Friday, 2 November 2012

Benci ke Rindu 6



“Thanks,again...”
“Tak payah ucap terima kasih lagilah.Dah tugas Adda kan?”
“Walaupun Adda cakap macam tu,abang tetap nak ucap thanks.”
“Okey...Kalau macam tu Adda cakap sorry hari-hari boleh tak?”
“Lah,untuk apa pulak?”
“Sebab Adda tak pandai jaga abang,tu yang abang lama demam.Lepas tu,Adda masak tak sesedap mama masak..Adda suka cari pasal dengan abang..Adda..”
“Okey..Okey,abang mengaku kalah.”
Aku hanya tersenyum sebelum melangkah keluar dari bilik sambil menatang dulang berisi pinggan dan cawan kosong.Mujurlah hari ni dia makan habis,kalau tak penat aku masak je.
“Hai,kak.Tersenyum sendiri nampak.”
“Hisyh,kamu ni..Buat terkejut akak je.Dah makan?”
“Belum,kita tunggu Fauzanlah kak.”
“Hurm,akak turun dululah kalau macam tu.Akak belum sarapan lagi ni.”
Sampai je di ruang makan,aku cepat-cepat menyenduk mee goreng ke dalam pinggan.Tak sudi aku nak duduk semeja dengan lelaki yang dah menghancurkan hati aku.
“Kenapa kelam kabut je ni?”
“Adda tak nak tinggalkan abang lama-lama,papa.”
“Hurm,baguslah macam tu.Papa rasa keputusan papa dengan daddy kamu tak silap..”
“Pa,terima kasih sebab jodohkan kami..Kalau tak sampai sekarang Adda dengan abang akan bergaduh tiap kali jumpa.”
“Dengan senang hati..”
Lepas menghabiskan mee goreng di dalam pinggan,aku terus memanjat tangga ke tingkat atas semula.Dah kurang ke panas dia?Aku tak sentuh dahi dia lagi tadi.Hurm,risau pula aku dengan dia ni..
“Assalamualaikum..”
“Err..Wa’alaikumussalam.”
Apesal pula doktor peribadi keluarga ni tegur aku pulak.Hisyh,menyibuk je.Aku dahlah tengah risaukan suami aku ni.
“Adda sihat?Lama Fauzan tak jumpa dan bercakap dengan Adda kan?”
“Doktor,maaflah ye.Saya nak cepat ni.Suami saya tak sihat lagi tu..Assalamualaikum.”
 Aku terus cepat-cepat memanjat anak tangga ke tingkat atas.Dah seminggu dia keluar masuk rumah ni baru dia berani nak tegur aku?Huh,dasar lelaki tak gunalah insan yang bernama Dokror Fauzan ni.
“Abang dah okey ke?Doktor kata apa?”
“Abang okey je.Adda dah makan?”
“Alhamdulillah,dah kenyang dah pun.Doktor abang tu cakap apa?”
“Esok abang dah boleh start kerja balik.Badan ni dah sihat dah,dan ini semua atas jasa Adda yang jaga abang.”
“Ye ke?Alhamdulilah,senang hati Adda bila tahu abang dah sihat.Abang jangan nak ucap thanks,kalau tak Adda lari balik rumah mummy.”
Akhirnya Munif sembuh juga seperti sedia kala.Lega betul hati aku mendengar perkhabaran tu.Tak adalah aku terpaksa tengok doktor tu ada dalam rumah ni setiap hari.Padahal tak perlu pun nak datang setiap hari.
“Adda,tadi Doktor Fauzan cakap dengan sesuatu dengan abang..”
“Cakap apa?”


BERSAMBUNG...

1 comment: