Lepas
mencuci pinggan, Alisya terus lepak di hujung tangga sambil memikirkan sesuatu.
Apa yang dia fikirkan pun dia tak tahu… Hazrill yang sedang melambai dari jauh
membuatkan Alisya tersenyum.
“Awal
Isya bangun?”
“Hurm,
Hazrill dah breakfast belum?”
Hazrill
menggelengkan kepalanya perlahan. Kenapa dia rasa bakal tunangnya itu agak
berlainan hari ni? Di wajah gadis itu memang mempamerkan riak bahagia namun di
matanya memaparkan kesedihan yang teramat sangat.
“Belum,
nampak Isya dekat sini tu yang ke mari. Nak ajak Isya breakfast sekali.”
Alisya
tersenyum melihat wajah Hazrill yang baru sahaja mandi. Nampak comel pula
Hazrill ni bila dia tengok pagi ini. Hurm, kacaknya bakal suami aku ni… nasib
baiklah belum jadi suami aku, kalau tak dah lama dah aku peluk dia.
“Isya
baru sahaja lepas breakfast. Nak Isya
teman ke?”
“Tak
apalah. Rill pergi makan sekejap.”
Alisya
membuang pandang ke arah padi-padi yang sudah mula menguning. Hurm, tenang dan
aman betul kampung atuk ni. Lepas ni mungkin dia tak ada kesempatan untuk
tengok semua ni lagi.
“Err,
Isya nak pergi sekarang ke nanti?”
“Sekejap
lagi. Isya nak tengok puas-puas dulu kampung ni. Manalah tahu lepas ni Isya tak
sempat tengok.”
Kak
Sara terus melabuhkan punggung di sisi Alisya. Lama betul tak duduk macam ni
dengan Alisya. Kemaafan yang diberikan oleh Alisya benar-benar membuatkan
jiwanya tenang.
“Kak
Sara... Isya nak minta maaf.”
“Minta
maaf? Akak yang patut minta maaf pada Isya. Akak dah ramp...”
“Tak,
Kak Sara tak rampas apa-apa pun dari Isya. Maafkan Isya atas semua yang Isya
pernah katakan pada Kak Sara.”
Alisya
memeluk bahu Kak Sara sambil tersenyum. Dah lama tak bermanja-manja dengan
kakaknya ini. Sungguh, dia betul-betul rindukan masa mereka berada di alam
persekolahan dulu. Waktu tu mereka berdua sangat rapat dan mesra.
“Kita
lupakan semua ni ya, Isya?”
“Hurm,
terima kasih Kak Sara...”
Lama
kami berdua diam merenung sawah padi yang terbentang luas di hadapan mata kami.
Seronok betul duduk dalam suasana yang tenang macam ni. Kalau boleh kami nak
duduk sini buat selamanya.
“Seronok
betul kalau dapat habiskan masa dekat sini.”
“Hurm...
seronok sangat.”
“Kalau
ada peluang, Isya nak stay dekat
kampung.”
Kak
Sara mengangguk setuju. Kalaulah dia berpeluang untuk duduk di kampung selama
beberapa bulan, pasti dia tak akan melepaskan peluang itu. Disebabkan dia
terikat dengan company abah, dia tak
boleh bercuti lama-lama dekat kampung ni.
“Sara,
Melissa dah bangun ni.”
Alisya
dengan Kak Sara menoleh ke belakang sebaik sahaja mendengar suara Aidil di belakang kami.
Alisya hanya melemparkan senyuman pada Aidil dan Kak Sara. Comel sungguh anak
angkat mereka ni.
“Aidil,
I nak minta maaf.”
Aidil
memandang Kak Sara lama sebelum memandang Alisya semula. Kenapa dengan Alisya? Kenapa
dia yang minta maaf? Patutnya mereka yang minta maaf pada gadis itu.
“I minta maaf atas semua salah I pada you. I gembira you pilih Kak Sara berbanding I sebab... Kak Sara lebih layak berada
di sisi you sebagai seorang isteri
dan ibu kepada anak-anak you. I... I
minta maaf di atas apa yang I lakukan
dulu.”
“Alisya,
kita lupakan sahajalah hal lama. I
nak kita semua mulakan hidup baru mulai hari ni. Hal semalam, kita lupakan
sahajalah.”
“Tahniah atas perkahwinan kau orang. I tahu dah lambat untuk I ucapkan tahniah tapi I tetap nak ucap sebab I takut tak sempat pula nak ucap.”
Tak
sempat? Apa maksud Alisya? Aidil dengan Kak Sara saling berbalas pandang. Ada
sesuatu yang aneh tentang Alisya.
“Alisya,
kenapa cakap tak sempat pula?”
Alisya
melemparkan senyumannya pada Kak Sara sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.
Dia tak mahulah kakaknya itu nanti merajuk padanya gara-gara dia tidak
mengucapkan tahniah. Nanti belum sempat dia mengucapkan tahniah, kakaknya itu
sudah merajuk dulu.
“Yalah,
takut lepas ni Isya terlupa pula. Baik Isya wish
sebelum Kak Sara merajuk dengan Isya. Tapi sorry
sebab Isya tak ada hadiah nak bagi.”
“Kemaafan
Alisya dah memadai buat kami, dik.”
“Terima
kasih.”
Alisya
menganguk sambil tersenyum. Akhirnya selesai juga segala kemelut yang melanda
keluarganya ini. Dia dan Kak Sara sudah mula berbaik semula.
“Sama-sama.
Kak…”
“Hurm?”
“Isya
sayang Kak Sara…”
Aidil
yang sejak dari tadi memerhatikan adik beradik itu mengesat matanya yang mulai
basah. Tak sangka doanya setiap malam mahu melihat mereka berdua berbaik semula
akhirnya termakbul. Terpancar jelas kebahagiaan di wajah isterinya itu.
“Akak pun sama, dik.”
Lama
Alisya berpelukan dengan Kak Sara di muka pintu. Kenapa aku rasa macam lepas ni
Alisya akan pergi jauh dari kami? Ah, perasaan kau sahaja, Sara. Jangan
fikirkan sangat pasal tu.
“Boleh
Isya dukung sekejap?”
Alisya
mendukung bayi tersebut dengan berhati-hati. Dapat ke aku tengok Mellisa ni
membesar nanti? Pipi baby tersebut
dikucup perlahan sebelum diserahkan semula kepada kakaknya.
“Isya
nak pergi tukar baju sekejap. Kak Sara siap-siaplah.”
“Hurm.”
Alisya
langsung tak memandang Aidil dan Kak Sara sebaik sahaja pelukan diurai. Alisya tak nak mereka
nampak dia menangis lagi.
“Aidil,
Sara tak sedap hatilah...”
“Perasaan
Sara sahaja tu.”
alahai dik....bila nk smbg nih...
ReplyDelete