Wednesday 6 November 2013

Just for one day

One day, just one day,
I wish we could meet not as friends, but as me as your girl,
Honestly, I'm not interested in friendship,
Just for one day

Friendship comes deeper than love,
The love that I have to hide,
I'm scared that you'll get tired of me,
Who's only your friend, and let go


Selepas mencoret sesuatu di dalam diarinya,Nadhirah terus memandang ke arah Shaiful Adzim yang berada di tengah padang bermain bola sepak.Ceria betul lelaki itu ketika bermain bola sepak.Kalau lelaki itu tidak bermain bola sepak,dia akan menjadi seorang lelaki yang pendiam dan tak mahu bersosial.

Nadhierah ni kebetulan sahaja rapat dengan Shaiful Adzim kerana keluarga mereka berdua sudah lama bersahabat.Mereka jadi rapat mungkin sebab mereka minat sukan yang sama iaitu bola sepak.Setiap masa, Shaiful Adzim akan memaklumkan berita baru mengenai bola sepak padanya.Lelaki itu sudah seperti wartawan sukan bergerak namun Nadhierah langsung tak kisah.Berceritalah apa sahaja,pasti dia akan mendengarnya dengan setia.

'Dhierah,okey tak aku main bola hari ni?'

Nadhierah mengangkat ibu jari tangan kanannya ke atas menandakan yang Shaiful Adzim bermain dengan baik pada hari ini.Dia pasti suatu hari nanti lelaki itu pasti berjaya menjadi pemain bola sepak yang berjaya.Tuala kecil terus dihulur pada lelaki itu tatkala melihat wajah kacak lelaki itu sudah bermandikan peluh.

'Thanks ya?'
'No problem.So,lepas ni ada game lagi tak?'
'Ada,dalam dua minggu lagi.Hurm,agak-agak Dhierah kan,kami boleh menang tak?'
'Kalau ikut daripada cara kau orang bermain,insya allah ada rezeki boleh menang.Lawan mana nanti?'

Shaiful Adzim terus meneguk air mineral yang dihulurkan oleh Nadhierah.Nadhierah di sisinya boleh dikatakan seperti pembantu peribadinya.Segala urusannya Nadhierah yang akan buat jadual.Nadhierah juga seperti reminder bergeraknya.Sentiasa mengingatkan dia tentang assignmnet yang perlu dibuat dan dihantar,kena buat ulangkaji bila lecturer nak buat test.

'Game dengan budak kolek K tu.Dengar cerita yang budak-budak kolej K tu handal-handal juga ya bermain?'
'Kolej K?Tak pastilah...Eh,awak dah lambatlah.Kan hari ni mama awak punya ulang tahun perkahwinan.Ya Allah,macam mana saya boleh terlupa.Kalau awak lambat pasti mama awak membebel nanti.'

Nadhierah terus bangun dari duduk dan mengemas barang-barang Shaiful Adzim sementara Shaiful Adzim melangkah ke arah bilik mandi di pusat sukan untuk membersihkan diri.Kenapalah dia boleh terlupa tentnag hal penting itu.Khusyuk sangat melayan Shaiful Adzim bersembanglah ni.

'Hai,Nadhierah.Adzim mana?'
'Dia pergi mandi.'
'Awak dengan Adzim tu couple ke?'
'Kenapa awak tanya macam tu?'

Nadhierah terus memasukkan towel kecil yang sudah dilipat ke dalam beg.Ni kalau tertinggal atau tercicir,mahu Shaiful Adzim mengamuk padanya dan terpaksalah dia memujuk lelaki itu berhari-hari.Entah apa yang specialnya sapu tangan itu.

'Saya dengan diakan bestfriend.'
'Saya tak rasa awak anggap diri awak tu bestie dia.Awak sukakan Adzimkan?'
'Apa awak melalut ni?'
'Tinggalkan Adzim,Nadhierah.Dia langsung tak ada apa-apa perasaan pada awak.Awak hanya akan lebih terluka kalau berada di samping dia selalu.Bukan awak yang ada dalam hati dia sekarang ni.'

Terus terhenti tangan Nadhierah dari memasukkan barang-barang keperluan Shaiful Adzim ke dalam beg.Apa maksud lelaki itu?Dia tahu perasaan aku pada Shaiful Adzim?Macam mana dia boleh tahu?Ketara sangat ke perasaan aku pada Shiaful Adzim?

'Percayalah cakap saya,Nadhierah.'
'Apa maksud awak?'
'Kekasih Adzim yang berikan sapu tangan ni pada dia waktu dia nak berangkat ke overseas.Dan tak lama lagi dia akan kembali semula ke sini.Selama ni orang yang Adzim tunggu adalah dia dan bukannya awak.Saya tak nak awak terluka jadi lebih baik awak jauhkan diri daripada dia sekarang.Lebih baik kecewa sekarang daripada awak kecewa di kemudian hari.'
'Saya redha kalau dia nak pergi balik pada kekasih dia.Apa yang saya lakukan ni atas dasar tanggungjawab sebagai seorang kawan.Awak tak perlulah nak risaukan saya sebab saya tak cintakan dia seperti yang awak fikirkan.Okeylah,Adzim dah panggil saya tu.Assalamualaikum.'

Hakimi hanya mampu memandang Nadhierah melangkah pergi dari situ.Ya Allah,kalaulah Nadhierah tahu apa perasaan sebenar Adzim padanya,pasti gadis itu kecewa.Adzim,lebih baik kau jaga hati dan perasaan Nadhierah sekarang ni,kalau kau sakitkan hati dia,kau akan berdepan dengan aku nanti.

**

Seperti yang dikatakan Hakimi pada Nadhierah dulu,kekasih hati Shaiful Adzim telah pulang ke Malaysia dan kini di hadapan mata Nadhierah sendiri,mereka berdua tengah makan bersuap-suap di cafeteria.Betapa sakitnya hati dia bila disuruh datang ke mari hanya untuk melihat mereka berdua bermesraan.

'Nadhierah?Awak buat apa dekat sini?Eh,Syamimie dah balik?'
'Kimi,boleh awak bawa saya pergi dari sini?'

Hakimi mengenggam erat tangan Nadhierah seolah-olah dia tak nak lepaskan lagi.Sayu hatinya melihat Nadhierah diperlakukan sebegitu.Tak apalah,Adzim.Aku boleh jaga Nadhierah lebih baik dari apa yangkau buat ni.

'Bro,sorry aku kacau kau orang dating.Aku nak kidnap awek aku ni boleh tak?'
'Awek kau?'

Shaiful Adzim memandang ke arah tangan Nadhierah yang sedang digenggam oleh Hakimi.Sejak bila mereka bercinta?Setahu aku Nadhierah mana ada boyfriend sebab selama ini semua benda dia share dengan aku.

'Sejak bila kau orang couple?Aku tak tahu pun.'
'Tak semua benda nak kena share dengan kau yang tengah mabuk asmara ni.Eh,aku kidnap awek aku ni tahu?Dia tengah marahkan aku ni sebab aku terlupa janji aku dengan dia.By the way,tahniahlah sebab kau orang couple balik.Jom,sayang?'

Nadhierah terus bangun dari duduknya dan terus mengikuti langkah Hakimi.Shaiful Adzim langsung tak dipandang ketika dia beredar dari situ.Setitis demi setitis air mata Nadhierah mulai menitis.Dia betul-betul menyesal tak dengar nasihat Hakimi dahulu.

'Saya menyesal sebab tak dengar nasihat awak dulu...'
'Sudahlah,jangan menangis.Nanti orang ingat saya buat apa-apa dekat awak pula.'

Nadhierah terus mengesat air matanya sambil tertawa.Hakimi ni,dia tengah sedih boleh pula buat lawak dengan dia.Walau apa pun dia tetap bersyukur dengan kehadiran Hakimi di situ dan membawanya dia pergi.

'So,alang-alang saya dah berjaya kidnap awak ni...Awak pun tengah dalam mood sedih macam ni,saya ingat nak bawa awak dating dekat satu tempat ni.Nak ikut tak?'
'Ada ke orang kena kidnap nak ikut?Mesti terpaksa ikutkan?'
'Tapi dalam kes ni,awak yang rela diri awak kena kidnapkan?'

Nadhierah tersenyum sambil mencubit lengan Hakimi.Lelaki itu kan suka buat dia tertawa dengan reaksinya yang kelakar itu.Hurm,kenapalah dia tak jumpa Hakimi dahulu sebelum dia jumpa Shaiful Adzim?Kalaulah dia tak jumpa Shaiful Adzim dulu,pasti dia tak akan terluka sebegini rupa.

