Tanpa
menunggu sesaat pun, pipinya dah mula basah dengan air mata yang jatuh bercucuran.
Sampai hati ibu buat dia begini. Ibu sepatutnya lebih mengenalinya sebab dia
anak yang lahir dari rahim ibunya dan bukan orang luar dalam hidup ibunya!
“Dah
puas kau porak perandakan hidup aku hah?! Jawab, Aidil!! Kau puas ke tengok aku
hidup sengsara macam ni sebab kau?! Aku langsung tak kacau hidup kau, kenapa
kau kacau hidup aku?!! Tak boleh ke bagi aku hidup tenang lepas apa yang kau
orang buat pada aku. Aku langsung tak ada niat nak rampas kau dari kakak aku. Aku
masih ada akal, aku masih waras lagi! Aku menyesal balik sini… aku balik sini
sebab ibu dengan abah. Aku bukan balik untuk cari pasal dengan kau orang.”
Meruntun
hati abah dan Aidil mendengar kata-kata Alisya itu. Ya Allah, apa yang aku dah
buat ni? Aku makin menyusahkan hidup Alisya sekarang ni. Sepatutnya aku tak
berdepan dengan dia waktu emosi semua orang masih tak menentu lagi.
“Isya
kecewa, ibu. Isya kecewa dengan ibu!”
Alisya
terus berlari memanjat tangga ke tingkat atas. Kejamnya ibu buat aku macam ni? Kenapa
mesti ibu bela dia sebelum tahu siapa salah siapa betul? Nana yang berada di
dalam bilik terkejut bila aku menghempas pintu bilik.
“Kenapa
ni, Isya?”
“Nana,
jom kita keluar dari rumah ni… mereka tak harap Isya balik.”
Alisya
terus mengeluarkan baju-bajunya yang baru sahaja dikemas tadi dan terus
menyumbat ke dalam beg. Dia dah tak sanggup nak berlama-lama dalam rumah ni
lagi. Dia betul-betul kecewa dengan apa yang dah jadi ni.
“Isya,
jangan buat keputusan dalam keadaan marah...”
“Saya
tak boleh terima ibu saya sendiri percaya yang saya nak rampas dia balik. Saya
betul-betul kecewa.”
Malam
tu juga Alisya dengan Nana keluar dari rumah. Ibu dengan abah yang sedang duduk
berbincang dengan pasangan suami isteri tu tak aku hirau langsung. Malam-malam
macam ni, aku sendiri tak tahu nak ke mana tapi yang paling penting aku nak
keluar dari rumah ni.
“Isya,
kamu nak ke mana?”
Alisya
merenung wajah abah yang bersih itu. Maafkan Isya, abah. Sepatutnya waktu
sekarang ni Isya perlu membahagiakan abah dan bukan menambahkan beban.
“Isya
nak pergi, abah...”
“Ke
mana? Dah malam-malam macam ni, bahaya Isya… kalau nak pergi juga tunggulah
esok.”
Alisya
menggelengkan kepalanya laju. Dia dah tak betah nak berada di rumah itu
lama-lama sebab hati dia benar-benar terluka dengan perangai ibu yang
menuduhnya tanpa usul periksa.
“Isya,
jangan buat keputusan dalam keadaan marah. Tunggulah esok kalau Isya
betul-betul nak pergi. Abah tak akan halang Isya pergi esok.”
“Maaf
abah, Isya tak sanggup nak tunggu seminit lagi dekat sini... lebih baik Isya
pergi sekarang juga. Lagipun ramai sungguh yang nak Isya pergikan? Isya tak nak
tinggal dengan orang yang Isya tak kenal dan tak kenal Isya. Assalamualaikum.”
Lepas
menyalami tangan abah, aku terus melangkah masuk ke dalam perut kereta. Mujur
kereta ni aku beli guna duit sendiri kalau tak memang aku dengan Nana terpaksa call taxi malam-malam macam ni. Aku tak
sudi guna benda yang mereka beri.
“Isya,
kita nak ke mana malam-malam macam ni?”
“Isya
pun tak tahu... malam ni kita tidur dekat hotel dulu. Maaflah, Isya dah buat
susah Nana sahaja.”
Ke
mana hala tuju mereka malam ni? Nak mencari Hazrill waktu-waktu macam ni
amatlah mustahil. Kerja gila nak mencari anak teruna orang malam-malam begini.
“Nana
yang menyusahkan Isya.”
“Jangan
cakap macam tu, Nana... macam nilah, mulai hari ni kita saling tolong menolong
and kita jadi adik beradik nak? Isya pun dah tak ada sesiapa lagi...”
“Jangan
macam ni, Isya... okey, kita jadi adik beradik.”
No comments:
Post a Comment