Amelya merenung ke arah
sahabatnya yang lain yang hadir bersama kedua orang tua mereka ke sekolah untuk
mengambil result SPM sedangkan dia?Mama sudah lama pergi menyahut seruan Ilahi
dan meninggalkan dia bersama papa.Papa pula terlalu sibuk dengan kerjanya di
pejabat dan tak pernah ada waktu untuknya.Semua urusan persekolahan dia
diuruskan oleh setiausaha papanya.
Ah,cemburunya melihat
kebahagiaan mereka.Kenapa aku tak boleh nak bahagia macam mereka semua?Kenapa
mama pergi tinggalkan dia terlalu awal?
‘Melya,sorry Kak Misha
terlambat.’
‘Tak apa,Mel dah biasa.Jomlah
ke sana.’
Ketika Amelya mendapat slip
keputusan peperiksaan dia,tiada secebis senyuman pun yang terlakar di
bibirnya.Dia seolah-olah tidak ambil kisah dengan keputusannya malah dia lagi senang
memerhatikan sahabatnya yang duduk gembira di samping orang tua mereka.
‘Tahniah,Melya…Kak Misha
tumpang gembira dengan result Melya ni.’
‘Tak ada apa pun yang nak
digembirakan,Kak Misha.Keputusan baik macam mana sekali pun tak kan bermakna
kalau orang tua tak ada di sisi.’
Amelya terus menyandang begnya
dan mula mengorak langkah.Mungkin ke dia ni anak pungut sampai papa
perlakukannya sebegini?Dia betul-betul dengkikan anak-anak yatim yang tinggal
di rumah yang sederhana besar dan terpaksa berhimpit-himpit tetapi penuh dengan
kebahagiaan.Buat apa tinggal di rumah besar kalau terpaksa berseorangan?
‘Kak Misha dah ambil cuti hari
ni.Melya nak ke mana?Hari ni Kak Misha jadi drive Melya sepanjang hari.’
‘Thanks.Mel cuma nak pergi
ziarah mama sahaja…Kak Misha pergilah balik,berehat dekat rumah.Mel okey
sahaja.’
‘Kak Misya temankan Melya
okey?’
Ketika di pusara mamanya,Amelya
hanya banyak termenung jauh sahaja.Tiada satu perkataan pun yang keluar dari
mulutnya.Namun Kak Misha perasaan yang kolam mata Amelya bergenang sambil
merenung batu nisan yang terpacak di atas pusara mamanya.
‘Melya,langit dah semakin
mendung ni.Kita balik ya?Esok-esok pula kita datang ya?’
Amelya terus mendongak ke
langit sebelum tunduk mencium batu nisan di atas pusara mamanya.Mama,Mel balik
dulu ya?Insya’allah Mel akan datang lagi.Mama doakan Mel ya?
‘Melya,dah gerimis ni.’
Amelya terus bangun dari duduk
dan terus mengorak langkah perlahan ke arah kereta.Setiap kali dia nak
tinggalkan tanah perkuburan ini,hatinya jadi sebak dan berat.Dia seolah-olah
tidak mahu meninggalkan mamanya keseorangan di sana.
‘Melya?’
‘Mel rindukan mama,Kak Misha.’
‘Semua orang rindukan arwah
mama kamu,Melya.Kak Misha sendiri pun rindukan arwah malah papa kamu pun
teramat sangat rindukan arwah.Melya tahu tak papa kamu tu sangat-sangat
tertekan selepas pemergian arwah.Kak Misha kadang-kadang kesiankan papa kamu
bila tengok dia menangis dekat office tu.Sebab nilah Kak Misha tak kisah jaga
Melya.’
Amelya terus membuang pandang
ke luar tingkap.Dia sangkakan papa biasa sahaja
kerana sibuk menguruskan kerjayanya.Dia sangkakan papa tak kisah dengan
pemergian mamanya.
‘Mel ingat papa tak sayangkan
Mel.’
‘Ya Allah,Melya.Tak baik fikir
macam tu.Papa kamu tu sayang kamu tapi sekarang ni dia ada banyak masalah.’
‘Hurm…’
Amelya terus memejamkan matanya
tanda dia tak mahu mendengar apa-apa lagi. Kak Misha boleh cipta sejuta alasan
untuk papanya namun dia yang merasa dan dia sendiri yang mengerti betapa
sakitnya rasa itu.
‘Oh,ya…Terlupa pula Kak Misha
nak bagitahu.Nenek kamu nak datang hari ni.Mungkin petang nanti mereka sampai.’
‘Hurm…’
**
Malam tu buat julung-julung
kali mereka sekeluarga berkumpul setelah pemergian arwah mama.Amelya hanya
mendiamkan diri sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.Sejak pemergian arwah
mama,badannya mulai susut dan selera makannya mula berkurangan.Dia pun jadi
kurang bercakap walaupun dengan sesiapa pun dan gemar menyendiri.
‘Cucu nenek ni okey ke result
dia?’
‘Biasa sahaja.’
‘Boleh nenek tengok lepas makan
ni?’
Amelya hanya mengangguk
perlahan sebelum kembali senyap.Dia terasa
kehilangan yang teramat sangat ketika ini,Tiada lagi senyum dan tawa
mamanya yang kedengaran di meja makan ini.Tiada lagi suara merdu yang mengalunkan
sebuah lagu ketika sedang memasak di dapur.Tiada lagi seorang suri di dalam
rumah ini.
‘Dief,kamu dah fikirkan apa
yang bonda cakapkan dulu tu?’
‘Bonda,Dief tengah banyak kerja
sekarang ni dan tak ada masa nak fikir tentang hal itu. Lagipun Dief dah selesa
dengan keadaan sekarang,bonda.’
‘Mana boleh macam tu.Bonda dah
penat-penat carikan calon.’
Amelya terus mengangkat mukanya
dari memandang makanan.Calon?Apa yang nenek dan papanya sedang bualkan?Calon
untuk apa yang neneknya carikan untuk papa?
‘Calon?Calon apa?’
‘Calon isteri untuk papa kamulah,sayang.Kalau
papa kamu dah ada pengganti mama kamu,tak perlulah dia menyusahkan Kak Misha tu
lagi?’
Pengganti mama?Amelya terus
bangun dan meninggalkan meja makan.Mama pergi tak sampai lima bulan dan kini
papa dengan nenek nak cari pengganti mama?Ini sangat-sangat melampau bagi
Amelya.
‘Amelya!’
Sepanjang malam itu Amelya
asyik menangis tanpa henti.Dia langsung tak mahu keluar dari biliknya dan pintu
biliknya sengaja dia kunci dari dalam kerana tidak mahu sesiapa menganggunya.
‘Ma…Tak sampai lima bulan mama pergi tapi nenek
dengan papa dah nak gantikan orang lain dekat tempat mama.’
Amelya terus memeluk bingkai
gambar mamanya dengan erat.Ya Allah,tak ada sesiapa pun yang dapat menggantikan
tempat mamanya.
‘Mel…Buka pintu ni.’
‘Leave me alone!’
‘Mel,papa boleh jelaskan
semuanya.’
‘Kenapa papa buat mama macam
tu?Tak sampai lima bulan mama pergi.Kenapa papa kejam sangat?’
Hadief mengeluh berat di
hadapan muka pintu bilik anak tunggalnya itu.Kalau boleh dia pun tak mahu
menggantikan tempat istimewa isterinya di dalam hati dengan orang lain tapi
permintaan bondanya sangat-sangat berat untuk ditolak.
‘Tiada sesiapa pun yang akan
dapat menggantikan tempat mama di dalam hati papa.Hanya mama seorang sahaja
yang papa cintai.Papa minta maaf,sayang.Papa tak mahu Mel terabai lagi sebab tu
papa setuju dengan cadangan nenek tu.Selama ni papa dah banyak abaikan Mel.’
‘Tak ada sesiapa pun dalam
dunia ni layak menggantikan mama…Mel tak nak papa kahwin lagi…’
‘Papa minta maaf,sayang.’
**
Dua bulan sebelum Amelya
terbang ke Korea untuk menyambung pelajarannya,dia dipaksa oleh neneknya untuk
berjumpa dengan calon-calon bakal mak tirinya.Dengan hati yang berat,Amelya
akhirnya berjumpa dengan calon-calon tersebut.
‘Hai,darling.Sorrylah,aunty
terlambat sedikit.Ada hal dekat butik tadi.’
Amelya memandang wajah wanita
di hadapannya tanpa minat.Muka cantik tapi nampak sangat wanita ini
berpura-pura ataupun nak lebih senang nak faham golongan perempuan plastic.
‘It’s okey.So,apa plan puan
hari ni?’
‘Lah,kenapa berpuan dengan
aunty?Panggil aunty pun okey tapi kalau nak panggil mama lagilah boleh.’
Mama?Amelya tersenyum sinis
sambil menggelengkan kepalanya perlahan.Gelaran mama hanya untuk mamanya
sahaja.Andai kata wanita ini yang terpilih untuk menjadi mak tirinya,dia tak
akan sesekali pun memanggil wanita itu mak,mama,mummy atau apa pun.
‘Kita lepak sini sahajalah
nampaknya.So,apa pendapat puan tentang papa saya?’
‘Apa maksud Amelya ni?’
‘Saya tahu niat sebenar puan
nak ikut menjerat hati papa saya.Kalau harta niat asal puan mendekati papa
saya,puan bukanlah wanita yang layak berada di samping papa dan keluarga saya.FYI,sampai
bila-bila pun puan tak kan dapat menggantikan tempat mama saya.’
‘You jangan kurang ajar ya…Muda
–muda lagi dah tak reti nak hormat orang tua.You ingat you siapa?Eh,you ingat I
hadap sangat ke papa you tu.Oh,pleaselah.’
Senyuman Amelya semakin melebar
tatkala perangai sebenar wanita itu terserlah juga akhirnya.Ini yang nak jadi mak tiri aku?Jangan haraplah aku akan biarkan.
‘Oh,tak hadap ya?Okeylah,saya
balik dulu ya?Kejap lagi nak kena jumpa calon-calon yang lain pula.Terima kasih
ya sebab menyenangkan kerja saya.’
Amelya terus beredar dari situ
dengan senyuman yang melebar.Kau ingat kau layak gantikan tempat arwah
mama?Hurm,calon seterusnya…
Tepat jam sepuluh pagi,Amelya
sudah terpacak di hadapan bangunan tempat kerja calon seterusnya.Hurm,dari
maklumat yang aku ada…Wanita ini berketurunan tengku,sama seperti
keluargaku.Syarikat di hadapanku ini 100% adalah miliknya.Wanita ini merupakan
ibu tunggal yang mempunyai seorang anak teruna yang baya-baya aku sahaja.
‘Selamat datang ke MM
Holdings.Apa boleh saya bantu?’
‘Saya nak jumpa Tengku
Mellisa.Tolong beritahu dia,Amelya Tengku Hadief dah sampai.’
‘Oh,Cik Amelya.Tengku tengah
ada meeting sekarang ni.Dia ada pesan suruh cik tunggu di pejabatnya.Mari,saya
tunjukkan.’
Amelya terus membontoti langkah
gadis yang kecil molek itu tanpa banyak kata.Agaknya macam mana ya perwatakan
wanita yang bakal dia jumpa sekejap lagi?Hurm,kalau tengok staffnya memanglah
terlebih mesra dan tak sombong.
‘Amelya?You Amelyakan?’
‘Arshad?’
‘Tengku Arshad kenal ke Cik
Amelya?’
‘Mestilah kenal.Kalau you nak
tahu,Amelya ini budak kelas I.SPM tadi dia dapat straight ‘A’ tahu?You buat apa
dekat company mummy I ni?’
Amelya menggarukan dahinya yang
tidak gatal perlahan.Aduh,calon kali ini merupakan mak kepada sahabatnya…Tak
kanlah mereka nak jadi adik beradik tiri pula?Hell no!
‘I datang atas permintaan nenda
I untuk jumpa Tengku Mellisa.’
‘Oh,jomlah kita sembang dekat office
mummy.’
**
‘So,papa youlah yang nak
disatukan dengan mummy.’
‘Macam tulah ceritanya.Ikutkan
hati I,malas I nak ikut idea tak berapa bernas nenek I tu.’
‘’You setuju ke dengan
rancangan nak menggantikan tempat arwah aunty tu?’
Amelya tersenyum hambar sebaik
sahaja mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut sahabatnya itu.Kalau bukan
sebab terpaksa dan diugut,dia tak akan setuju dengan semua ini.
‘Demi kebahagiaan papa I…You
pula?’
‘I?Kalau mummy bahagia,I pun
bahagia.I hanya nak mummy bahagia so,I akan sokong walau apa pun mummy buat.’
