SEBAIK
sahaja tiba di Mac Donald, Alisya
terus menoleh ke arah Hazrill. Dia suruh aku pakai cantik-cantik sebab nak ke
sini sahaja ke?
“Jomlah.”
“Isya
rasa macam tak sesuai sahaja pakai macam ni dekat sini...”
“Okey
sahaja, Rill tengok. Cantik macam selalu. Lagi pun hari iinikan hari istimewa
buat kita?”
Hah?!
Istimewa buat kita? Apa yang istimewanya kalau setakat makan dekat sini? Ah, pedulikan
sahajalah. Aku pun tengah lapar ni, tak kisahlah istimewa ke apa ke… yang
penting perut aku kenyang.
“Isya
duduk dulu dekat sini eh? Rill pergi order
sekejap.”
“Okey.”
Alisya
terus duduk di meja berhampiran dengan cermin. Mac Donald pun Mac Donaldlah,
dia pun tengah lapar. Asalkan dapat makan, cukuplah buat dia. Tapi apa yang
dimaksudkan dengan hari istimewa? Buat kita pula tu.
“Isya,
tujuan Rill bawa Isya jauh-jauh datang sini sebab Rill nak Isya dengar apa yang
Isya patut dengar.”
“Dengar
apa?”
“Isya
ingat tak tempat ni? Dekat sinilah Rill berkenalan dengan Isya. Waktu yang sama,
tarikh yang sama...”
Hah?!!
Alisya terus memandang sekeliling. Ya, betul! Meja yang kami duduk sekarang
adalah meja yang sama waktu kami first
time jumpa. Macam mana dia boleh lupa
tempat yang begitu bermakna buat kami?
“Makanan
yang Rill order pun sama. Hurm, waktu
tu Rill tengok ada budak perempuan yang sungguh menarik perhatian Rill. Dia
suka makan fries celup dekat ice cream, sama macam Rill juga. Walaupun
orang lain pandang pelik, dia buat tak tahu sahaja.”
“Oh,
dulu cakap Isya suka makan benda pelik tapi dia pun sama rupanya.”
Hazrill
hanya tergelak kecil mendengar kata-kata Alisya tu. Kalau bukan sebab tu, mustahil
dia dapat tegur Alisya. Disebabkan mereka berkongsi makanan kegemaran yang
samalah mereka jadi rapat macam ni.
“Hari
ni ulang tahun yang ke sembilan tahun, Alisya. Walaupun Rill jauh dekat overseas sana, Rill tetap meraikan hari
ni walaupun Isya tak ada dekat sisi. Sebenarnya, Isya… dari mula-mula Isya
masuk kampus lagi, Rill dah tertarik nak berkenalan dengan Isya cuma Rill malu
sebab Rill tak biasa dengan perempuan. Tapi hari tu, Rill berainikan diri untuk
menegur Isya. Waktu tu lagi Rill dah tahu yang Rill cintakan Isya tapi Rill
terlambat, Isya dah terima cinta Aidil lepas tu. Rill kecewa sebab Rill
terlambat tapi Rill nak Isya bahagia. So,
Rill cuba buang perasaan yang ada. Lepas tragedi tu jadi, Rill betul-betul
terkilan waktu tu sebab orang yang Rill harap percayakan Rill waktu orang lain
tak percayakan Rill berpaling daripada nak percayakan Rill. Sebab tu Rill buat
keputusan untuk pergi berhijrah.”
Alisya
menekup mulutnya bila mendengar cerita yang Hazrill sampaikan kepadanya. Ya
Allah, dia langsung tak tahu semua tu hanya fitnah semata-mata. Dia sepatutnya
percayakan lelaki itu dulu.
“Rill
sebenarnya dah dapat agak semua tu kerja Aidil sebab sebelum tu dia ada ugut
Rill supaya menjauhi Isya and semuanya dah terbukti benar bila Aidil sendiri
yang hubungi Rill untuk meminta maaf kerana pisahkan kita berdua. Rill memang
balik semula ke Malaysia atas permintaan dia tapi sumpah, Isya... Rill tak tahu
waktu tu apa yang terjadi. Aidil cuma cakap nak jernihkan hubungan kita. Bila
Isya bagi tahu Rill yang Aidil dah kahwin dengan Sara malam tu, Rill baru tahu
benda sebenar. Puas juga Rill desak Aidil untuk beritahu apa sebenarnya yang
berlaku barulah dia nak bercerita. And
dari situlah start aunty merayu minta tolong pujuk Isya
balik semula ke rumah. Rill betul-betul tak sampai hati nak menolak walaupun
Rill tahu kesannya nanti. Isya, Rill buat semua ni demi uncle dengan aunty and
langsung tak ada kena mengena dengan Aidil dengan Sara.”
“Rill,
Isya percayakan Rill. Cuma Isya nak minta satu sahaja, kita lupakanlah hal-hal
yang lama sebab Isya nak mulakan hidup baru tanpa ada bersangkut paut dengan
kisah lama. Please?”
“Kalau
itu yang Isya nak...”
Alisya
terus menikmati hidangan dihadapannya. Perut yang sudah lapar sudah mula buat concert. Suapannya terhenti bila melihat
Hazrill bermain-main dengan makanannya. Hurm, apa yang tak kena lagi dengan dia?
“Rill,
kenapa kuis-kuis makanan tu?”
“Isya,
Rill tahu semua ni terlalu cepat cuma...”
Alisya
terus terkedu bila melihat Hazrill mengeluarkan sebentuk cincin Princess Cut Diamond yang sememangnya
merupakan cincin yang hampir sama dengan cincin dia yang hilang ketika bercuti
di Teluk Batik dulu.
“Isya,
will you marry me?”
“Rill,
Isya... yes!”
“Alhamdulillah...”
Hazrill
terus menadah tangannya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Ya Allah, bersyukur
sangat Alisya menerima lamarannya.
“Tapi,
Rill... cincin ni terlalu mahal...”
“Demi
Isya, Rill tak kisah berapa pun harganya.”
“Isya
tak tahu nak kata apa...”
“Jangan
kata apa-apa, Isya. Rill dah cukup gembira bila Isya terima lamaran Rill.”
andai takdir ALLAH yg menjanji kn jodoh itu milik mereka maka pd mu ku bermohon agar perluas kn lh hati insan yg berduka lara ne mengecapi pintu bahgia...akk yg membaca pun hati lulluh penuh duka dek sebuah takdir yg penuh derita pd hamba mu yg saolah tk sempat mengoles bahgia!beri bahgia tu milik hazrill n alisya...akk sedh sngt dek ngan couple neh....
ReplyDelete