SETELAH
hampir
lima bulan bergelar isteri, Alisya akhirnya disahkan mengandung.
Siapa sangka dia demam selama seminggu ini kerana dia mengandung? Tak
sabar nak beritahu berita gembira ni pada Hazrill. Agaknya macam mana
ya reaksi suaminya itu nanti?
“So,
macam mana Isya?”
Alisya
tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Ya Allah, dia tak sangka
yang dia akan diberi peluang untuk menjadi seorang ibu. Perutnya yang
masih kempis itu diusap perlahan. Mampu ke dia menjadi seorang ibu
yang baik untuk anaknya yang bakal lahir ini nanti?
“Congrats,
dik… kalau ibu tahu mesti ibu suka ni.”
Kak
Sara terus menghubungi ibu untuk memaklumkan berita gembira ni.
Bertambah lagilah cucu ibu lepas ni. Tak sabar nak tunggu Alisya
bersalin, mesti anak dia comel macam muka Alisya. Kalau ikut muka
Hazrill pun not
bad
juga.
“Hello,
assalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam,
kenapa Sara call
ibu time
macam ni? Kamu tak kerja ke?”
Kak
Sara terlompat-lompat tak sabar nak beritahu berita gembira itu.
Agaknya macam mana reaksi ibu ya? Terujanya!!!
“Kerja
tapi keluar teman Isya sekejap… ibu, Isya ada berita gembira untuk
kita semua…”
Alisya
hanya memandang kakaknya yang sedang teruja itu sambil menggelengkan
kepalanya perlahan. Aku yang baru first
time
mengandung, dia yang terlebih teruja? Kak Sara ni sama sahaja dengan
Hazrill… over.
“Isya
pregnant,
ibu…”
“Hah?
Betul ke? Alhamdulillah, Isya macam mana?”
“Ibu
nak cakap dengan Isya ke? Kejap ya.”
Kak
Sara terus menghulurkan handphonenya
pada Alisya yang sedang membelek ubat yang diambil di farmasi tadi.
Bila pula dia pergi farmasi ya? Kenapa aku langsung tak perasan?
Teruja sangat bercakap dengan ibulah ni.
“Ibu
nak cakap.”
“Assalamualaikum,
ibu.”
“Wa’alaikumussalam.
Isya, tahniahlah ya… dah berapa bulan? Kamu sihat tak? Doktor cakap
apa tadi? Hazrill dah tahu dah? Lelaki ke perempuan, Isya?”
Alisya
tergelak bila mendengar soalan demi persoalan yang keluar dari mulut
ibu itu. Ya Allah, ibu… teruja betul ya? Belum apa-apa dah tanya
pasal jantina.
“Ibu,
baru dua bulanlah… belum tahu lagi lelaki ke perempuan.”
“Apa-apa
pun tahniah sekali lagi… kalau Isya nak makan apa-apa, beritahu ibu
terus. Nanti ibu boleh masakkan and
terus bagi dekat Isya.”
“Terima
kasih, ibu. Tak payah risaukan Isyalah, ibu … menantu ibukan ada…”
Ibu
tergelak mendengar kata-kata Alisya itu. Terlupa pula dia pada
menantunya itu. Alhamdulillahlah, dua-dua menantu dia tu boleh
diharap orangnya. Tak perlulah dia risau kalau menantu dia ada.
“Ha’ahlah,
terlupa pula ibu. Abah dah tahu ke ni?”
“Belum…
tapi abah tahu Isya dengan Kak Sara pergi klinik ni.”
“Okaylah,
nanti ibu beritahu abah… Isya jangan buat kerja berat-berat ya?
Kalau tak larat, jangan dipaksa. Tak nak stress
okay?
Kalau nak apa-apa, Isya boleh call
ibu kalau Hazrill busy.
Oh ya, tolong pesan dekat kakak kamu tu… jangan nak lasak sangat.
Mentang-mentanglah dah habis pantang, jangan ingat yang dekat dalam
tu dah elok.”
