Waktu dekat kaunter,Myra mencuit pinggang aku
berkali-kali.Hisyh,minah ni..Tak perlulah nak over sangat.Aku bukannya buta
sampai tak nampak mamat yang hampir terincident dengan aku tadi berdiri sebelah
aku.
“Amani..Mamat
handsome tadilah.”
“Saya tak
buta lagilah,Cik Myra oii.”
“Dah tu
apasal buat muka selamba katak je?Pergilah tegur dia.”
“Hisyh,tak
nak saya.Buat malu je,lagipun saya bukannya kenal dia.”
“Tak kenal
maka tak cinta,sayang..So,pergilah berkenalan dengan dia.”
Aku hanya
menggelengkan kepalaku tanda tak sudi.Buat apalah aku terhegeh-hegeh nak
berkenalan dengan dia?Aku bukannya desperate nak ada kawan pun.
“Kalau
awak tak nak tegur dia,biar saya jelah tegur dia.Jangan jealous eh kalau saya
dapat ayat dia.”
“Eh,tak
kisahlah..Ambillah dia tu,FOC saya bagi tau.”
“Betul
ni?”
Belum
sempat aku menghalang Myra daripada melakukan satu perkara yang nampak kurang
bijak di mata aku,dia dengan ramah menegur mamat tadi tu.Hisyh,Myra ni.Dia tak
ingat ke pakwe dia yang dah cukup perfect untuk dia tu?Tau dek Imtiyaz,mengucap
panjang dia nanti.
“Amani,sinilah..”
“Apanya?”
Aku terus
menghampiri Myra yang masih lagi seronok berbual dengan mamat yang dikatakan
handsome tu.Tak cukup handsome ke si Imtiyaz tu?
“Amani,kenalkan
ni kawan baik Imtiyaz.”
Lah,kawan
baik Imtiyaz rupanya.Jadi tak hairanlah kalau mamat tu tahu nama aku.Kalau tak
kerja Myra,mesti kerja si mamat seorang tu.Dia orang ni kan memanglah.
“Oh,patutlah
selamba katak je awak tegur dia eh?So,Mr.kawan baik Imtiyaz..Selamat
berkenalan.”
“Mr.kawan
baik Imtiyaz?Hahaha,lawaklah awak ni.”
“Just call
me Amsyar.”
“Oh,okey..Myra
dah ke?Jomlah kita gerak balik.Karang tertinggal bas pulak nanti..”
“Saya
boleh hantar kau orang balik sekali cuma kena tunggu Imtiyaz beli baranglah
sebab kami datang berdua.”
“Lah,Imtiyaz
pun ada?Tadi Myra ajak turun pekan sekali dia kata tak nak.”
“Dia
memang tak nak keluar tapi saya yang paksa dia untuk teman saya.Alang-alang dah
ada dekat luar ni,dia belilah seluar jeans dua tiga pasang.”
Aku
merenung wajah Myra supaya dia tidak bersetuju dengan pelawaan kawan baik
Imtiyaz tu tapi dia sengaja buat-buat tak faham dan terus bersetuju tanpa
bertanya pada aku terlebih dahulu.Hisyh,sabar jelah aku dengan minah ni.
“So,Cik
Amani?Sudi ke tak nak naik kereta saya?”
“Kalau
setakat nak hantar saya balik,apa salahnya?Imtiyaz dekat mana?”
“Dia ada
dekat kedai depan tu.Jomlah kita ke sana.”
Waktu
mereka bertiga melangkah masuk ke dalam kedai pakaian,muka Myra berubah kelat
bila melihat Imtiyaz dikelilingi wanita-wanita yang tergedik-gedik mahu menarik
perhatian kekasihnya itu.
“Cool,Myra..”
“Gedik betul,Imtiyaz
pun satu.Sukalah dia dikelilingi perempuan gedik!”
“Hei,saya
tahu awak marah tapi percayalah Imtiyaz tak macam tulah.”
Myra terus
mengajak Amani untuk menunggu Imtiyaz dengan Amsyar di luar.Tak sanggup dia
berlama-lama dekat situ untuk tengok ‘drama sebabak’ tu.
“Kami
tunggu dekat luar ye,Amsyar?Lagi pun saya rasa nak tengok apa lagi yang nak
dibeli.”
“Okey.”
Aku terus
menarik tangan Myra keluar dari kedai pakaian tersebut.Hurm,susah betul bila
orang kuat cemburu ni.Mujur semujurnya aku ni kawan baik dia,kalau tak mesti
dia cemburu bila aku berbual dengan Imtiyaz.
“Geramnya
saya...”
“Sabarlah,Myra
oii..”
“Sabar?Saya
dah tak boleh sabar lagi awak tahu tak?Kenapa dia boleh layan lagi
perempuan-perempuan gedik tu kalau dia tak suka dia orang?Lagi dia
layan,lagilah gedik-gedik tu suka!”
Ah,sudah.Aku
pula yang kena marah ni.Tak apa,kalau telinga aku tercabut ke apa,aku hantar
bil dekat Imtiyaz nanti.
Sepanjang
perjalanan balik,Myra senyap sepanjang jalan.Banyak kali Imtiyaz cuba mengajak Myra
berbual tapi dia bertindak mendiamkan diri sahaja.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment