Hah?!!
Alhamdulillah. Mujur Alisya masih Alisya yang dulu, yang mudah dipujuk dan
mendengar kata. Hazrill betul-betul happy
bila Alisya mahu berbaik semula dengan keluarganya.
“Rill,
sebenarnya bukan mereka yang salah. Isya yang salah sebab terlalu mengikut kata
hati dan perasaan yang tengah marah. Nak tahu kenapa Isya batalkan hasrat Isya
nak berhijrah ke overseas? Isya
sebenarnya tak sanggup nak tinggalkan parent
Isya...”
“Baguslah
kalau macam tu.”
Hazrill
mengambil bagasi Alisya dan terus mengheretnya sebelum Alisya sempat menghalang.
Dia tak nak Alisya ambil peluang untuk lari lagi. Alisya ni mana boleh dijangka
apa yang akan dia buat.
“Hazrill,
sorry sebab tampar Rill semalam.”
“Ala,
tak apa. Lepas ni Rill tak akan berani nak tipu Isya...”
“Kenapa
pula?”
“Sakit
tahu Isya tampar tu.”
Alisya
tergelak mendengar kata-kata Hazrill tu. Alhamdulillah, selesai sudah semua
kemelut yang melanda keluarganya. Dan kini… dia dah tahu perasaan Hazrill
padanya. Alhamdulillah, dia tak bertepuk sebelah tangan.
“Rill,
betul ke apa yang Rill cakap tadi?”
“Cakap
apa?”
“Pasall
Rill bukan buat semua ni sebab simpati?”
Hazrill
menganggukkan kepalanya beberapa kali. Ya, dia buat semua ni bukan sebab
simpati tetapi dia buat semua ni sebab dia tak nak orang yang dia cintai ini merajuk
dengan keluarganya terlalu lama.
“Sebenarnya
Rill cintakan Isya dari dulu lagi… eh, jomlah kita jumpa parent Isya.”
Alisya mengangguk menyetujui rancangan Hazrill tu. Hal
mereka perlu ditolak ke tepi dahulu. Dia perlu settlekan hal ni dengan orang tuanya terlebih dahulu.
“Agak-agak ibu dan abah maafkan Isya tak?”
“Setiap ibu bapa akan sentiasa memaafkan anaknya jika
anaknya buat salah.”
“Hurm, Isya harap mereka pun akan maafkan Isya.”
Mereka betul-betul berhenti di hadapan pintu bilik yang
didiami oleh ibu dan abah Alisya. Alisya terus memandang Hazrill seakan meminta
kekuatan. Dia rasa dia tak boleh nak berjumpa dengan keluarganya hari ini.
“Kita jumpa mereka dekat KL lah.”
“Isya, mereka dah lama tunggu saat ini.”
Alisya tetap menggelengkan kepalanya. Dia tak ada
keyakinan untuk berdepan dengan orang tuanya hari ni. Dia perlu sedikit lagi
masa untuk mencari keyakinan dirinya semula.
“But, Isya tak ready lagi…”
“Tak apalah kalau macam tu.”
“Rill teman Isya jumpa mereka waktu birthday ibu next week
boleh?”
Hazrill mengangguk faham. Buat apa dia nak memaksa Alisya
jika Alisya tak bersedia lagi? Lagipun Alisya sendiri sudah meminta dia
menemani Alisya pulang waktu hari lahir ibunya next weekkan?
“Thanks sebab faham Isya.”
HAZRILL
sudah
setengah jam menunggu Alisya di luar rumah Alisya. Mana pula Alisya ni? Kata
tadi tengah siap-siap? Baru sahaja Hazrill mahu mengambil handphone di dalam kereta, Alisya tergesa-gesa memakai high heel
sambil memegang sebekas makanan.
“Sorry, Isya tak perasan Rill datang.”
Alisya
pelik bila Hazrill hanya mendiamkan diri dan memandangnya tidak berkelip. Dah
kenapa pula mamat ni? Kena sampuk ke apa ni tiba-tiba sahaja jadi macam ni?
“Hazrill?!!”
“Hah?
Apa dia?”
“Kenapa
pandang Isya macam ni? Muka Isya comot ke? Ke baju Isya ada terkoyak?”
Alisya
cepat-cepat membelek baju yang tersarung di badannya. Ada terkoyak ke? Rasanya
tadi waktu dia tengok depan cermin tak ada terkoyak dekat mana-mana. Muka comet
ke? Tak ada pula. Kasut sebelah lain ke? Tak ada juga.
“Isya
cantik sangat hari ni.”
Cantik?
Alisya merenung bajunya dengan perasaan pelik? Cantik apa ke bendanya? Dia
hanya memakai sepasang baju kurung dengan selendang yang dililit di kepalanya.
“Rill ni mesti banyak makan nasi kerabukan? Tu yang
selalu merapu tu…”
“Taklah, Isya… jujur Rill cakap yang Isya memang betul-betul cantik hari ni. Tak
pernah Rill nampak Isya secantik ni selama ni.”
Alisya mencebik sebaik sahaja mendengar kata-kata Hazrill
tu. Jadi selama ni dia tak cantiklah ya? Tak pernah nampak aku secantik ni
konon.
“So, selama ni
Isya tak cantiklah ya?”
“Selama ni Isya memang cantik tapi hari ni Isya terlalu
cantik dari biasa. Sejuk hati Rill tengok Isya macam ni.”
“Dah… tak payah nak puji Isya lebih-lebih. Jomlah, kita
gerak sekarang.”
“Dipersilakan masuk, tuan puteri.”
duhai lh alisya...nape leh jd cam neh lh plak!!!pabila hazrill udah merajuk kn diri baru ingatan alisya pulih..tlg lh alisya pujuk rill sampai senyum...tk nk lh sya ngan dr perasan bagus tuh!cian kat rill sesngt bawak hati yg lara dek kasih terputus tk kesampaian...try ur best n gud lux to u alisya,agar brjaya pujuk rill.........hehe nasib lh sya dh pulih ingatan...seblum trlmbt...
ReplyDeleteHahaha... kena sebiji kat Dr. Nadzrin. Cepat2 la Alisya dgn Hazrill berjumpa.
ReplyDeletethanks sudi bce naisma
Delete