BEBERAPA
TAHUN SEBELUM ITU:
Suasana
bising di Mac Donald langsung tidak
mengganggu mood bahagia Alisya menikmati fun
fries dengan ice cream strawberry.
Hurm, sedapnya makan fries celup
dekat ice cream. Tak kisahlah orang
pandang pelik ke apa, yang penting ni perut aku... suka hati akulah. Ya Allah, nikmatnya.
Hazrill
yang baru sahaja mengambil makanannya di kaunter terus mencari meja kosong
untuk menikmati makanan tengaharinya. Nampaknya hari ini ramai pula yang datang
makan tengah hari di sini. Gadis yang sedang menikmati fries yang dicelup ke dalam ice
cream dipandang penuh minat sebelum
melangkah menghampirinya.
Sesungguhnya
selama ini gadis itu sentiasa mencuri perhatiannya setiap kali dia datang ke Mac Donald itu kerana minat mereka sama,
mencelup fries ke dalam ice cream. Nampaknya hari ini dia
mendapat peluang yang cerah untuk berkenalan dengan gadis yang sememangnya
sudah lama mencuit hatinya.
“Hai,
boleh duduk sekali? Meja lain dah penuh.”
Alisya
hanya menganggukkan kepalanya sambil mencelup fries ke dalam ice cream.
Tempat ni bukan dia punya dan sesiapa pun boleh duduk. Lagipun Alisya tak kisah
sebab lelaki di hadapannya ni pun bukan orang lain. Budak kampus dia juga.
“Ice cream dengan fries?”
“Kenapa,
nampak pelik eh? Sedap sahaja Isya makan.”
Alisya
merenung makanan di hadapannya dengan pandangan pelik. Aneh sangat ke cita rasa
dia ni sampai orang pelik pandang dia?
“Isya?
Memang bahasakan diri Isya eh?”
“Ha’ah.
Kenapa?”
“Bila
dengar rasa mesra sangat.”
Alisya
terus menyuap fries ke dalam mulutnya
dengan selambanya. Prinsip hidup dia, bila jumpa makanan tak payah nak control ayu. Tak kisahlah siapa berada
di hadapannya ketika itu. Makanan untuk dimakan dan kalau sibuk nak control ayu, memang sampai esoklah tak
habis makan. Ya Allah, nikmatnya makanan ni. Tak ada makanan sesedap ini di luar
sana yang mampu menenangkan hati dan jiwanya.
“Perempuan
secantik ni suka makan fries dengan ice cream. Tak rasa pelik ke?”
“Nak
rasa pelik buat apa? Asal perut kenyang, hati senang hal lain tolak tepi.”
Hazrill
menganggukkan kepalanya tanda dia faham dan dia bersetuju dengan pendapat gadis
yang baru sahaja dikenalinya itu.
“Semua
orang pandang kau, kau tak rasa malu ke? Oh ya, aku Hazrill.”
“Aku,
Alisya. Malu? Buat apa nak malu? Aku bayar so,
aku ada hak untuk makan apa yang aku nak makan selagi makanan tu halal. Aku
peduli apa orang pandang aku pelik yang penting hati aku senang dan perut aku
kenyang.”
Hazrill
tergelak kecil mendengar kata-kata Alisya itu. Tak sangka gadis yang mencuri
perhatiannya selama ini seorang yang kelakar. Selama ini dia sangkakan yang
gadis ini sombong kerana setiap kali mereka berselisih, Alisya tak pernah
senyum padanya.
“Aku
dah lama tahu nama kau…yalah, kitakan satu fakulti cumanya aku tak berani tegur
kau. Muka kau nampak macam sombong sikit.”
Sombong?
Alisya tergelak kecil. Macam manalah si Hazrill ni boleh kata dia sombong? Mata
lelaki itu ada problem apa? Muka dia
yang kiut miut dikatanya sombong? Dia ni jenis mesra alam dengan semua oranglah.
Ah, biasalah tu. Semua orang yang tak kenal Alisya selalu tersalah sangka yang
dia ni sombong walhal tidak.
“Baru
nampak cantik bila kau gelak.”
“Baru?
Eh, aku memang cantik sejak azali lagi tahu.”
“Sejak
azali? Hahaha, lawak.”
No comments:
Post a Comment