Alisya
tergelak sambil memandang ke arah Kak Sara yang sedang mengunyah
chocolate
Cadbury. ibu
ni macam tahu-tahu sahajakan anak dia buat apa?
“Inshaallah,
ibu. Okaylah, ibu. Isya nak drive
ni. Kalau ada apa-apa, Isya beritahu ibu. Assalamualaikum.”
“Yalah…
waalaikumussalam.”
ALISYA
tiba
di office
Hazrill tepat jam lima. Dia sengaja datang ke situ untuk memberi
kejutan pada sang suami. Agaknya suami dia tu ada dekat office
tak? Kalau boleh dia tak naklah call
suami dia. Nanti hancur pula rancangannya.
Hadiah
di tangan dipeluk erat. Walaupun dia tak larat sangat tengah hari
tadi, dipaksakan juga dirinya untuk mencari hadiah untuk sang suami
sempena dengan berita gembira ni. Tak sabar pula nak melihat reaksi
dia.
“Eh,
Alisya… datang nak jemput Hazrill ke?”
Alisya
terus tersenyum bila Adiff menyapanya. Ya Allah, kacaknya ciptaanMu
ini… Kalau aku belum kahwin lagi, mesti aku jatuh hati dengan dia.
Macam yang Niessa rasakan sekarang ni. Agaknya apa perasaan Adiff
pada Niessa ya? Berbalas tak cinta Niessa agaknya?
“Eh,
hai Adiff… saya sengaja nak bagi surprise
dekat dia. Dia ada tak?”
Adiff
menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Dah lima bulan dia tak
jumpa isteri Hazrill tu, agak berisi juga ya sekarang? Memang lepas
kahwin semua orang akan kelihatan berisi?
“Ada
dekat dalam office.
Pergilah masuk. Saya balik dulu ya?”
Adiff
terus melangkah menuju ke lif selepas bertegur sapa dengan Alisya.
Dia sudah berjanji nak belanja Niessa makan jika dia berjaya dapatkan
tender
untuk company
dan hari ni dia akan kotakan janjinya dengan wanita itu.
“Ya
Allah, dah terlambat ni. Macam mana kalau dia dah sampai?”
Alisya
yang memandang ke arah Adiff dengan pandangan yang pelik. Kenapa
Adiff macam kelam kabut sahaja? Ada kecemasan ke?
“Eh,
terlupa pula tujuan asal aku datang sini.”
Sewaktu
Alisya menolak pintu office
Hazrill, senyuman di bibirnya terus mati bila melihat Maisara sedang
memeluk Hazrill. Terus terlepas kotak hadiah di tangannya melihat
senario di hadapannya itu.
“Bee!”
Hazrill
cepat-cepat menolak badan Maisara yang sedang memeluknya. Ya Allah,
minta-minta isterinya itu tak salah faham tentang hal itu. Bukan dia
yang memeluk Maisara. Wanita itu yang tiba-tiba sahaja memeluk dia.
“Sayang…
bee…”
Alisya
terus melayangkan tangannya ke muka Maisara sebaik sahaja wanita itu
dihampiri. Dasar perempuan tak tahu malu! Suami orang pun masih lagi
nak digodanya.
“Apa
lagi yang kau nak hah? Tak cukup kau nak pisahkan kami dulu?!”
Maisara
terus memegang pipinya sambil tangan kirinya memegang tangan Hazrill
namun cepat-cepat Hazrill menepis. Dia sengaja buat sebegitu kerana
mahu Alisya sakit hati. Dia nak Alisya rasa apa yang pernah dia
rasakan dulu.
“Abang…”
Hancur
lebur hatinya bila mendengar Maisara memanggil suaminya dengan
panggilan abang. Patutlah dia tergerak hati nak datang ke office
suaminya. Tak sangka pula dia akan dapat melihat kecurangan suaminya
di sini.
“Patutlah
Isya tergerak hati nak datang sini… Isya tak sangka… Isya
betul-betul kecewa dengan bee!”
