ALISYA
terus menonong meninggalkan Hazrill di belakang. Kalau dia tertinggal sebatu
jauh daripada aku pun tak apa. Tak adalah terpaksa menahan sakit hati bila
dengar dia memuji awek slow dia tu. Hisyh, macam manalah aku
boleh terjatuh cinta dengan lelaki macam dia ni?
Menyesal
dulu tu aku tolong dia. Payah betul bila orang tak reti nak membezakan realiti
dengan lakonan semata-mata. Macam manalah dia boleh ada master? Ting tong kepala
aku lama-lama.
“Alisya,
tunggulah!”
Aku
terus mengorak langkah seribu bila Hazrill mula menghampiri. Haha, tak larat aku
nak layan otak dia yang putus fius tu . Lama-lama, fius otak aku pula yang
putus. Macam mana aku boleh terjatuh cinta dekat mamat ni lagi hah? Walhal dari
dulu lagi aku dah tahu fius otak dia putus.
“Tak
nak... wekk...”
Sebaik
sahaja tiba di hadapan bilik, Alisya
cepat-cepat membuka kunci dan terus mengunci diri di dalam. Haha, dari dulu
sampai sekarang Hazrill still lagi tak dapat kejar aku bila aku lari. Suka
betul aku membuli dia.
“Hurm,
susah betul mencintai orang dalam diam…”
“Isya,
malam ni dinner sama-sama tau?”
Alisya
langsung tak menyangka akan jumpa mereka di sini ketika dia dengan Hazrill mahu
menuju ke café. Hurm, dah bertambah
anak mereka nampaknya…
“Isya,
menungkan apa tu? Kitakan nak dinner
ni...”
“Kita
dinner dekat tempat lainlah...”
“Lah,
kenapa? Kitakan dah nak sampai dekat depan tu sahaja.”
“Rill
dinner seoranglah ya? Tiba-tiba sahaja
hilang selera nak makan.”
Alisya
terus melangkah menjauhi café itu. Hilang
terus seleranya nak makan malam itu bila disajikan dengan drama bahagia orang
yang dia benci itu.
“Hah?
Alisya, kita dah nak sampai. Kenapa pula tiba-tiba tak jadi? Dah janjikan tadi?”
“Bye...”
Alisya
terus berjalan menyusuri pantai dengan berkaki ayam. Aku ingatkan lepas aku
cintakan orang lain, perasaan marah dan dendam aku ni akan hilang tapi
nampaknya tidak. Setiap kali terpandang wajah mereka, darah aku terus mendidih.
“Isya?
Abang, anak kita abang... Alisya...”
Alisya
terkedu bila melihat siapa yang memanggil namanya. Abah, ibu... kenapa mesti
aku jumpa mereka di sini? Kenapa orang yang paling aku tak nak jumpa akan aku jumpa
juga?
“Isya,
maafkan ibu sayang... ibu tahu ibu salah.”
“Jangan
dekat! Jangan datang dekat dengan Isya…”
Alisya
terus berlari meninggalkan tempat tu dengan pipi yang sudah basah dengan air
mata. Kenapa aku mesti jumpa mereka semula? Kenapa?! Kenapa bila aku nak
mulakan hidup baru, aku mesti jumpa dengan mereka semula?
“Abang,
Isya...”
“Biarkan...
dia masih terkejut tu.”
Abah
menepuk bahu isterinya perlahan, mengharapkan isterinya bersabar dengan apa
yang jadi ini. Dia sendiri sudah sedia maklum penerimaan Alisya nanti bila
melihat mereka di sini. Sebab itu dia tak terkejut bila Alisya lari daripada
mereka.
“Tapi
abang, saya betul-betul rindukan anak saya...”
“Kita
pergi jumpa Hazrill dulu...”
Alisya
masih lagi marah padanya. Anak kesayangannya yang ditatang bagai minyak yang
penuh dari kecil masih lagi marah padanya. Anak yang tak pernah dipukul atau
dijentik walaupun sekali tu sedang merajuk dengannya. Maafkan ibu, sayang. ibu
tak sengaja...
“Rasanya
Aidil dengan Sara dah lama tunggu kita dekat sana.”
“Berhasil
ke rancangan Hazrill ni?”
“Tak
tahulah. Mungkin Hazrill dapat pujuk Isya.”
“Saya
harap begitulah…”
sian nye hazrill sabar lh alisya bkn nye sengaja wat cam tu,tabah andai cinta tu luhur pasti kn bersatu...rill jodoh tu ketentuan ALLAH,andai berjodoh pasti di temu kn...
ReplyDelete