boleh makan benda bergoreng… benda-benda gatal pun tak boleh
makan.”
“Ala,
ibu… Isya nak makan ayam masak merah.”
“Ya
Rabbi… jangan nak mengada, Alisya. Kamu tu baru sahaja bersalin…
makan kena pantang. Bila nak sihat kalau makan main redah sahaja?
Dah, Hazrill… simpan semua tu. Jangan ikut sangat kehendak isteri
kamu ni. Pergi makan apa yang ibu dah masakkan tu.”
Alisya
terus melangkah keluar dari dapur dengan mata yang berkaca-kaca. Tak
akan ibu nak aku makan ni sahaja? Kejamnya ibu... semua boleh makan
sedap-sedap, kenapa aku tak boleh? Macam mana aku nak tahan selama
empat puluh empat hari ni?
“Sayang,
sayang makan apa yang ibu masak ya?”
“Tak
nak… kenapa Isya tak boleh makan apa yang orang lain makan? Isya
nak makan ayam masak merah.”
“Sayang
kena pantang… kalau sayang tak pantang, lagi lambatlah sayang nak
sihat. Ibu kata semua makanan ni berkhasiat untuk sayang tahu?”
“Macam
mana Isya nak makan makanan ni selama empat puluh empat hari, bee?
Bee tak
kasihankan Isya ke?”
Hazrill
dah mati kutu mahu memujuk isterinya itu. Kalau ikutkan hatinya, mahu
sahaja dia beri isterinya makan apa yang isterinya mahukan tapi
masalahnya dia tak boleh. Tapi tak sampai hati pula tengok isterinya
itu menangis.
“Apa
kata macam ni... selama empat puluh empat hari ni bee
akan
makan makanan yang sama dengan sayang. Nak tak? Bee
janji
bee
tak
akan makan makanan lain atau minum minuman yang sayang tak boleh
makan buat masa ni.”
“Betul
ni?”
“Betul,
sayang… pernah ke bee
tipu
sayang?”
Alisya
menganggukkan kepalanya lemah sebelum duduk di meja makan. Ya Allah,
tak lalunya dia dengan makanan ni… kenapa mesti makanan ni?
“Bee
suap
ya? Kita makan sama-sama.”
Ibu
yang kebetulan lalu di meja makan hanya menggelengkan kepalanya
melihat kerenah anaknya itu. Manja bukan main anaknya ini selepas
kahwin. Baru terserlah kemanjaannya yang selama ni disorokkan dari
pengetahuan mereka.
Bersambung...
© 2012 - 2025 yjanie.blogspot.com - All Rights Reserved.
No comments:
Post a Comment