Maisara
hanya tersenyum melihat Alisya berlari meninggalkan office
Hazrill. Walaupun pipi dia sakit ditampar, hati dia puas melihat air
mata Alisya. Ini baru sikit, Alisya… aku tak akan berhenti sakitkan
hati kau selagi aku masih bernyawa.
“Maisara!
Apa awak buat ni?”
Maisara
terus mencapai tangan Hazrill namun Hazrill segera merentap
tangannya. Dia tak sudi disentuh oleh wanita lain selain isterinya.
Tangan ni… hanya Alisya sahaja yang boleh pegang.
“Abang…
saya sayangkan abang… please,
jangan buang saya. Saya sanggup berubah demi abang.”
Maisara
terus memeluk Hazrill seerat yang mungkin. Walaupun Hazrill
berterusan menolaknya, dia tetap tidak akan putus asa. Hazrill akan
jadi miliknya. Miliknya seorang dan bukannya Alisya atau sesiapa pun!
“Saya
dah ada isteri, Maisara. Saya hanya perlukan isteri yang bernama
Alisya sahaja dalam hidup ni. Saya minta sangat dekat awak, tolong
keluar dari office
saya sekarang.”
“Saya
tak akan putus asa, abang… saya akan tetap berusaha sampai abang
terima saya balik. Saya sanggup hidup bermadu, abang. Tolonglah saya,
abang. Dulu, saya terlalu ikutkan telunjuk Nadzrin… saya terpesong
jauh. Please,
abang… saya sanggup buat apa sahaja untuk abang.”
“Tak,
Maisara… hati saya hanya untuk Alisya. Saya tak pernah ada apa-apa
perasaan pada awak. Dulu tu sebab awak perangkap saya. Sekarang ni
tolong keluar dari office
saya. Jangan pernah sekali pun awak jejak office
saya lagi. Lepas ni kalau awak datang juga, saya tak akan
teragak-agak panggil guard
untuk halau awak.”
“Saya
tetap tak akan berputus asa. Abang hak saya… macam mana cara
sekalipun, abang tetap hak saya.”
Maisara
terus mencapai handbagnya
dan terus melangkah keluar dari office
Hazrill dengan angkuhnya. Aku pasti akan rampas kau semula dari
Alisya. Aku yakin waktu tu akan tiba. Aku nak kau rasa betapa
sakitnya ditinggalkan orang yang kau sayang. Aku nak kau rasa macam
mana sakitnya yang aku rasa bila Nadzrin tinggalkan aku sebab kau!
“Kau
tunggulah, Alisya… aku akan pastikan kau jatuh terduduk!”
HAZRILL
tiba
di rumah tepat jam lima setengah. Macam orang gila dia bawa kereta
untuk sampai ke rumah secepat yang mungkin. Entah berapa lampu merah
dia langgar hari ni, dia sendiri tak perasan.
“Sayang…”
Hazrill
terus memanjat ke tingkat atas untuk mencari isterinya di bilik tidur
namun sebaik sahaja dia sampai, bilik tidurnya kosong! Ke mana Alisya
pergi? Dia tak cakap nak pergi mana-mana pun pada aku? Dia marahkan
aku ke?
“Sayang…”
Lepas
puas mencari isterinya di ruang atas, Hazrill melangkah menuruni
tangga untuk ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang terasa kering.
Kenapa agaknya aku asyik rasa mual sahaja ni? Nak demam ke apa ni?
Berjangkit dengan Alisya kot.
“La…
sayang dekat sini rupanya.”
Alisya
hanya mendiamkan diri dan terus menyuap fries
ke dalam mulutnya. Kalau ikutkan hati dia yang sakit ni, mahu sahaja
dia pulang ke rumah orang tuanya. Tapi dia tak mahu jadi isteri yang
nusyuz pula kalau keluar rumah tanpa kebenaran suaminya. Tak berkat
nanti hidupnya.
“Sayang,
bee
nak terangkan pasal salah faham tadi. Bee
tak tahu kenapa dia datang office
bee.
Macam mana dia tahu office
bee
pun bee
tak tahu. Tiba-tiba sahaja hari ni dia muncul and merayu dekat bee
agar terima dia semula…”
“Isya
tak nak dengar.”
Waktu
Alisya nak bangun dari duduknya, Hazrill cepat-cepat menarik
tangannya dan menyuruhnya duduk semula. Kalau isterinya tak dengar
penjelasannya hari ni, macam mana dia nak uraikan semua salah faham
ni?
“Lepas.”
“Dengar
dulu apa yang bee
nak cakap ni.”
“Nak
dengar apa? Dah cukup apa yang Isya dengar dan nampak tadi. Dia nak
bee
terima dia balik…
so?
Rasanya dah cukupkan.”
“Bee
tak nak dia, bee
hanya nak sayang sahaja. Lepas tu dia tiba-tiba sahaja peluk bee.
Belum sempat bee
tolak, sayang dah datang… please,
sayang. Percayalah cakap bee
yang bee
dengan dia langsung tak ada apa-apa hubungan. Bee
hanya perlukan sayang sahaja dalam dunia ni.”
Alisya
menarik semula tangannya dari dipegang oleh suaminya. Kalau boleh
hati dia memang nak percaya pada suaminya itu namun akalnya melarang.
Sekarang ni dia perlukan masa untuk bersendirian.
“Isya
nak percaya cakap bee
tapi susah… dah banyak kali bee
janji…”
Hazrill
terus melutut di hadapan Alisya sambil memegang kedua-dua tangan
isterinya itu. Dia betul-betul tak ada apa-apa perasaan pada wanita
lain selain isterinya itu. Dia sanggup buat apa sahaja untuk
membuktikan kata-katanya.
“Tolonglah
percayakan bee
lagi sekali. Sekali sahaja bee
minta.”
“Last…
ini adalah yang terakhir. Sekali lagi bee
buat macam tu, Isya tak akan teragak-agak untuk keluar dari rumah
ni.”
“Ya,
sayang. Thanks,
sayang sebab percayakan bee.”
Alisya
terus mengesat pipi suaminya itu dengan hujung jarinya. Baby,
kenapa ibu kamu ni tak boleh nampak papa menangis ha? Ibu rasa macam
tak sampai hati nak marah papa kamu ni lama-lama.
“Bee…”
“Hurm?”
“Tak
ada apalah, Isya lupa pula apa nak cakap.”
Alisya
terus mendiamkan dirinya sambil memerhatikan suaminya yang sedang
menggigit burger
dengan lahapnya. Pasti suaminya itu belum makan lagi… nanti
sahajalah beritahu dia. Biarkan suaminya itu makan sehingga kenyang
terlebih dahulu.
“Kita
pergi rumah Kak Zita nak malam ni? Bee
rasa rindu pula dengan Mika.”
“Rumah
Kak Zita? Err, Isya baru ingat nak masak dekat rumah sebab Azie
dengan suami dia nak datang. Dia orangkan baru balik dari umrah…”
“Mereka
nak datang ke? Kenapa tak beritahu bee
awal-awal? Boleh kita pergi pasar sama-sama.”
“Tak
apa… Isya masak sahaja apa yang ada dekat dapur tu. Kalau bee
nak pergi rumah Kak Zita, bee
pergilah ya? Nanti ternanti-nanti pula si Mika tu.”
Hazrill
memandang wajah isterinya dengan perasaan serba salah. Hurm, macam
mana ni ya? Aku dah terjanji dengan Mika… tapi kalau aku pergi
sana, mesti lewat malam baru aku balik. Tak akan nak tinggalkan
Alisya seorang diri?
“Tapi
kalau bee
pergi, mesti bee
balik lewat.”
“Tak
apa, Isya tak kisah. Nanti kalau ada apa-apa, bee
call
lah ya? Nanti Isya datang sana.”
“Betul
ni?”
Alisya
menganggukkan kepalanya laju. Patut ke aku beritahu suami aku pasal
berita gembira ni ya? Kalau aku tak beritahu sekarang, bila pula aku
nak beritahu dia?
“Bee,
Isya
sebenarnya nak beritahu something.”
“Apa
dia, sayang?”
“Bee,
I’m pregnant.”
Terus
terhenti suapan Hazrill ketika itu. Senyumannya terus hilang hingga
membuatkan Alisya jadi takut nak dengar apakah reaksi suaminya itu.
Suami dia tu suka ke atau suaminya tak nak anak ni? Ya Allah, macam
mana kalau suami aku tak nak anak ni?
“Bee?”
“Pregnant?
Betul
ke apa yang bee
dengar
ni, sayang?”
“Ya,
Isya pregnant…
dah dua bulan.”
Lama
Hazrill mendiamkan diri sebelum dia merangkul tubuh isterinya dengan
erat. Ya Allah, dia betul-betul tak sangka yang dia akan diberikan
peluang untuk menjadi seorang bapa. Tak pernah dia fikirkan yang dia
akan menjadi seorang bapa.
ALISYA
mengeluh
kepenatan sebaik sahaja dia siap menghidang makanan. Ya Allah, rasa
tak larat pula nak berdiri lama-lama. Tapi kalau aku duduk, macam
mana benda lain nak siap? Hazrill dah balik rumah kakak dia tadi…
kalau dia ada bolehlah aku minta tolong sekejap.
“Assalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam…
lah, dah sampai dah? Jemputlah masuk Azie, Fahmi…”
Alisya
terus bersalaman dengan Azie sebaik sahaja Azie melangkah masuk ke
dalam rumah. Ya Allah, rindunya dia dengan pengantin baru ni. Punya
lama menyepi baru hari ni dia dapat jumpa mereka.
“Isya
sihat?”
“Alhamdulillah,
sihat… makin bertambah sihat sekarang ni. Fahmi, jemputlah duduk.
Isya nak pergi ambil air sekejap.”
“Mehlah,
Azie tolong.”
Azie
terus membontoti langkah Alisya ke dapur meninggalkan suaminya di
sofa. Rindu betul dia dengan Alisya. Nak juga dia tahu perkembangan
terkini sahabat-sahabatnya yang lain. Si Niessa tu dah berpunya ke
belum… si Fieda dah ada baby
lagi ke belum…
“Isya,
macam mana dengan kawan kita yang lain tu? Dia orang semua sihat? Ada
apa-apa cerita baru ke?”
“Niessa
dia sekarang tengah dalam proses nak berkenalan dengan Adiff tu… si
Fieda masih lagi tak tak ada apa-apa cerita. Anak dia makin debab
tahu? I?
Lagi tujuh bulan you
ready
hadiah okay?”
“You
pregnant
ke? Alhamdulillah… tak sabarnya nak tunggu. Nampaknya bukan I
seorang sahaja yang ada good
news.”
Dahi
Alisya terus berkerut. Good
news?
Good
news
apa yang dimaksudkan Azie? Kerja baru? Rumah baru? Menang loteri?
Tapi sejak bila pula Azie main loteri? Good
news
apa agaknya ya?
“Good
news?”
“Ha’ah…
Isya,
I’m pregnant…
tiga minggu.”
“Hah?
Betul ke? Alhamdulillah.”
Alisya
terus memeluk Azie sambil mengucapkan syukur. Ya Allah, siapa sangka
mereka disahkan pregnant
dalam masa yang sama. Patutlah muka Azie berseri-seri walaupun
sedikit penat.
“Nanti
bolehlah kita beli barang baby
sama-sama. I
lupa nak cakap dengan you…
Niessa dah on
the
way
datang ke sini. Fieda mungkin lewat sikit sebab suami dia ada
meeting.”
“Mereka
datang ke? Seronoknya dapat berkumpul macam dulu-dulu semula. Hazrill
apa khabar? Kenapa I
tak nampak dia dari tadi?”
“Hazrill
balik rumah Kak Zita… rasanya tu Niessa dah sampai tu. Jomlah kita
ke depan. Kesian pula suami you
tu kebosanan dekat depan.”
Azie
menganggukkan kepalanya sambil menatang dulang air untuk dibawa ke
depan sementara Alisya membawa piring berisi cake
yang sudah siap berpotong ke depan. Rasa macam tak cukup kuota pula
Hazrill tak ada dekat sini.
