Monday 3 June 2013

Lelaki dan Novel?? (1)

Adeira merenung wajah kedua sahabatnya yang sedang duduk berhadapan dengannya dengan pandangan tidak percaya.Dalam banyak-banyak benda yang boleh  dibuat dalam dunia ni,kenapa mesti pilih nak buat benda tu?

"Eira,kenapa kau pandang kami macam tu?"
"Korang jangan main-main...Banyak lagi benda yang kau orang boleh buat tapi kenapa pilih nak buat benda ni?Korang ni demam ke?"

Adeira terus menyentuh dahi Hanief dan Ridzuan.Tak panas pun...Kalau diorang tak demam,sah diorang dah gila.Ada ke lelaki hot macam diorg ni nak buka kedai sewa novel?Aku baru outstation seminggu diorang terus jadi senget?

"Kami seriouslah,Eira...Lagipun apa salahnya kitorang nak buka perniagaan tu?Asalkan halal dan tak salah di sisi undang-undang..."
"Eii,korang ni aneh-anehlah.Ada ke lelaki macam korang ni nak buka kedai sewa novel.Senget apa?"

Hanief dengan Ridzuan saling berbalas pandang.Apa masalahnya kalau diorang buka bisnes tu?Untung apa?Lagipun kalau mereka buka bisnes tu,Adeira pun boleh tumpang sekaki.Macamlah mereka tak tahu yang Adiera tu hantu novel.

"Deira..."
"No."
"Deirara,please?"
"No..."
"Baby,intan,patung,permata hati Nief...Tolonglah setuju."

Hanief mengeluh bila Adeira tetap menggelengkan kepalanya tidak bersetuju dengan rancangan mereka.Macam manalah mereka nak memujuk gadis keras kepala macam Adeira ni lagi?Mereka sudah membeli stok novel yang mahu disewakan nanti.Kalau Adeira membantah juga,apa mereka nak buat dengan novel-novel yang sudah berlambak di rumah mereka tu?

Bila melihat wajah Hanief dan Ridzuan yang penuh mengharap tu akhirnya Adeira menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju.Hanief dan Ridzuan terus tersenyum lebar sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada Adeira.

"Ni yang aku sayang kau ni..."
"Amboi,kalau aku tak bagi juga tadi mesti kau tak sayang aku kan?"
"Sayang juga....Tapi sikit."
"Apa?!"

Hanief terus membuka langkah seribu sebaik sahaja melihat wajah comel Adeira bertukar menjadi masam.Masalah ni masalah,lebih baik aku cabut dulu.

"Hanief!!!!"

Ridzuan hanya menggelengkan kepalanya perlahan sebaik sahaja amelihat Adeira dan Hanief sedang berkejar-kejaran.

"Oi,sayang...Sorrylah."
"Apa sorry,sorry?"
"Aku gurau sahaja..."


BERSAMBUNG...




No comments:

Post a Comment