Thursday 6 December 2012

Lara Semalam 31

SEBAIK sahaja tiba di Mac Donald, Alisya terus menoleh ke arah Hazrill. Dia suruh aku pakai cantik-cantik sebab nak ke sini sahaja ke?
“Jomlah.”
“Isya rasa macam tak sesuai sahaja pakai macam ni dekat sini...”
“Okey sahaja, Rill tengok. Cantik macam selalu. Lagi pun hari iinikan hari istimewa buat kita?”
Hah?! Istimewa buat kita? Apa yang istimewanya kalau setakat makan dekat sini? Ah, pedulikan sahajalah. Aku pun tengah lapar ni, tak kisahlah istimewa ke apa ke… yang penting perut aku kenyang.
“Isya duduk dulu dekat sini eh? Rill pergi order sekejap.”
“Okey.”
Alisya terus duduk di meja berhampiran dengan cermin. Mac Donald pun Mac Donaldlah, dia pun tengah lapar. Asalkan dapat makan, cukuplah buat dia. Tapi apa yang dimaksudkan dengan hari istimewa? Buat kita pula tu.
“Isya, tujuan Rill bawa Isya jauh-jauh datang sini sebab Rill nak Isya dengar apa yang Isya patut dengar.”
“Dengar apa?”
“Isya ingat tak tempat ni? Dekat sinilah Rill berkenalan dengan Isya. Waktu yang sama, tarikh yang sama...”
Hah?!! Alisya terus memandang sekeliling. Ya, betul! Meja yang kami duduk sekarang adalah meja yang sama waktu kami first time jumpa. Macam mana dia boleh lupa tempat yang begitu bermakna buat kami?
“Makanan yang Rill order pun sama. Hurm, waktu tu Rill tengok ada budak perempuan yang sungguh menarik perhatian Rill. Dia suka makan fries celup dekat ice cream, sama macam Rill juga. Walaupun orang lain pandang pelik, dia buat tak tahu sahaja.”
“Oh, dulu cakap Isya suka makan benda pelik tapi dia pun sama rupanya.”
Hazrill hanya tergelak kecil mendengar kata-kata Alisya tu. Kalau bukan sebab tu, mustahil dia dapat tegur Alisya. Disebabkan mereka berkongsi makanan kegemaran yang samalah mereka jadi rapat macam ni.
“Hari ni ulang tahun yang ke sembilan tahun, Alisya. Walaupun Rill jauh dekat overseas sana, Rill tetap meraikan hari ni walaupun Isya tak ada dekat sisi. Sebenarnya, Isya… dari mula-mula Isya masuk kampus lagi, Rill dah tertarik nak berkenalan dengan Isya cuma Rill malu sebab Rill tak biasa dengan perempuan. Tapi hari tu, Rill berainikan diri untuk menegur Isya. Waktu tu lagi Rill dah tahu yang Rill cintakan Isya tapi Rill terlambat, Isya dah terima cinta Aidil lepas tu. Rill kecewa sebab Rill terlambat tapi Rill nak Isya bahagia. So, Rill cuba buang perasaan yang ada. Lepas tragedi tu jadi, Rill betul-betul terkilan waktu tu sebab orang yang Rill harap percayakan Rill waktu orang lain tak percayakan Rill berpaling daripada nak percayakan Rill. Sebab tu Rill buat keputusan untuk pergi berhijrah.”
Alisya menekup mulutnya bila mendengar cerita yang Hazrill sampaikan kepadanya. Ya Allah, dia langsung tak tahu semua tu hanya fitnah semata-mata. Dia sepatutnya percayakan lelaki itu dulu.
“Rill sebenarnya dah dapat agak semua tu kerja Aidil sebab sebelum tu dia ada ugut Rill supaya menjauhi Isya and semuanya dah terbukti benar bila Aidil sendiri yang hubungi Rill untuk meminta maaf kerana pisahkan kita berdua. Rill memang balik semula ke Malaysia atas permintaan dia tapi sumpah, Isya... Rill tak tahu waktu tu apa yang terjadi. Aidil cuma cakap nak jernihkan hubungan kita. Bila Isya bagi tahu Rill yang Aidil dah kahwin dengan Sara malam tu, Rill baru tahu benda sebenar. Puas juga Rill desak Aidil untuk beritahu apa sebenarnya yang berlaku barulah dia nak bercerita. And dari situlah start aunty merayu minta tolong pujuk Isya balik semula ke rumah. Rill betul-betul tak sampai hati nak menolak walaupun Rill tahu kesannya nanti. Isya, Rill buat semua ni demi uncle dengan aunty and langsung tak ada kena mengena dengan Aidil dengan Sara.”
“Rill, Isya percayakan Rill. Cuma Isya nak minta satu sahaja, kita lupakanlah hal-hal yang lama sebab Isya nak mulakan hidup baru tanpa ada bersangkut paut dengan kisah lama. Please?”
“Kalau itu yang Isya nak...”
Alisya terus menikmati hidangan dihadapannya. Perut yang sudah lapar sudah mula buat concert. Suapannya terhenti bila melihat Hazrill bermain-main dengan makanannya. Hurm, apa yang tak kena lagi dengan dia?
“Rill, kenapa kuis-kuis makanan tu?”
“Isya, Rill tahu semua ni terlalu cepat cuma...”
Alisya terus terkedu bila melihat Hazrill mengeluarkan sebentuk cincin Princess Cut Diamond yang sememangnya merupakan cincin yang hampir sama dengan cincin dia yang hilang ketika bercuti di Teluk Batik dulu.
“Isya, will you marry me?”
“Rill, Isya... yes!”
“Alhamdulillah...”
Hazrill terus menadah tangannya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Ya Allah, bersyukur sangat Alisya menerima lamarannya.
“Tapi, Rill... cincin ni terlalu mahal...”
“Demi Isya, Rill tak kisah berapa pun harganya.”
“Isya tak tahu nak kata apa...”

“Jangan kata apa-apa, Isya. Rill dah cukup gembira bila Isya terima lamaran Rill.”

1 comment:

  1. andai takdir ALLAH yg menjanji kn jodoh itu milik mereka maka pd mu ku bermohon agar perluas kn lh hati insan yg berduka lara ne mengecapi pintu bahgia...akk yg membaca pun hati lulluh penuh duka dek sebuah takdir yg penuh derita pd hamba mu yg saolah tk sempat mengoles bahgia!beri bahgia tu milik hazrill n alisya...akk sedh sngt dek ngan couple neh....

    ReplyDelete