Malam itu ketika Nadhierah baru sahaja mahu melelapkan mata,dia dapat satu panggilan telefon daripada Shaiful Adzim.Apa yang dimahukan oleh lelaki itu?Patut ke dia menjawab panggilan itu?Tapi Hakimi sudah berpesan kepadanya agar jangan menerima panggilan daripada Shaiful Adzim.Kalau lelaki itu mahukan apa-apa,esok pagi kan ada.Perlu ke nak menggangu waktu tidur Nadhierah?

'Lebih baik aku dengar nasihat Hakimi.'

Lepas Nadhierah mematikan talian handphonenya,dia terus memanjat katilnya.Dia terlalu letih hari ini kerana sepanjang harinya dihabiskan dengan membuat aktiviti lasak dan bermain di taman tema.Dia tak sangka pula yang Hakimi itu seorang yang sweet.Kalaulah dia tak kenal Shaiful Adzim,mahu dia jatuh cinta pada Hakimi.

**

Setahun selepas itu,ketika jarum jam sudah menunjukkan ke angka dua,Nadhierah terbangun gara-gara bunyi hon kereta Shaiful Adzim.Dia ni dah gila ke apa mengganggu ketenteraman jiran-jiran Nadhierah pada pukul enam pagi.Marah jiran sebelah rumah ni nanti. Lelaki ini memang tak beradab betullah.

Lepas menyarung tudung,Nadhierah terus melangkah menghampiri kereta Shaiful Adzim.Cermin kereta lelaki itu diketuk kasar.Lelaki ini benar-benar mencabar kesabarannya.Sewaktu Shaiful Adzim melangkah keluar dari keretanya,tangan Nadhierah terus hinggap di pipi lelaki itu.Peduli apa anak siapa yang dia tampar pagi-pagi buta macam ni.

'Muhammad Shaiful Adzim,mana adab awak?Awak tahu tak sekarang pukul berapa?Tak malu ke dengan jiran-jiran ni?'
'Kau tampar aku,Dhierah?Berani kau tampar aku?'
'Awak nak apa datang sini pagi-pagi buta macam ni?Awak sedar tak sekarang pukul berapa?Dah tak ada hari esok ke nak bagitahu saya apa-apa?Bukannya awak tak jumpa saya dekat kolej nanti ataupun dekat rumah family awak esok.'
'Apa sebenarnya hubungan kau dengan Hakimi?Aku tak suka kalau kau rapat dengan dia.'

Nadhierah memicit dahinya perlahan.Dia datang ke sini mengganggu ketenteramannya semata-mata nak mengetahui hubungan dia dengan Hakimi.Kenapa tak tanya Hakimi sahaja?

'Kenapa awak nak tahu apa hubungan saya dengan Hakimi?And apa hak awak nak halang saya dari rapat dengan dia?'
'Kalau aku cakap aku tak suka tu maksudnya aku tak sukalah!'
'Kalau awak nak tahu sangat apa hubungan saya dengan Hakimi,awak tanyalah Hakimi sendiri.Awak dengan dia duduk satu rumah kan?'

Nadhierah terus melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Shaiful Adzim di luar rumah.Lantak dia lah nak buat apa lagi lepas ni,dia dah malas nak layan.Apa nak jadi,jadilah lepas ni.

'Kenapa dengan Adzim tu?Dia ada masalah ke atau Dhierah bergaduh dengan dia?'
'Entahlah,mama.Tunang dia merajuklah tu,tu yang dia kacau Dhierah tu mama.Biarkan sahajalah dia tu.Dia nak duduk sampai esok pun terserah dialah.Dhierah malas dah nak layan dia,macam budak-budak sahaja.'

Nadhierah terus memanjat tangga ke tingkat atas dan menyambung semula mimpi indahnya.Suka hati Shaiful Adzimlah nak berkemah di hadapan rumah keluarganya itu.Pasal dia dengan Hakimi pun dia boleh jadi tak berapa nak betul.

'Ah,sudah.Gara-gara dialah aku tak boleh nak tidur.'

Handphone di atas meja kecil di sebelah katilnya dicapai dan dihidupkan semula.Wow,tiga ratus missed call and semuanya datang dari Shaiful Adzim.Patutlah dia mengamuk macam orang gila tadi.Aduh,macam rasa bersalah pula buat dia macam tu tadi.

-Salam,Dhierah.Adzim ada datang sana ke?Malam tadi lepas dia mengamuk dekat rumah ni,dia terus keluar and tak balik-balik-

Nadhierah terus menekan-nekan skrin handphonenya membalas sms Hakimi itu.Risau juga Hakimi ya si Adzim tu tak balik-balik.Kesian Hakimi jadi mangsa keadaan.

-Wassalam,ada.Dia buat hal pula dekat sini,mengganggu ketenteraman penduduk dekat sini.Adzim jadi sasau pasal semalam.Dia tak suka saya rapat dengan awak.Sorry tau,Hakimi sebab libatkan awak dalam hal ni.Tak pasal-pasal awak jadi mangsa dalam hal ni-

Nadhierah kembali menjenguk ke luar jendela untuk melihat sama ada Shaiful Adzim masih berada di luar rumah atau tidak.Nampaknya lelaki itu masih berdegil menunggu dia di luar rumah.Sakit pula nanti lelaki itu kalau berembun di luar tu nanti.Patut ke aku keluar and suruh dia balik?

Handphone di tangannya berbunyi lagi.Eh,Hakimi tak tidur lagi ke?Mungkin dia terlalu risaukan Shaiful Adzim tak balik-balik lagi.Hurm,aku tak boleh pentingkan diri.Lebih baik aku pujuk Shaiful Adzim suruh dia balik ke rumah.Kalau lelaki itu sakit,dia juga yang payah nanti.

-Dia masih ada dekat sana ke?Tak apalah,sekejap lagi saya datang sana suruh dia balik.-

Hurm,okey juga idea Hakimi tu.Lebih baik aku tunggu dia datang baru aku keluar rumah.Tapi aku tak boleh biarkan Shaiful Adzim berembun dekat luar tu.

**

'Adzim,awak baliklah.Hari nak hujan ni.Nanti awak demam macam mana?'
'Dhierah,aku tak akan balik selagi kau tak tinggalkan Hakimi tu.'
'Kenapa awak seksa diri awak macam ni?Adzim,sekarang ni dah hujan,nanti tak pasal-pasal awak demam.'

Shaiful Adzim tetap berdegil tak mahu balik walhal hujan sudah turun dengan lebatnya mencurah-curah membasahi bumi.Mama dengan papa Nadhierah yang duduk di muka pintu turut risau bila Shaiful Adzim tak mahu balik juga.Nak diberitahu pada keluarga Shaiful Adzim,nanti mengganggu mereka sahaja yang tengah tidur.

'Adzim,tolonglah jangan degil.Tak guna kalau awak nak duduk sini lama-lama.Tolonglah balik,saya tak nak awak jatuh sakit.Tolonglahh faham.Baliklah,Adzim.'
'Adzim,kau dah ada Syamimie.Buat apa kau nak ganggu Nadhierah lagi?'
'Kau diam,Hakimi!Ini hal aku dengan Nadhierah.Kau pergilah balik.'

Hakimi dengan Nadhierah saling berbalas pandang.Masing-masing sudah kehabisan idea nak memujuk Shaiful Adzim lagi.Degil sungguh lelaki itu sampai sanggup berhujan di hadapan rumah orang lain.

'Dhierah,aku cintakan kau!Tolonglah jangan buat aku macam ni.Tak kan kau tak tahu apa yang aku rasa?"

Nadhierah seolah-olah tidak dapat mempercayai apa yang dia dengar itu.Kalau setahun yang lepas Shaiful Adzim menuturkan kata-kata itu padanya,mungkin dia akan menerima lelaki itu dengan hati yang terbuka tapi lelaki itu hanya menuturkan kata-kata sebegitu selepas lelaki itu bergelar tunangan orang.

'Awak dah terlambat,Adzim.Kalau setahun yang lalu awak bagitahu saya tentang hal itu,hatta dua bulan yang lalu saya akan terima cinta awak.'
'Apa maksud kau,Dhierah?'
'Aku dengan Dhierah dah nak berkahwin,Adzim.Lebih baik kau kembali semula kepangkuan Syamimie.Dia tengah tunggu kau sekarang ni.'
'Betul ke apa yang Kimi cakap tu,Dhierah?Kau dah nak kahwin dengan dia?'

Nadhierah menganggukkan kepalanya lemah.Sayu hatinya melihat keadaan Shaiful Adzim sebegitu rupa.Kalaulah lelaki itu beritahu dia tentang perasaan lelaki itu yang sebenarnya lebih awal lagi,mungkin dia sanggup menolak lamaran Hakimi semalam.

'Baliklah,Adzim.Saya janji saya tak akan muncul lagi di hadapan awak dengan Syamimie and saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak dengan dia.'











No comments:

Post a Comment