SELEPAS
pembedahan mata Nana berjaya, Alisya mengambil keputusan untuk pulang ke
kampung selama beberapa hari. Sudah lama dia tak menziarahi pusara arwah datuk
dan neneknya.
“Aku ingat kau dah tak ingat jalan balik ke kampung ni…”
Alisya menarik semula tangannya yang dihulur untuk
bersalam. Nampaknya mereka masih lagi tak berubah… masih lagi giat nak
menyakitkan hatinya. Sampai bilalah mereka nak menyakitkan hatinya? Tak reti penat
ke?
“Bukan dia terlupa jalan nak balik kampung, Zierah. Dia
memang sengaja tak nak balik dekat kampung ni lagi. Yalah, apalah yang ada
dekat kampung ni… lainlah dekat bandar tu.”
Muka Alisya terus berubah tatkala mendengar kata-kata
emak saudaranya itu. Dia baru sahaja menjejakkan kaki di dalam rumah ini tak
sampai sesaat, mereka dah menyemburnya dengan macam-macam tomahan.
“Eh, kau ni kenapa ha? Kau sedar tak Aidil tu suami Sara?!!”
“Mak lang, Isya…”
“Dah tak ada jantan lain ke dekat bandar tu sampai kau
nak kena rampas abang ipar kau tu? Kau tak tahu malu ke, Alisya? Aku tak
sangkalah perangai kau macam ni. Muka sahaja nampak baik tapi hati busuk!”
“Kalau arwah atuk kau tu masih hidup, malu dia ada cucu
macam kau ni! Aku ni pun malu ada anak saudara macam kau! Kau tahu tak satu
kampung ni kecoh bercerita pasal kau. Malu aku tahu tak?!! Nama sahaja belajar
lama dekat luar negara tu. Ingatkan berguna juga hantar kau ke sana rupanya
sia-sia! Bukannya pengaruh baik yang kau bawa balik!”
Air mata Alisya terus jatuh berlinangan mendengar
penghinaan demi penghinaan yang keluar dari mulut emak saudaranya. Ya Allah, hina
sangat ke aku ni? Kenapa mesti mereka menghina aku sebegini?
“Isya bukan orang macam tu. Walaupun Kak Sara dah rampas
tunang Isya, Isya tak pernah ada niat nak merampas balik Aidil dari dia. Isya
sedar siapa Isya ni… Isya betul-betul tak sangka mak lang semua sanggup tuduh
Isya bukan-bukan.”
“Puan, maaf jika saya berkurang ajar… niat Alisya balik
ke kampung ni bukan sebab nak cari gaduh atau apa.”
“Nana, tak apa… jomlah kita keluar dari rumah ni. Orang
dekat sini tak mengalu-alukan kepulangan Isya…”
Alisya terus menarik tangan Nana keluar dari rumah itu. Hancurnya
hati dia diperlakukan sebegitu. Kenapa mereka lebih percayakan fitnah tu? Tak
sangka, kesilapan terbesar yang dia buat dalam hidup dia adalah pulang ke
kampung.
No comments:
Post a Comment