“Jemput
masuk, Niessa… Fieda. Anak Fieda mana?”
“Ada
dekat rumah nenek dia. Wah, sedapnya bau…”
Suami
Fieda terus bersalaman dengan Fahmi sebaik sahaja dia melangkah masuk
ke dalam rumah. Ingatkan dia seorang sahaja lelaki… nasib baiklah
suami Azie ada kalau tak mahu dia mati kutu duduk di sini seorang
diri.
“Assalamualaikum…”
“Bee?
Kata balik rumah Kak Zita?”
“Bee
ambil Mika sahaja ni… semua dah sampai ke?”
Mika
terus berlari menuju ke arah Alisya sebaik sahaja terpandang wajah
mak ngahnya. Rindunya dia pada mak ngahnya itu.
“Mak
ngah…”
“Mika…
Mika dah makan? Jom, makan sekali dengan mak ngah nak?”
Mika
menganggukkan kepalanya laju sementara Hazrill menggelengkan
kepalanya perlahan. Amboi Mika… dah jumpa mak ngah, dia buat tak
tahu sahaja dengan pak ngah dia. Sedihlah macam ni…
EQAL
membelek
glob
salji di hadapannya dengan penuh minat. Agak-agak dia suka tak kalau
aku belikan glob
salji ni untuk dia… walaupun janji aku nak bawa dia ke mari tak
tercapai, rasanya okey kot kalau aku belikan glob
ni sebagai ganti aku tak boleh bawa dia ke mari.
“Cantik
glob
ni… belikan untuk someone
special
ke?”
Eqal
terus menoleh ke sisinya bila mendengar suara Nuradha. Gadis ni
betul-betul suka buat dia terperanjatlah. Kemunculannya setiap masa
mesti secara tiba-tiba. Berapa banyak kali dia terperanjat dengan
kemunculan gadis itu.
“You
ni Adha, suka buat I
terkejut. Mujur tak terlepas glob
ni tahu?”
Nuradha
tersenyum sambil membelek glob
di tangan Eqal itu. Pasti orang yang bakal terima glob
ni someone
yang sangat special dalam hidup Eqal. Dia yakin dengan apa yang dia
rasa sebab waktu dia perhatikan Eqal membelek glob
ni, dia nampak muka Eqal berseri-seri.
“Apa
pendapat you
pasal
glob
ni,
Adha… okey tak kalau I
nak
bagi someone…”
“Girl
ke? Okay
sahaja…
who’s the lucky girl?”
“Yupp,
someone special
selain mummy
I
dalam hidup I…
I harap
dia suka dengan pemberian I.”
Nuradha
menganggukkan kepalanya perlahan. Jauh di sudut hatinya, dia terasa
cemburu pula bila mengetahui Eqal membelikan glob
salji
itu untuk someone
yang special
di dalam hidupnya. Kenapa Eqal tak pernah nampak aku ya? Apa lebihnya
perempuan tu dan apa kurangnya aku… rasanya dah terlalu banyak yang
aku buat tapi kenapa lelaki tu tak pernah nampak?
“You
pun nak glob
salji
ke? You
pilihlah mana you
nak… I
belanja.”
“You
nak belanja? Wah, kalau macam tu I
tak boleh tolak ni…”
` Eqal
menggelengkan kepalanya perlahan sambil memerhatikan Nuradha yang
sedang memilih glob
salji
untuk dirinya. Comel pula gadis ini… kelakuannya sangat mencuit
hati Eqal bila mereka berdua.
“Kalau
I
ambil yang ni okay
tak?”
“Cantik…
pandai you
pilih.”
Nuradha
berasa sedikit bangga bila Eqal memujinya. Bukan senang tahu nak
dengar lelaki itu memuji. Selama ini hanya kritikan yang menyakitkan
hati sahaja yang akan kedengaran dari mulut lelaki itu. Jadi bila
lelaki itu memujinya, tak salahkan kalau dia rasa sedikit banggakan?
“Tengoklah
siapa yang pilihkan?”
Eqal
terus membawa kedua-dua glob
salji
itu ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ya Allah, tak sabarnya nak
balik KL semula… rindu pada mummy
and
Alisya. Agaknya apa yang Alisya tengah buat sekarang ni ya? Dia ingat
tak dekat aku?
Lepas
selesai urusan pembelian, Eqal terus menyerahkan plastic
yang berisi glob
salji yang dipilih Nuradha kepada gadis itu semula. Bukan selalu dia
dapat belanja gadis itu membeli sesuatu…
“Ni
untuk you…”
“Thanks.
Eqal,
you
belum jawab lagi pertanyaan I
tadi… who’s
the lucky girl
yang akan dapat glob
tu?”
Eqal
tersenyum sambil memegang erat plastic
berisi glob
di tangannya. Siapa lagi someone
special
di dalam hidupnya selain mummy?
Sudah tentulah orang tu adalah Alisya. Alisya sangat special
di dalam hidupnya selepas mummy...
pintalah apa sahaja, pasti dia akan tunaikan. Dia sanggup lakukan apa
sahaja untuk Alisya. Apa sahaja dia sanggup buat.
“Alisya…
nama dia Alisya… Adha, jom teman I
lunch
nak? Tiba-tiba terasa lapar pula ni.”
Makin
bertambah cemburu pula Nuradha sebaik sahaja mengetahui siapakah
someone
special dalam
hidup Eqal itu. Setelah hampir tujuh bulan mereka berada di Japan,
baru dia tahu yang selama ini dia ada pesaing dalam diam. Siapa
agaknya gadis bernama Alisya itu ya? Hebat sangat ke dia sampai Eqal
dah tak nampak aku?
“Lunch?
Okay,
tapi dekat mana?”
“You
pilih tempat…”
Nuradha
menganggukkan kepalanya laju. Wah, tak sangka hari ni merupakan hari
yang bertuah untuknya. Tak sia-sia dia datang menegur Eqal tadi.
Nampaknya malam ni tak boleh tidurlah nampaknya sebab gembira…
lelaki yang dicintai dalam diam nak belanja dia makan. Terujanya!
“Nak
makan apa ya? Dah naik jemu dah makan makanan Jepun ni.”
“Hurm,
tahu tak apa… tujuh bulan menghadap benda yang samakan? You
balik
KL balik bila?”
“Balik
KL? Tak pasti lagilah… kalau I
balik
pun, bukannya ada sesiapa pun dekat sana. My
parent ada
dekat Hong Kong. Memang tak ada sebab untuk I
balik
KL semulalah.”
Eqal
hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Tak tahu pula dia yang
keluarga Nuradha tiada di Malaysia. Banyak juga rupanya tentang gadis
itu yang dia tak tahu…
“You
tak
rindu dengan apa yang ada dekat Malaysia ke?”
“Bohonglah
kalau I
kata
I
tak rindu dekat Malaysia. I
terlalu
rindukan makanan dekat sana… suasana dekat sana. Pendek kata semua
yang ada dekat Malaysia tu I
rindu.
You pula…
bila balik ke KL?”
“Mungkin
dua tiga minggu lagi. Tengok keadaan macam manalah. Kalau cuti I
diluluskan…
bolehlah I
balik
KL untuk jenguk mummy
I. You nak
ikut I
balik
KL?”
Bulat
terus mata Nuradha bila mendengar pelawaan Eqal itu. Dia ajak aku
ikut dia balik KL? Betul ke apa yang aku dengar ni? Lelaki yang aku
suka ajak aku balik KL dengan dia? Oh,
god… bahagianya
aku!
“Sure,
why not?”
Bersambung...
Maaf menganggu sis.. sis bila mahu sambung cerita suamiku pembunuh bersiri tu ye.. dh lama saya menunggu hrp sis dpt menyambung cerita tu semula...
ReplyDeleteinshaallah, sy akan cuba buat sambungan untuk cerita tu. terima kasih sbb sudi membaca :)
Delete