SEKEMBALINYA
Alisya ke meja, dia hanya memandang Hazrill tanpa perasaan. Amboi, Hazrill. Makin
bertambah perempuan dekat meja ni. Kata bukan players. Huh! Hari ni juga terbukti yang kau tu sememang players.
“Lamanya
you pergi ladies, Alisya...”
“I jawab call tadi. I kena balik
sekarang… sorry okay?”
Alisya
terus mencapai handbagnya dan terus
bersalaman dengan semua yang ada. Kalau dia main cabut sahaja, apa pula kata si
Sufi tu pulakan? Nanti dikatakan ‘isteri’ Hazrill tak ada manners…
“You balik sekali dengan hubby you ke?”
“Eh,
taklah... I drive sendiri.”
Ketika
Alisya dengan Sufi bertukar-tukar card
baru Hazrill terperasan yang tangan Alisya sudah merah. Apasal dengan tangan
Alisya tu? Dia alergik ke?
“Okeylah
semua, have fun... sayang, jangan
balik lambat sangat ya?”
Lepas
Alisya pergi, Hazrill memandang pinggan Alisya di hadapannya yang baru berusik
sikit. Dia alergik ke?
“Err,
sorry girls. I kena pergi. Ada hal
penting.”
Waktu
di hadapan hotel, Hazrill mencari
kereta Alisya. Dia dah balik ke? Aduh, macam mana ni? Tangan terus diseluk ke
dalam poket. Mana pula handphone ni? Ya
Allah, macam mana aku boleh terlupa nak bawa turun handphone tadi?
Ketika
Hazrill berpatah balik ke dalam bangunan, barulah kereta Alisya meluncur laju
keluar dari kawasan hotel. Masing-masing
langsung tak sedar tentang hal itu.
“Kenapa
dengan aku ni? Aku peliklah... aku cemburu ke tadi sebab Hazrill berborak mesra
dengan Sufi? Ah, tak mungkinlah. Kenapa pula aku nak cemburu? Aku dengan
Hazrill bukannya ada apa-apa.”
Alisya
terus memandu balik ke chalet dengan
perasaan keliru. Aneh betullah dia ni. Selama ni elok sahaja kalau Hazrill
sembang dengan student perempuan
dekat kampus dulu… tapi, kenapa sekarang?
“Ah,
aku dah gila agaknya. Mustahillah aku suka Hazrill.”
Alisya
menampar pipinya perlahan. Alisya, kau hanya tolong Hazrill sahaja dan tak ada
niat lain. Dia hanya kawan kau… tak lebih dari tu. Hanya kawan, Alisya… kawan
sahaja. Ingat Alisya, dia dah ada girlfriend.
HAZRILL
merenung handphone di tangannya lama.
Apasal Alisya tak angkat call? Ke
manalah dia ni? Apasal tak angkat-angkat call
lagi? Dia ni tak tahu ke aku risau separuh nyawa dah ni?
“Kau
ni dah kenapa, Rill? Tak pernah akak tengok kau macam ni? Dah macam ayam berak
kapur dah. Kau risaukan siapa?”
“Mana
ada Rill risaukan sesiapa.”
Mata
Hazrill langsung tak dialihkan dari skrin handphone.
Mana Alisya ni? Dah banyak kali dia call
tapi tak berangkat. Bila dia menghantar pesanan ringkas, tidak pula dibalas.
“Eleh,
konon. Kau jangan nak tipu akaklah. Akak kenal kau okey? Dari dekat overseas dulu lagi akak dah jaga kau.”
“Tak
ada sesiapalah...”
Kak
Zita mencebik mendengar jawapan adiknya. Eleh, macamlah aku tak kenal perangai
dia. Bukan sehari dua aku hidup dengan dia.
“Suka
hati kaulah, Hazrill. Ada masalah, jangan nak cari akak pula.”
Giliran
Hazrill pula mencebik. Eleh, Kak Zita ni. Kerjanya asyik nak mengugut orang
sahaja, macamlah aku takut. Nanti kalau aku ada masalah, dia orang pertama yang
datang tolong. Ugut sahaja lebih. Kak Zita, ugut sahaja tak guna, kak.
“Okey,
nanti apa-apa kerja jangan mintak tolong Rill pula eh?”
Haha,
ingat dia seorang sahaja boleh ugut? Aku pun bolehlah. Lagi dasyat daripada dia
punya ugutan. Muka Kak Zita terus berubah masam dan dia mula bercekak pinggang
hingga membuatkan Hazrill tertawa kecil.
“Jangan
berani-berani nak ugut akak eh? Akak potong elaun.”
“Wah,
takutnya... Rill dah kerjalah, kak. Duit elaun apa lagi? Dulu bolehlah main
ugut-ugut potong elaun ni.”
Kak
Zita menepuk dahinya perlahan. Ya Allah, macam manalah dia boleh terlupa yang
adiknya itu sudah bekerja dan mempunyai simpanannya sendiri. Elaun apa bendanya
lagi…
“Ha’ahlah.
Sorry, terlupa. Dah terbiasa ugut si
Mikail tulah...”
“Cakap
pasal Mika, mana dia?”
“Dekat
rumah atuk dia… ni nak ke sanalah. Nak ikut?”
Hazrill
menggelengkan kepalanya laju. Kalau dia ikut kakaknya ke sana, entah dengan
anak gadis siapa pula kali ini yang mahu diperkenalkan padanya. Cukuplah sekali
dia terkena dahulu. Bukannya dia tak tahu perangai bekas mertua kakaknya itu.
Tak habis-habis nak menjodohkan dia dengan perempuan entah mana datangnya.
“Tak.
Rill nak jumpa kawan. Kirim salam dekat mertua akak.”
“Hurm,
yalah.”
Lepas
menghantar Kak Zita ke depan lif, Hazrill kembali merenung skrin handphone. Mana dia ni? Dari tadi tak berangkat.
No comments:
Post a Comment