SEPANJANG
perjalanan balik, Alisya dengan Hazrill hanya diam seribu bahasa dan hanya
bunyi bising dari radio sahaja yang memeriahkan suasana. Masing-masing sibuk
melayani perasaan sendiri sehinggalah mereka tiba di chalet.
“Thanks...”
“You’re welcome. Alisya, kalau ada
apa-apa jangan segan nak cari aku.”
“Hurm,
inshaallah.”
Alisya
terus memandu keluar dari kawasan chalet menuju
ke arah Mac Donald yang terletak
tidak jauh dari kawasan chalet setelah
kereta Hazrill hilang dari pandangan. Malam ni teringin pula nak makan fries dengan ice cream. Dah lama juga aku tak sentuh makanan kegemaranku itu.
“Makan
foldoverlah.”
Sebaik
sahaja Alisya mendapat pesanannya, dia terus berjalan ke kereta dengan beg
plastik yang sarat di tangan. Hurm, banyak juga aku beli eh? Yang nak makan
cuma dua orang sahaja. Tak apalah, boleh buat breakfast esok. Buat apalah kusut-kusut nak fikir apa yang nak
dibuat dengan makanan sebanyak ni.
Alisya...
Alisya... plan nak makan ice cream dengan fries tambah foldover
sahaja. Ni dah terlebih dah ni. Susah betul bila beli ikut kemahuan. Macam
manalah kau ni nak berjimat kalau semuanya beli ikut kemahuan sahaja ni? Payah,
payah. ..
“Isya?
You ke tu?”
Alisya
terus menoleh sebaik sahaja mendengar suara orang memanggil namanya. Siapa pula
yang panggil nama aku ni? Niessa?!! Apa dia buat dekat sini? Ya Allah, ketika
emosi aku masih belum stabil sekarang ni, kenapa aku mesti jumpa orang yang aku
tak nak jumpa?
“Niessa?
Err, hai. You buat apa dekat sini?”
“Thank God, I ingat I salah orang tadi. I ada
kerja sikit dekat sini. Ya Allah, rindunya I
pada you, Isya. Mana you menghilangkan diri? Merata kami cari
you...”
“I
ada sahaja cuma busy sikit.”
Alisya
terus memaksa dirinya untuk tersenyum meskipun terasa janggal. Dia tak mahu bestfriendnya ini tahu kemelut yang
melanda keluarganya. Biarlah menjadi rahsia keluarganya sahaja.
“Hari
tu, kami datang majlis persandingan you
tu tapi kenapa your sis yang
bersanding dengan Aidil? Terkejut juga kami bila tengok pengantin perempuan
lain tapi pengantin lelaki sama. Ingatkan tersalah majlis… belum apa-apa, kami
semua terus cabut balik. Hadiah semua kami masih simpan, kalau you nak cepat-cepatlah kahwin.”
Ibu
dengan abah teruskan juga majlis persandingan tu? Sampainya hati mereka! Sepatutnya
tu majlis aku… hari aku tapi kejamnya mereka buat aku macam ni? Banyak duit dan
idea yang aku laburkan untuk majlis persandingan itu.
“Tak
ada jodoh, Niessa. Nak buat macam mana lagi? I dengan Aidil hanya sesuai jadi kawan baik sahaja dan tak lebih
dari itu. Kenapa tak bagi dekat dia orang sahaja?”
“Itu
hadiah untuk you bukan untuk your sis. Lagipun I tak sukalah dengan your sis
tu, mengada semacam.”
Alisya
mengeluh perlahan. Niessa iinikan, berkira benar dengan kakaknya. Bagi dia apa
salahnya jika diberi sahaja pada Kak Sara?
“Niessa,
dia memang macam tu. You sendiri dah
tahu perangai dia memang macam tu sejak azali lagi. Dah lama kenal dengan family I pun masih tak faham-faham lagi?”
“Sekarang
ni you tinggal mana?”
“I tinggal dekat chalet depan tu. Nanti bila-bila kita lepak sama-samalah.”
Niessa
menganggukkan kepalanya. Hurm, patut ke dia bertanyakan hal yang merungsingkan
fikirannya selama ini? Kalau dia bertanya, agak-agak gadis di hadapannya itu
melenting ke tidak
“Isya…
I nak tanya something boleh tak? Tapi please,
jangan marah okey?”
“You nak tanya apa, tanyalah. I tak akan marah punya.”
“Waktu
I datang majlis tu, I ada terdengar something. Tak silap I
dari sepupu you sendiri cuma I tak pasti yang mana. Dia kata Aidil
pilih your sis sebab you curang. Betul
ke?”
Berubah
terus wajah Alisya tatkala mendengar berita yang disampaikan sahabat baiknya
itu. Kenapa keluarganya sanggup mereka cerita sebegitu tentangnya sedangkan
mereka tahu apa yang terjadi. Aidil yang curang padanya!
“I… I kena
balik dulu.”
“Okey,
apa-apa call I. Isya, you tahukan kalau you
ada masalah you boleh cari I?”
“Thanks, Niessa… “
Sebaik
sahaja Alisya melangkah masuk ke dalam
perut kereta, dia mengeluh panjang. Kejamnya mereka pada aku. Patutlah dulu dia
beria melakukan itu ini untuk majlis persandinganku itu. Macam-macam yang
diubah untuk menjadikan majlis tu lebih meriah. Semuanya diubah mengikut cita
rasa mereka dan patutlah dalam bilik Kak Sara ada sehelai gaun pengantin yang
sama denganku.
Rupanya
mereka sudah merancang untuk menggunakan majlis persandinganku itu sebagai
majlis persandingan mereka! Kejamnya mereka. Lepas itu sanggup mereka
menyebarkan fitnah tentang dia hanya kerana mereka mahu menutup malu yang
kakaknya rampas tunangnya!
“Sampai
hati you, Aidil! I benci you… I benci you!!!”
Alisya
terus menyembamkan wajahnya ke stereng kereta dan menangis semahunya. Ya Allah,
apa silapnya dulu sampai dia diperlakukan sebegini rupa? Mungkin ke sebab dia
lawan cakap ibu dengan abah dulu?
No comments:
Post a Comment