“Kalau abang tak
cintakan dia,kenapa abang hantar rombongan meminang?Abang tahu tak yang Qaseh
betul-betul cintakan abang!Kenapa mesti mainkan perasaan Qaseh?Kenapa,abang?”
Ya Allah,apa yang patut aku
lakukan?Kak Dij terlalu menyayangi Qaseh sebab tu dia marahkan aku tadi.
“Abang ingat abang akan lupakan Fida
lepas abang bertunang dengan Qaseh.Tapi abang gagal..Hati abang hanya untuk
Fida.”
“Abang mempergunakan Qaseh!Dia tak
sepatutnya dapat layanan sebegitu!”
“Adik!Abang hanya cintakan
Fida.Hanya Fida!”
“Qaseh kawan Anna,abang...”
“Biar abang settlekan semua ni.”
“Abang yang mulakan,abanglah yang
kena tamatkan dan sepanjang masa tu,jangan sesekali datang jumpa Fida.”
“Adik,abang tak boleh..”
Aku terus melangkah masuk ke dalam
wad.Tak kusangka,Fida berdiri betul-betul di hadapan pintu.
“Anna,Fida tak nak musnahkan masjid
yang bakal dibina.”
“Syhh...Fida,Jangan menangis..”
“Bawa Fida pergi dari sini?Fida tak
nak mati dekat sini.Fida tak nak kalau Fida ada di sini,Fida akan buat Hairie
keliru dengan perasaan dia.Dia tak cintakan Fida,dia hanya kesiankan Fida.”
“Nanti Anna bincang dengan Sue.Kita
tak boleh membelakangkan pendapat dia.”
Seminggu kemudian
Sebaik saja aku melangkah masuk ke
dalam rumah,ummi dengan Kak Nurul langsung tak menoleh dan menjawab
salamku.Huluran tanganku langsung tidak disambut malah mereka boleh bangun dari
duduk dan terus beredar dari ruang tamu.
“Kenapa dengan semua orang?”
“Berani kau jejakkan kaki dekat sini
lagi?”
“Kak Dij..”
“Aku bukan kakak kau.Aku tak ada
adik macam kau.”
“Apa maksud Kak Dij?”
“Jangan panggil aku kakak!Selagi kau
sebelahkan perempuan tu,kau bukan lagi adik aku.”
Setelah beberapa hari aku di
rumah,bukan saja Kak Dij dan Kak Nurul tak mahu menegurku,ummi dan kedua abang
iparku pun menjauhkan diri daripada aku.Kenapa dia orang buat aku macam
ni?Salah aku ke semua ini?
-Sue,Anna rasa macam nak keluar dari
rumah ni.Dia orang jauhkan diri dari Anna.
+Anna,you sabarlah.Lagipun hujung
minggu ni kita dah nak berangkat ke sana.
-Hurm,harap Anna dapat lupakan semua
kesedihan dekat sini.Fida macam mana?Dia okey?
+Alhamdulillah,dia semakin
bersemangat..
-Abang I dah tak datang jumpa dia
kan?
Lama aku tunggu balasan daripada
Sue.Mana dia ni?Seminit...Dua minit..Tiga minit...Bip,bip..
+Dia ada datang tapi Fida tak nak
jumpa dia.Lama jugak dia tunggu dekat luar wad sampai I serba salah nak
biarkan.Mujur tak lama lepas tu dia balik.
-Baguslah macam tu.Kejap lagi Anna
datang rumah Sue..
+Okey..
Aku terus mengemas barang-barang
kepunyaanku yang aku beli guna duit sendiri dan sijil-sijil yang aku ada pun
aku sumbat ke dalam bagasi.Mana tahu di sana aku nak guna untuk cari kerja.
Laptop,barang kemas dan handphone
aku tinggalkan di atas meja komputer..Aku tak bawa keluar satu pun barang yang
mereka bagi.Insyaallah,aku akan kembali semula ke rumah ni selepas semua ni
reda.
Assalamualaikum,ummi..
Anna nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung
kaki.Anna nak minta izin ibu untuk pergi ke sesuatu tempat untuk memulakan
hidup baru.Anna tahu ummi,Kak Dij,Kak Nurul,abang Ammar dan abang Adi marahkan
Anna atas tindakan Anna yang membuatkan abang memutuskan pertunangan dia dengan
Qaseh.Sekarang ni Anna tahu semua dah benci Anna tapi tak mengapalah.Anna tak
salahkan semua.Jangan risaulah,lepas ni Anna akan bawak Fida jauh-jauh.Fida
kawan Anna dari kecil dan Anna tak sanggup nak biarkan dia seorang diri
menderita.Halalkan makan minum Anna dekat sini..Jika diizinkan Allah,Anna akan
kembali semula di sini.
Anna.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment