Usai solatt
istikharah,Qiera termenung di atas tikar sejadah.Tiada angin tiada rebut,dia
dimaklumkan oleh walidnya ada rombongan datang meminangnya petang tadi.Lebih
mengharu birukan hidupnya,walid dan ummi sudah menerima pinangan tersebut bagi
pihaknya.
Majlis pernikahannya
sudah ditetapkan.Lagi sepuluh hari dia bakal dinikahkan dengan lelaki misteri
itu.Hurm,sepuluh hari lagi.Walid dan ummi seperti sudah tidak sabar-sabar nak
menghalau dia keluar dari rumah ni.
Apalah agaknya nasibnya
selepas ini?Mampu ke dia menyintai lelaki yang kini sudah sah bergelar
tunangannya sedangkan hatiya sudah terpaut dengan lelaki yang menjadi imam
untuk solat terawih di masjid berdekatan dengan rumah sewanya di Bangi setahun
yang lalu.
‘Along,kenapa tak tidur
lagi?Dah pukul empat pagi ni.Esokkan along kerja.’
‘Along belum mengantuk
lagi.’
‘Masih memikirkan
tentang hal tunang along?’
Qiera mengeluh
perlahan.Entah kenapa susah sangat untuk dia menerima jodoh yang sudah
ditentukan orang tua untuk dirinya.
‘Along,walid dah selalu
pesan dekat kita jangan mengeluh.’
‘Sebenarnya along ada
sukakan seseorang…Tapi along tak pernah bersemuka dengan dia.’
‘Tak pernah
bersemuka?Habis macam mana along boleh suka dekat dia?’
Qiera mengeluh sekali
lagi.Betul ke dia sukakan lelaki itu atau dia hanya mengagumi lunak suara
lelaki itu membaca ayat suci Al-Quran?
‘Dia pernah mengimamkan
solat terawih dekat masjid area rumah sewa along.Along betul-betul jatuh hati dengan bacaannya yang
bertajwid dan bertaranum tu.’
‘Bakal abang ipar Miera
pun macam tu jugalah.Petang semalam walid minta dia membaca satu juzuk
Al-Quran.Lepas walid berpuas hati barulah pinangan tersebut diterima.’
‘Miera pernah tengok
orangnya?’
‘Pernah,Miera kan
tolong ummi hidangkan kuih dan minuman.Orangnya boleh tahan kacak juga cumanya
dia ni macam pemalu.Dengan Miera ni walaupun duduk depan dia,lansung dia tak
pandang apatah lagi nak berbual.Lantai rumah kita lagi cantik agaknya.’
Qiera tersenyum hambar
mendengar kata-kata adiknya.Ya Allah,macam mana dia nak kongsi hidup dengan lelaki
itu sedangkan hatinya sudah terpaut pada lelaki lain?Dia tahu lelaki pilihan
keluarganya adalah yang terbaik buat dirinya namun kenapa susah sangat untuk
dia menerima dengan hati yang terbuka?
‘Oh,ya..Esok walid dan
ummi ajak keluar untuk membeli persiapan.Along jangan lupa ya?’
‘Persiapan apa?’
‘Ya Allah,along!Sepuluh
hari bukannya lama.’
‘Oh,along lupa majlis
dalam sepuluh hari lagi.’
‘Along macam tak redha
sahaja dengan jodoh yang ditentukan walid dan ummi…’
Qiera menggelengkan
kepalanya perlahan sambil tersenyum.Terlalu banyak yang difikirkan sampai dia
terlupa pernikahannya bakal berlangsung dalam masa sepuluh hari lagi.
‘Along
mengantuklah.Miera nak tidur sini ke?’
‘Boleh juga,Miera malas
pula nak balik bilik.’
**
Keesokannya,Qiera
bersiap seringkas mungkin.Gara-gara tidur lambat malam tadi,migrainnya
datang.Haru biru paginya bila jadi hal seperti ini.Nak makan,bercakap atau
melakukan apa-aa pun dia malas.
‘Along,walid suruh
turun cepat.Abang Alief dah sampai.’