‘Hurm…’
‘Assalamualaikum,maaf tunggu
lama.Aunty ada meeting dengan client tadi.So,Chad dah berkenalan dengan
Amelya?’
Amelya memerhatikan Tengku
Mellisa yang berdiri di hadapannya sambil tersenyum mesra. Dia seolah-olah
melihat mama di dalam diri wanita yang anggun bertudung itu.Mama dan Tengku
Mellisa sama-sama berdarah campuran.
‘Mum,Amelya ni kawan sekelas
Chadlah.Dialah antara kawan Chad yang dapat straight ‘A’ dalam SPM tu.’
‘Lah,ya ke?Hari tu mummy tak
nampak pun dia dekat sekolah?’
‘Dia dah balik waktu tu.’
‘Kamu sihat,Amelya?’
‘Alhamdulillah,sihat.Terima
kasih sebab sudi luangkan masa untuk berjumpa dengan saya walhal aunty sibuk
dengan kerja.’
Makin melebar senyuman di bibir
Tengku Mellisa sebaik sahaja melihat betapa sopan dan beradabnya anak gadis di
hadapannya.Hadief,Hanie,kalian mesti bangga mempunyai anak seperti Amelya
ini.Sudahlah cantik dan bijak,tahu menghormati orang tua pula tu.
‘Kamu nak sambung study dekat
mana lepas ni,Amelya?’
‘Korea,aunty.’
‘Wow,Korea!Aunty suka bercuti
di sana…Lagipun kampong aunty ada dekat sana. Sayangnya, dekat sana dah tiada
sesiapa…Semuanya berhijrah ke Malaysia.’
Lewat malam itu meskipun
badannya sudah letih,Amelya terpaksa berjumpa dengan calon mak tirinya lagi
seorang yang bekerja sebagai model.
‘Nenek,Mel letihlah.Esok-esok
jumpa dia tak boleh ke?Dia yang nak jumpa Mel so,dia kena ikut waktu Mel lah
dan bukannya Mel yang kena ikut waktu dia.’
‘Amelya,papa kamu tak ajar kamu
ke macam mana nak bersopan dengan orang?Hari ni nenek banyak terima aduan pasal
perangai kamu.’
‘Mel hanya akan menghormati dan
bersopan dengan orang yang hormat Mel,nenek.’
Amelya terus membelek
tabnya.Malas betul nak bercakap dengan nenek ni.Mesti sudahnya mereka akan
bermasam muka.Cukup-cukuplah dengan apa yang dialami sepanjang hari ni.Dia dah
bosan.
‘Aunty!Sorry Reen
terlambat.Reen tak sangka pula shooting tu lambat habis.So,inilah cucu aunty
tu?Manis orangnya.Berminat nak jadi model tak?’
Amelya menggeleng
perlahan.Perempuan ni dah kenapa?Muka cantik tapi mulut tak reti nak stop bila
bercakap.Hailah,kenapa calon yang nenek cari ni kebanyakannya sampah sahaja?
‘Terasa rugi bila ada rupa and
layak jadi model tapi you tak berminat.By the way,nama I Azreen and you boleh
panggil I Reen.Kalau you tiba-tiba berminat nak jadi model,ni card I…You boleh
call I bila-bila masa sahaja.’
‘Thanks but no thanks.So,dah
berapa tahun you kerja dalam bidang ni?Tak terfikir untuk tukar ke?You boleh
kerja di office or you boleh buka butik sendiri.’
‘Modeling tu hidup I,nyawa I…’
‘Oh,I see.Tapi kalau you
terpilih jadi isteri papa I,I rasa better you lupakan dunia you tu.Papa lebih
gemar kalau isterinya berada di rumah sentiasa.Betulkan nenek?’
‘Ya,betul tu Reen.Hadief tu
betul-betul ikut perangai daddynya.’
Azreen terdiam tatkala
mendengar kata-kata dua orang insan di hadapannya.Lupakan dunia modeling?No way
tapi dengan apa yang dia bakal kecapi selepas itu…
‘So,sanggup tak?’
‘Boleh Reen fikirkan dulu
tak?Semua ni macam tiba-tiba sahaja and Reen dah terbiasa hidup berdikari.’
‘Sure, take your time.’
BERSAMBUNG KE PART 2
No comments:
Post a Comment