‘Hurm…’
Lepas memastikan tudung
dan purdahnya terletak elok barulah Qiera
melangkah menuruni tangga.Malasnya nak berjalan dalam keadaan sekarang
ni.Walaupun dia teramat sakit,dia tak mampu nak menolak ajakan orang tuanya
untuk membeli persiapan kahwinnya.
‘Inilah anak pak
cik,Qiera Alisya.Qiera,nilah bakal suami kamu,Mohd Alief.’
‘Assalamualaikum,Qiera
Alisya.’
‘Wa’alaikumussalam.’
‘Marilah kita gerak
sekarang.Takut tersangkut dalam kesesakan pula kalau keluar lambat.’
Miera terus memaut
lengan alongnya sambil tersenyum senang.Bila diperhatikan betul-betul,alongnya
dan abang Alief nampak sepadan digandingkan bersama.
‘Along,Miera teringin
nak makan chocolate moist along tu.Boleh tak balik ni kita buat?’
‘Insyaallah,sayangku
Miera Ariesya.’
‘Amboi,manjanya anak
bongsu ummi ni.’
Miera tertawa kecil
bila diusik umminya.Memang sudah sikapnya gemar bermanja dengan keluarganya,tak
salahkan?Lagipun selepas ini,alongnya kena ikut suaminya jadi jaranglah dia
dapat jumpa alongnya.
‘Biarlah,ummi.Lepas ni
Miera mana boleh nak manja dengan along macam ni lagi.’
‘Kenapa pula tak
boleh?Nak manja dengan along sampai bila-bila pun boleh.’
‘Alongkan lepas ni dah
jadi isteri orang,tak kanlah Miera nak manja-manja lagi dengan alongkan?’
‘Isyh,budak kecil ni
banyak pula cakapnya.Nak chocolate moist tak?Kalau Miera banyak songeh,along
malaslah nak buatkan.’
Miera terus mengunci
mulutnya daripada mengeluarkan apa-apa
spekulasi lagi.Kalau dia masih lagi bersuara,dia bakal kehilangan chocolate
moist yang sedap hingga menjilat piring.
**
‘Qiera nak pakai baju macam mana waktu nikah nanti?’
‘Nikah?Qiera rasa macam
nak pakai jubah sahaja.’
‘Tak simple sangat ke?’
‘Qiera rasa okey
sahaja.Tak menampakkan susuk badan,tak jarang dan yang paling penting menutup aurat.’
Alief yang sedang
melihat album baju pengantin dalam diam bersetuju dengan idea bakal
isterinya.Jubah pun okey juga jika bakal isterinya pakai untuk majlis
pernikahan mereka nanti.
‘Alief,okey ke kalau
Qiera ni pakai jubah waktu nikah nanti?Mak cik rasa macam jubah tu biasa sahaja
kalau dipakai waktu nikah nanti.’
‘Apa pun yang Qiera
mahukan,Alief tak kisah.’
‘Betul ke ni?Tak simple
sangat?’
Alief menggelengkan
kepalanya perlahan sambil tersenyum.Biarlah majlis pernikahan mereka
ni,bersederhana sahaja dahulu.Waktu resepsi nanti,terserah pada keluarganya nak
buat segrand mana pun dia tak kisah.
‘Kejap lagi kita beli
barangan untuk hantaran pula.Banyak benda yang nak kena uruskan dalam masa yang
singkat ni.’
‘Ummi,walid,Qiera nak
keluar sekejap,nak jawab call.’
‘Hurm,jangan lama
sangat.’
Qiera terus mencapai
tas tangannya dan melangkah keluar dari butik pengantin itu.Terasa sesak pula
lama-lama berada di dalam butik itu.
‘Assalamualaikum,Hanie.Maaflah
saya lambat return call.’
‘Wa’alaikumussalam.Tak
apa,Qiera.Oh ya,saya nak bagitahu awak yang Syamiel buat reunion kelas
kita.Awak nak join tak?Hari tu awak tak join,kali ni saya harap awak turut
serta sekali.’
‘Insyaallah,Kalau ada
kelapangan saya pasti akan datang.Bila reunion tu?’
‘Dua hari lagi.Awak
datang tau…Saya dah lama tak jumpa awak tahu?Dekat dua tahun dah.Awak apa
cerita sekarang?Masih single atau sudah berpunya?’
Qiera tergelak kecil
mendengar kata-kata sahabat baiknya itu.Dari dulu sampai sekarang,masih lagi
tidak berubah.
‘Saya masih kepunyaan ummi dan babah
saya.Insyaallah,dalam sembilan hari lagi saya bakal jadi kepunyaan orang lain.’
‘Seriously?Siapa lelaki bertuah tu?’
‘Seorang hamba Allah
yang bakal dipinjamkan pada saya untuk seketika.Hanie,sebenarnya saya tengah
busy ni.Kita jumpa dekat rumah Syamiel nanti,insyaallah.’
Selepas menamatkan perbualan,Qiera
terus melangkah masuk ke dalam kedai roti yang terletak tidak jauh dari butik
pengantin itu.Selepas mendapatkan beberapa jenis roti yang dirasakan enak,dia
terus berjalan ke arah kanak-kanak yang sedang berehat di bawah pokok.
‘Assalamualaikum,adik-adik.’
‘Wa’alaikumussalam,kak.’
‘Ni akak ada roti
sikit,buatlah jamah ya?’
Selepas plastic
bertukar tangan,Qiera terus berbual-bual dengan kanak-kanak itu.Seronok sangat
berbual dengan adik-adik itu sampai dia terlupa mereka menantinya di butik pengantin
‘Kakak memang selalu
keluar pakai tu ke?’
‘Maksud adik purdah ni?Ha’ah,akak
memang pakai kalau nak keluar.’
‘Ya
Rabbi,along!Dekat sini rupanya
along,merata Miera cari tahu?’
‘Ya Allah,along
terlupa…Seronok sangat berbual dengan
adik-adik yang comel ni sampai terlupa
pula.Akak pergi dulu ya,adik-adik.Belajar elok-elok.Jaga iman,jaga hati dan
jaga solat.Assalamualaikum.’
‘Wa’alaikumussalam,terima
kasih ya,kakak.’
Alief yang sejak dari
tadi memerhatikan bakal isterinya dari jauh tersenyum senang.Nampaknya pilihan
keluarganya tidak salah.Gadis itu adalah gadis yang dicari-cari selama ini.
**
Keesokan subuhnya,ummi
betul-betul naik angin sebaik sahaja mengetahui barangan hantaran yang
dimahukan anaknya.Sudahlah nikah mahu pakai jubah biasa sahaja,ini hantaran pun nak biasa juga.
‘Qiera nak orang
mengata keluarga kita ke?Dahlah nikah biasa sahaja tak kan hantaran pun biasa
sahaja?Kita ni bukan keluarga yang tak mampu.Kalau nak buat besar besaran pun
tak jadi satu masalah.Ummi tak nak orang kata anak ummi ni murah tahu tak?’
‘Murah
apanya,ummi.Qiera ni cukup mahal nak dibeli,ummi.Perlu dibayar dengan akad
nikah dihadapan kadi bersama dua orang saksi di dalam rumah Allah.Pasal
hantaran tu,apa yang kurangnya?Senaskah Al Quran,sepersalinan baju,telekung dan
beberapa jenis manisan.Apa yang kurangnya?’
‘Terlalu kurang,banyak
sangat yang kurang.’
‘Ummi,Qiera tahu
keluarga kita mampu nak buat lebih tapi apa salahnya kalau Qiera nak buat
majlis yang sederhana?Qiera tahu perkahwinan ni perlu dihebahkan,sebab tu Qiera
nak buat makan-makan lepas nikah.Qiera hanya tak nak majlis bersanding dan
majlis berinai sahaja.’
‘Biarlah dia
buat keputusan sendiri.Inikan majlis dia.’
‘Tapi abang…’
Babah terus mengangkat
kedua belah tangannya tanda dia tak mahu mendengar apa-apa lagi.Keputusannya
adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali.
‘Walid,ummi…Keluarga
abang Alief dah sampai.’
Walid dan ummi terus
melangkah ke muka pintu sementara Qiera dan Miera terus memanjat ke tingkat
atas untuk memakai tudung.
‘Babah tak ada cakap
yang mereka nak datang pun?’
‘Babah lupalah tu.’
BERSAMBUNG KE PART 2
No comments:
Post a Comment